BTC USD 84,775.4 Gold USD 4,177.04
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu PTPTN

herm, pihak pro UMNO ni main hentam je tanpa baca pun....ni haaaa...... aku paste balik......

Perbaiki PTPTN, pendidikan percuma tidak mustahil

Abdul Hakim Adzman,

Isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula hangat diperkatakan kini. Polemik ini bertambah rumit dengan beberapa isu yang berkaitan seperti penyediaan pendidikan percuma, pengurusan kewangan kerajaan, sistem Ujrah yang dilakukan pihak PTPTN dan masa depan pelajar Melayu.



Dalam menangani isu ini, PEMBINA menyeru semua pihak supaya dapat melakukan perbincangan meja bulat secara intelektual untuk mencari jalan penyelesaian seperti mana yang ditekankan dalam Islam dan bukannya melalui jalan demonstrasi yang hanya meningkatkan emosi tanpa memberikan kefahaman yang jelas terhadap isu tersebut.



Daripada sudut pandang PEMBINA, kami menyokong agar PTPTN terus dikekalkan dengan penambahbaikan dari sudut sistem dan implimentasi. Keadaan semasa menunjukkan mahasiswa IPT masih memerlukan bantuan sara hidup bagi meneruskan kehidupan mereka sebagai pelajar IPT. Ini bertepatan dengan objektif penubuhan PTPTN yang telah diterangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Khalid Nordin.



Dengan adanya PTPTN rakyat yang mendapat tawaran ke universiti tapi tidak berkemampuan boleh meminta pinjaman mudah alih. Untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan PTPTN, PEMBINA mencadangkan sistem caj perkhidmatan 1% dihapuskan terus dan ditanggung oleh kerajaan sebagai komitmen memberikan kemudahan pinjaman kepada mahasiswa. Ini bertepatan dengan sistem pinjaman Islam dan mampu mengurangkan beban mahasiswa apabila mereka tamat pengajian nanti.



PEMBINA juga menyeru kepada semua pihak supaya tidak berlumba-lumba menjadikan pendidikan sebagai suatu medium untuk menjuarai isu berdasarkan sentimen tanpa kajian terperinci. Ilmu ialah hak setiap individu dan pihak kerajaan perlu memastikan setiap rakyatnya menikmati pendidikan yang sempurna dalam mencapai agenda pembangunan Negara.



Selain daripada isu pemberian kemudahan pinjaman kepada mahasiswa untuk belajar di IPTA/S, penting untuk melihat sistem dan modul pembelajaran yang diguna pakai samada ia boleh melahirkan tenaga mahir atau sekadar pekerja biasa akibat daripada sistem yang mementingkan peperiksaan.



PEMBINA menyambut baik tindakan kerajaan yang sedang memperkukuhkan bidang pendidikan teknikal dan kemahiran agar memberi lebih pilihan kepada pelajar. Bagi pelajar yang menuntut di IPTS, beban pinjaman terpaksa ditanggung apabila mereka mula menduduki alam pekerjaan. Dana untuk operasi bagi institusi pendidikan itu seharusnya bukan datang daripada mahasiswa, sebagai contoh universiti di Singapura telah membuktikan dengan prestasi yang baik universiti mampu beroperasi hasil jualan kajian yang telah dijalankan.



PEMBINA mendesak kepada mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan isu ini sebagai “political mileage” untuk mendapatkan sokongan sesetengah pihak. Apa yang penting dalam isu ini ialah kebajikan rakyat dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna berdasarkan unjuran kekuatan mampu urus kerajaan.



PEMBINA yakin pendidikan percuma bukanlah sesuatu yang mustahil dan fantasi bahkan kerajaan telah membuktikan pendidikan percuma bagi sekolah rendah menengah, institut kemahiran dan teknikal serta pelajar matrikulasi.



Namun bagi mencapai pendidikan percuma diperingkat ijazah bukanlah usaha semalaman seperti yang dijanjikan sesetengah pihak. Masyarakat awam diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji penghapusan PTPTN bersandarkan formula-formula mudah kerana dalam mentadbir Negara pelbagai aspek perlu diteliti.


Penulis ialah Naib Presiden 1 II Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Link: http://bm.harakahdaily.net/index.ph...baiki-ptptn-pendidikan-percuma-tidak-mustahil
 
c94d735b70.jpg


:)paid

HAHAHAH!!!

Lawak tul.. serius....

Dan masuk akal gak bende ni...
time tu Anwar le Menteri Pendidikan. :eek::eek::eek:
 
Di sebabkan thread bertentangan sebelum ni dah tukar tajuk, jadi aku pun ikut tukar tajuk thread ni kepada yg lebih friendly...
 
Nak bg pree pon takleh...
Tak menghargai rakyat langsung...
Sudah2 la sokong umno...
 
Tp berapa kerat je yg tahu fakta ni.....kesian rakyat Malaysia ditipu
 
aku berada diatas pagar mampu menganguk aja...huhuhu....kalau bersuara nanti puak2 tegar umngok marah plak..hahahaaa
 
ptptn hanyalah option bg mereka yg memerlukan bantuan kewangan utk melanjutkan pelajaran di ipt..parent x kaya, biasiswa x dpt psl result x power..so applyla ptptn..yg nk hapus pasai apa???Ia hanya option shj..x setuju jgn apply..full stop..when thing is free it will ne limited..kerajaan selangor pun bg air free limited to 20m3 sebulan..bukan free flow..awat x mintak free flow jer?sbb x nak orang membazir..sama gak dgn education..kalau suma free org x hargai dan student yg fail tu hanya membazir duit belajar..common sense..

ya saya amat setuju hapuskan ptptn kerana ia suatu bebanan hutang yang besar (20-30 ribu) + riba kepada lepasan universiti.

ptptn optional?kah kah kah option yg macam mana tu??? ambil or x ambil??? klu loan rumah ada bank A, B n C yg offer loan, so kita boleh buat pilihan, so ptptn satu pilihan ke, macam lain je mekanisma ptptn cari customer (student).

ptptn ni umpama sorong bantal kt org nk tdo. senang je hulur conventional loan kepada lepasan spm yg x tahu apa2 dan tidak memberi apa2 pencerahan semasa sign borang perjanjian. yg miskin ambil buat belajar (yg ni aku x pertikai kn sb mmg ptptn bukan pilihan), yg kaya ambil simpan asb or investment sb interest loan dari gov rendah so kne ambil, yg sederhana x tahu nk buat apa pas bayar yuran yg lebih duit enjoy yg ni la nila setitik dlm susu org cakap sb org cakap lu joli duit ptptn tp last2 padam muka sb kne bayar blik + riba.

so, 'ptptn bukan satu pilihan' yg perlu dimansuhkan.
 
Back
Top
Log in Register