BTC USD 83,910.8 Gold USD 4,176.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu PTPTN

so, sekiranya anda tahu sesuatu fakta spt yg saya merahkan di atas..kemukakan lah hujah2 yg berlandaskan formula2 yg lebih tepat..:eek::eek:

jgn jadi tipikal anwar ibrahim..:eek:

tak perlu konar baring sana sini dgn menggunakan kelemahan pihak lawan sbg senjata anda...

cakap gunakan akal ... bukankah itu saranan tok guru nik aziz anda :eek::eek::eek:

kedudukan anda sebagai BALACI ATAS PAGAR benar-benar menguntungkan anda.

saya fikir, adalah lebih anda cepat-cepat keluar dari negara ini. :)

mungkin mentaliti kami tidak setanding dengan mentaliti anda.

mengeksploitasikan kelemahan pihak lawan adalah salah satu strategi peperangan/pertarungan, part mana yang anda tidak faham tentang ini?
 
2 2 balaci dan pencacai sama ba.ngan.g...

balaci kata kenapa tajuddin boleh langsai tp hutang ptptn tak leh langsai..bukan kah lebih kalau mereka berhujah kalau ptptn free, camnie kami (balaci) akan spend money..camnie kami (balaci) akan bahagikan wang tax payer utk spend part yg lain...buat lah formula dan comeout lah dgn rumusan yg wajar...baru org kata berhujah dgn cara yg berhemah...tak sekolah ke balaci sekalian ?? :eek::eek:

yg pencacai pula...dakwa kerajaan akan bankrupt...konon2 kata RM 43billion....so mana breakdownnya??


2 2 level budak sekolah ker....eeeeeeeeeeuuu taknak aku di jajah pleh pemimpin2 level camnie...baik aku duk obersea lg baik :eek::eek:

ketiadaan pendirian sebagai BALACI ATAS PAGAR (yer la kot?) yang tidak mampu melihat apa yang lebih baik untuk negara, hanya mampu berfikir nak lari daripada negara? bukannya sama-sama nak bantu membangunkan negara?

anda boleh cepat-cepat keluar dari negara ini.
mungkin negara UK itu lebih memerlukan anda berbanding negara ini :)

ThoseWhoDoNothing.jpg
 
aku sgt x phm nape org marah sangat dgn ptptn ni?korang marah ptptn tp pi pinjam sapa suruh?dia dh bagi korang pinjam duit pastu memekak x nak bayar balik???aku x paham dunia sekarang ni..peminjam boleh piket x nak bayar hutang..

psl kroni hutang lupus..pegila marah sape yg lupuskan hutang tu..yg pi marah ptptn kenape?lainla tajudin ramli tu yg hutang ptptn pastu ptptn kata x yah bayar balik, mmg la student mengamuk..aku pun sama..tp cuba korang bagi pinjam duit kt adik korang utk belajar..janji pas dpt kerja bayar balik..tau2 dpt kerja dah la x nak bayar balik, siap protes lg x nak bayar..gile ke hape?

kalau kes x nak golongan muda menaggung hutang..hbs tu umur berapa boleh berhutang?so orang muda nk beli rumah, kereta kene cash?x boleh pakai kredit kad?

patutnya golongan siswa sekarang ni patut protes dan marah orang yg dulu2 pinjam ptptn tapi x bayar..jd kesannya kene kat depa ni..la ni ptptn dh kurang dana pasal generasi dulu x nak bayar..so ptptn ketatkan undang2 dia yg kene student skarang..so sesapa yg berhutang tu bayarla hutang anda supaya generasi akam dtg tidak merana..

*aku x sokong rasuah dan kronisma..dan aku sokong langkah2 yg boleh kurangkan beban rakyat..tp aku x suka dan menyampah dgn orang yg berhutang tetapi mencari seribu satu alasan utk tidak membayar hutang..
 
mereka pergi clubbing bukan kerana duit PTPTN yang lebih..
tapi kerana penguatkuasaan undang-undang yang ada sekarang tidak mampu menyekat mereka melakukan perkara-perkara maksiat..

kalau duit x ada x pegi bro..
 
nikmat penghapusan ptptn ni bukan untuk kita....

tp untuk anak cucu dimasa yang akan datang.....
 
2 2 balaci dan pencacai sama ba.ngan.g...

balaci kata kenapa tajuddin boleh langsai tp hutang ptptn tak leh langsai..bukan kah lebih kalau mereka berhujah kalau ptptn free, camnie kami (balaci) akan spend money..camnie kami (balaci) akan bahagikan wang tax payer utk spend part yg lain...buat lah formula dan comeout lah dgn rumusan yg wajar...baru org kata berhujah dgn cara yg berhemah...tak sekolah ke balaci sekalian ?? :eek::eek:

yg pencacai pula...dakwa kerajaan akan bankrupt...konon2 kata RM 43billion....so mana breakdownnya??


2 2 level budak sekolah ker....eeeeeeeeeeuuu taknak aku di jajah pleh pemimpin2 level camnie...baik aku duk obersea lg baik :eek::eek:

itu level, tuan kena le g debat sama itu PR.....sebab kalu menang, mereka yang akan penin kepala bagaimana nak bubarkan PTPTN tu....

ape susah, diorang GAGAL nak laksanakan, kasi tukar le....

ohye, lupe....time tu tuan dah berhijrah ke UK TERCINTA tuan tu....tahniah le...
 
aku sgt x phm nape org marah sangat dgn ptptn ni?korang marah ptptn tp pi pinjam sapa suruh?dia dh bagi korang pinjam duit pastu memekak x nak bayar balik???aku x paham dunia sekarang ni..peminjam boleh piket x nak bayar hutang..

psl kroni hutang lupus..pegila marah sape yg lupuskan hutang tu..yg pi marah ptptn kenape?lainla tajudin ramli tu yg hutang ptptn pastu ptptn kata x yah bayar balik, mmg la student mengamuk..aku pun sama..tp cuba korang bagi pinjam duit kt adik korang utk belajar..janji pas dpt kerja bayar balik..tau2 dpt kerja dah la x nak bayar balik, siap protes lg x nak bayar..gile ke hape?

kalau kes x nak golongan muda menaggung hutang..hbs tu umur berapa boleh berhutang?so orang muda nk beli rumah, kereta kene cash?x boleh pakai kredit kad?

patutnya golongan siswa sekarang ni patut protes dan marah orang yg dulu2 pinjam ptptn tapi x bayar..jd kesannya kene kat depa ni..la ni ptptn dh kurang dana pasal generasi dulu x nak bayar..so ptptn ketatkan undang2 dia yg kene student skarang..so sesapa yg berhutang tu bayarla hutang anda supaya generasi akam dtg tidak merana..

*aku x sokong rasuah dan kronisma..dan aku sokong langkah2 yg boleh kurangkan beban rakyat..tp aku x suka dan menyampah dgn orang yg berhutang tetapi mencari seribu satu alasan utk tidak membayar hutang..

ko x perlu paham apa2 pn klu ko x paham.

hutang tetap dibayar bro, tp ptptn dimansuhkn dan perdidikan adalah percuma! bukan barang niaga mengaut keuntungan berjuta-juta macam skrg ni.

generasi ptptn selama-lamanya akan berhutang. ko nk ke keturunan ko berhutang macam tu? aku xnk, klu boleh biar la aku yg pertama dan terakhir.
 
Perbaiki PTPTN, pendidikan percuma tidak mustahil

Abdul Hakim Adzman,

Isu pemansuhan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mula hangat diperkatakan kini. Polemik ini bertambah rumit dengan beberapa isu yang berkaitan seperti penyediaan pendidikan percuma, pengurusan kewangan kerajaan, sistem Ujrah yang dilakukan pihak PTPTN dan masa depan pelajar Melayu.



Dalam menangani isu ini, PEMBINA menyeru semua pihak supaya dapat melakukan perbincangan meja bulat secara intelektual untuk mencari jalan penyelesaian seperti mana yang ditekankan dalam Islam dan bukannya melalui jalan demonstrasi yang hanya meningkatkan emosi tanpa memberikan kefahaman yang jelas terhadap isu tersebut.



Daripada sudut pandang PEMBINA, kami menyokong agar PTPTN terus dikekalkan dengan penambahbaikan dari sudut sistem dan implimentasi. Keadaan semasa menunjukkan mahasiswa IPT masih memerlukan bantuan sara hidup bagi meneruskan kehidupan mereka sebagai pelajar IPT. Ini bertepatan dengan objektif penubuhan PTPTN yang telah diterangkan oleh Menteri Pengajian Tinggi Dato Seri Khalid Nordin.



Dengan adanya PTPTN rakyat yang mendapat tawaran ke universiti tapi tidak berkemampuan boleh meminta pinjaman mudah alih. Untuk penambahbaikan mutu perkhidmatan PTPTN, PEMBINA mencadangkan sistem caj perkhidmatan 1% dihapuskan terus dan ditanggung oleh kerajaan sebagai komitmen memberikan kemudahan pinjaman kepada mahasiswa. Ini bertepatan dengan sistem pinjaman Islam dan mampu mengurangkan beban mahasiswa apabila mereka tamat pengajian nanti.



PEMBINA juga menyeru kepada semua pihak supaya tidak berlumba-lumba menjadikan pendidikan sebagai suatu medium untuk menjuarai isu berdasarkan sentimen tanpa kajian terperinci. Ilmu ialah hak setiap individu dan pihak kerajaan perlu memastikan setiap rakyatnya menikmati pendidikan yang sempurna dalam mencapai agenda pembangunan Negara.



Selain daripada isu pemberian kemudahan pinjaman kepada mahasiswa untuk belajar di IPTA/S, penting untuk melihat sistem dan modul pembelajaran yang diguna pakai samada ia boleh melahirkan tenaga mahir atau sekadar pekerja biasa akibat daripada sistem yang mementingkan peperiksaan.



PEMBINA menyambut baik tindakan kerajaan yang sedang memperkukuhkan bidang pendidikan teknikal dan kemahiran agar memberi lebih pilihan kepada pelajar. Bagi pelajar yang menuntut di IPTS, beban pinjaman terpaksa ditanggung apabila mereka mula menduduki alam pekerjaan. Dana untuk operasi bagi institusi pendidikan itu seharusnya bukan datang daripada mahasiswa, sebagai contoh universiti di Singapura telah membuktikan dengan prestasi yang baik universiti mampu beroperasi hasil jualan kajian yang telah dijalankan.



PEMBINA mendesak kepada mana-mana parti politik supaya tidak menggunakan isu ini sebagai “political mileage” untuk mendapatkan sokongan sesetengah pihak. Apa yang penting dalam isu ini ialah kebajikan rakyat dalam mendapatkan pendidikan yang sempurna berdasarkan unjuran kekuatan mampu urus kerajaan.



PEMBINA yakin pendidikan percuma bukanlah sesuatu yang mustahil dan fantasi bahkan kerajaan telah membuktikan pendidikan percuma bagi sekolah rendah menengah, institut kemahiran dan teknikal serta pelajar matrikulasi.



Namun bagi mencapai pendidikan percuma diperingkat ijazah bukanlah usaha semalaman seperti yang dijanjikan sesetengah pihak. Masyarakat awam diminta tidak mudah terpengaruh dengan janji penghapusan PTPTN bersandarkan formula-formula mudah kerana dalam mentadbir Negara pelbagai aspek perlu diteliti.


Penulis ialah Naib Presiden 1 II Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

Link: http://bm.harakahdaily.net/index.ph...baiki-ptptn-pendidikan-percuma-tidak-mustahil
 
mereka pergi clubbing bukan kerana duit PTPTN yang lebih..
tapi kerana penguatkuasaan undang-undang yang ada sekarang tidak mampu menyekat mereka melakukan perkara-perkara maksiat..

bos, saya rasa , kat KELANTAN nun,,lagi la banyak pelacur siam kot... hehehe :)cgrock
 
semalam baru je ade penceramah dari Thailand, Prof. di sebuah universiti di sana....

beliau menyatakan: "Education is free for everyone....once we received it(royalty etc), then is SHOULD be FREE to everyone without gaining any profit from it"
 
Back
Top
Log in Register