BTC USD 83,591.2 Gold USD 4,179.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu PTPTN

MATROCKO

Fun Poster
Messages
594
Joined
Mar 19, 2010
Messages
594
Reaction score
4
Points
15
matsabu400px21.jpg

TIMBALAN Presiden PAS telah mengeluarkan sokongan terhadap gerakan demonstrasi para pelajar yang mahu Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dihapuskan.

Katanya, mereka mahu pendidikan percuma di institusi pengajian tinggi.

Bagaikan tak punya otak untuk berfikir, ia membayangkan bahawa memang benar Mat Sabu hanya merupakan ‘tong kosong’ yang bertindak tanpa berfikir panjang dan menyokong sesuatu yang ***** untuk dilaksanakan.

Persoalannya, wajarkah PTPTN dihapuskan?

Sebagaimana yang kita tahu, melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi memerlukan wang yang banyak bagi menampung yuran pengajian, kolej kediaman, beli buku, assignment, kertas kerja, tesis, pakaian, seragam dan sebagainya. Itu belum lagi disebut mengenai duit poket pelajar…

Sehingga kini, dipercayai belum ada satu pun lagi negara yang mampu membiayai sepenuhnya para pelajar di pusat-pusat pengajian tinggi mereka, termasuklah negara-negara maju dunia seperti Amerika Syarikat, UK, Jepun, Rusia dan sebagainya.

Negara yang kaya raya seperti Brunei atau Arab Saudi pun, pihak universiti mengenakan yuran bagi para pelajarnya. Kalau ada pun, pelajar tersebut dibiayai dengan biasiswa ekoran pencapaiannya yang baik dan potensi yang ditunjukkan. Itu pun ada perjanjian menyusul dengan tajaan tersebut…

Dengan menghapuskan PTPTN dan mahu kerajaan menanggung sepenuhnya pengajian para pelajar di IPT, maka sudah tentu ia akan menelan belanja yang sangat besar setiap tahun.

Bayangkan jika di Universiti Malaya sahaja yang memiliki lebi 20,000 orang pelajar, banyak mana wang yang perlu kerajaan habiskan setiap tahun untuk mereka? Katakanlah setiap pelajar perlu jelaskan yuran sebanyak RM3,000 setahun termasuk subsidi dari kerajaan. RM3,000 x 20,000 orang berjumlah RM60 juta.

Bayangkan pula, itu hanya untuk satu universiti sahaja. Bagaimanapula jika Malaysia ada lebih dari 10 universiti? Mampukah kerajaan menampung sebanyak lebih dari RM6 bilion setahun untuk pelajar sahaja? Belum lagi dengan gaji kakitangan universiti dan lain-lain…

Bagaimana pula dengan pelajar di IPTS yang mengharapkan PTPTN untuk melanjutkan pelajaran? Atau mereka patut berhenti belajar saja selepas tamat SPM atau STPM? Berapa ramai pelajar yang meminjam dari PTPTN di IPTS sekarang? Mat Sabu tahu mengira ke?

Ketika ditawarkan untuk melanjutkan pelajaran, para pelajar boleh memohon pinjaman dari PTPTN sekiranya mereka tidak mampu menampung pembiayaan mereka di IPT. Kalau mereka tak mahu pinjam dari PTPTN pun boleh…

Cuma kalau meminjam dari PTPTN, maka mereka perlukan menandatangani perjanjian. Sebab mereka belajar menggunakan wang rakyat. Wang tersebut perlu dipastikan berbaloi untuk dilaburkan kepada mereka dan kemudian mereka diharapkan membangunkan negara ini.

Masa nak tandatangan perjanjian, bukan main sedap mereka “tenyeh”. Lebih sedap lagi bila duit beribu masuk ke akaun mereka. Beli telefon bimbit, beli baju ikut trend, beli motor, tengok wayang, melancong, lepak di bandar, beli dadah pun ada!

Tapi bila nak bayar, mereka liat! Ada yang sudah bekerja dan berjawatan besar, nak bayar balik pinjaman RM60 sebulan pun payah. Macam-macam alasan diberikan. Tapi, sekarang nak suruh kerajaan hapuskan hutang mereka? Banyak lemak!

Kalau begitu, semua orang nak. Buat pinjaman beribu-ribu dengan kerajaan, lepas tu buat demonstrasi tuntut hutang mereka dihapuskan. Kalau saya buat begitu pada PAS boleh? Saya pinjam wang RM20,000 dari PAS cakap nak sambung belajar buat master, lepas tu buat demo mintak hapuskan hutan tu, boleh?

PTPTN selama ini dah banyak kali berlembut dan kaji balik perjanjian. PTPTN dan banyak kali bertolak ansur. Tapi, janganlah ambil kesempatan dan melampau!

Sepatutnya, kalau tak mahu buat pinjaman, para pelajar perlu belajar pandai-pandai sampai dapat biasiswa. Cuba tengok setiap kali keputusan SPM dan STPM keluar, ramai golongan bukan Melayu yang dapat biasiswa dari kerajaan. Kalau belajar main-main, bersyukurlah dengan PTPTN saja, tapi jangan lupa bayar balik nanti! Jangan jadi Mat Sabu pulak!

parti Untuk Menipu Nerds Obsessed... kantoi !!!!

Pembohongan Najib Tun Razak Berkaitan PTPTN

Mari kita nilai kenyataan2 Najib dan kawan2 nya itu:

1.0 Belanja menghapuskan PTPTN adalah berjumlah RM43 billion

HAKIKAT: Jumlah sebenar hutang tertangguh PTPTN adalah hanya RM23 billion sahaja.

Angka RM43 billion itu hanyalah angka unjuran bagi 5 tahun yang akan datang. Kalau Pakatan Rakyat menghapuskan PTPTN selepas bulan Jun ini, maka Pakatan Rakyat akan ambil langkah2 lain untuk memastikan jumlah tertangguh tersebut tidak akan sampai RM43b.
Najib Tun Razak jelas berbohong di sini.

2.0 Hanya 3 negara sahaja di dunia ini yang mengamalkan Pendidikan Percuma sehingga habis universiti.

HAKIKAT: Tak perlu pergi jauh, rujuk pada WIKIPEDIA di sini

Di situ disenaraikan lebih 25 negara yang menawarkan pendidikan universiti percuma. Senarai yang diberikan adalah:

Barbados, Brazil, Belgium, Croatia, Denmark, Finland, Greece, Hungary,Kenya, Malta, Mauritius, Morocco, Norway, Scotland, Slovakia, Sri Lanka, Sweden, Trinidad and Tobago, Brunei, Turkey, Oman, Saudi Arabia
Dato Najib cuma memberi nama 3 negara sahaja tapi hakikatnya jumlahnya jauh lebih banyak. Jelas Najib menipu di sini.

3.0 Untuk pendidikan percuma, rakyat negara terpaksa membayar cukai yang tinggi.

HAKIKAT:

a. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah adalah kerana negara mereka tiada sumber muka bumi yang kaya. MAka, kerajaan Eropah terpaksa bergantung kepada cukai semata-mata untuk pentadbiran kerajaan.

Ia bukan kerana pendidikan percuma semata-mata.

b. Cukai yang tinggi di negara2 Eropah kepada program2 kerajaan yang lain seperti kebajikan, pembangunan, pengangkutan awam, simpanan masa tua, perumahan rakyat, kebersihan, keselamatan dan berbagai-bagai lagi.

Kiranya untuk pendidikan sahaja nescaya cukai tersebut tidak tinggi.

Najib jangan cuba berbohong dalam isu ini!!!

4.0 Negara akan bangkrap kalau PTPTN dihapuskan

HAKIKAT: Yang menghairankan apabila terdedah skandal2 melibatkan pimpinan UMNO seperti isu NFC tidak pula kedengaran suara dari Dato Najib berkaitan dengan bangkrap nya negara.

Projek KLIA2 yang berjumlah RM1 billion itu. Padahal, kalau dinaiktaraf Lapangan Terbang Subang sahaja pun sudah cukup dengan kos tidak sampai RM50 juta.

Dengan kata lain, setiap kali ada usaha mengurangkan kesengsaraan rakyat, Najib akan keluar memberi amaran yang sama, yakni, negara akan bangkrap.

MAsa isu menaikkan subsidi minyak pun amaran yang sama diberikan. Malahan Dato Najib telah meminta rakyat Malaysia mengubah cara hidup anda.

NAmun, tak pernah kita dengar dari mulut Najib mahupun pimpinan2 UMNO yang lain bahawa negara akan bangkrap kalau korupsi tidak dihentikan, kalau pembaziran tidak dihentikan oleh pentadbiran negara.

Sepatutnya diberhentikan korupsi dan pembaziran dahulu. Baru fikir nak susahkan rakyat.

5.0 Bayaran PTPTN tak membebankan pelajar

HAKIKAT: Sekiranya tidak membebankan rakyat, kenapa cadangan PR ini popular. Bayangkan, disebabkan bunga yang dikenakan ke atas pelajar, hutang yang mereka ambil hampir2 dua kali ganda bila dibayar.
Kesimpulannya, ada pepatah melayu "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih".

Kalau benar2 mahu, maka ada jalannya di samping memastikan sumber negara tidak ketirisan kerananya.

Ataupun yang sebenarnya mendapat keuntungan besar dari PTPTN adalah pemilik2 kolej dan pusat pendidikan swasta. Mereka ini bukankah para kroni2 UMNO yang amat disayangi UMNO?

Pakatan Rakyat sanggup mengambil tugas ini dan pada waktu yang sama memastikan kewangan negara stabil.

Kalau Najib tak sanggup ambil tugas ini, maka dipersilakan letak jawatan.

Tulang Besi

Hanya Nerds yg Obsessed dgn UMNOballs saja boleh tertipu dgn semua pembohongan2 tu.....

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pakatan pembangkang untuk menggunakan wang hasil pelaburan Petronas bagi memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) hanya akan memudaratkan syarikat minyak itu.

Kata Timbalan Perdana Menteri, walaupun Petronas adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan, sebahagian besar daripada subsidi negara disumbangkan oleh syarikat minyak itu bagi meringankan beban rakyat.

"Itu (sebenarnya) adalah cara pakatan rakyat nak buat, orang yang tak pandai kira, congak dan boleh hancurkan negara ini," katanya ketika berucap di majlis pertemuan bersama persatuan penjaja seluruh Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CadanganpembangkanghapusPTPTNkerjagila_Muhyiddin/Article

Khairy dakwa PAS, DAP tak setuju mansuh PTPTN

khairy2.jpg

Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin menyifatkan langkah PKR untuk menghapuskan hutang yang ditanggung pelajar daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) sebagai tindakan populis untuk menang dalam pilihan raya akan datang.
Sedangkan, "janji manis dan tidak bertanggungjawab" itu tidak mendapat persetujuan daripada PAS dan DAP malah tidak dijadikan dasar bersama Pakatan Rakyat, dakwa MP Rembau itu lagi.

"Ia dibuat di atas pentas ceramah dan perincian (penghapusan hutang PTPTN) datang kemudian. Mereka tak fikir mengenai bagaimana nak tampung dan biayai hutang tersebut.

"Itu satu janji manis, cerita dongeng daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim semata-mata terdesak untuk menang undi orang muda nampak kecenderungan kepada BN. Ini adalah langkah terdesak," katanya.

Katanya, beliau mempertahankan pinjaman PTPTN dengan memberi beberapa cadangan penambaikan untuk kemudahan peminjam.

Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mengadakan rundingan meja bulat berhubung isu berkenaan bersama sekumpulan mahasiswa hari ini.

Khairy mengulas kenyataan pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang berkata pinjaman PTPTN sedia ada berjumlah RM24.7 bilion kepada mahasiswa itu dapat dilupuskan dalam tempoh 15 tahun.

Rafizi berkata demikian dalam satu program rundingcara berhubung penyelesaian hutang pinjaman tersebut di Shah Alam malam tadi.

:)paid

sumber
 
negeri selangor patut sponsor semua pelajar UNISEL dulu.
tak perlu menyalak mcm org tak betol..
 
Pindaan AUKU kekang siswa, kata Khairy

Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin berkata beliau akan membawa usul supaya rang pindaan yang melarang siswa daripada memegang jawatan dalam kampus jika menyertai parti politik dikeluarkan terus daripada rang undang-undang tersebut.
Katanya, beliau akan mewakili Kelab Penyokong BN untuk membentangkan cadangan supaya Seksyen 15(2)© dalam rang pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 itu dikeluarkan terus kerana mengekang kebebasan pelajar.

"Kami mahu ianya dibatalkan terus daripada pindaan AUKU... Saya telah memaklumkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk dibawa ke Kabinet," kata Khairy dalam sidang media di ibu negara hari ini.

Menurutnya, beliau juga telah menghantar notis kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia bahawa beliau akan membentangkan cadangan tersebut minggu depan.

Katanya, langkah itu "mengekang" kerana sekiranya beliau sendiri dilantik sebagai ketua pemuda cawangan, beliau tidak akan dibenar bertanding dalam pemilihan Majlis Perwakiln Pelajar.

Khairy juga menggangguk tanda setuju apabila ditanya sekirannya beliau mahu mahasiswa memegang jawatan dalam parti politik dan di kampus pada masa yang sama.
 
sejak jadi abam besar punb makin meragam plak:)):)):))
 
Cadangan pembangkang hapus PTPTN kerja gila: Muhyiddin

SHAH ALAM: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, cadangan pakatan pembangkang untuk menggunakan wang hasil pelaburan Petronas bagi memansuhkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) hanya akan memudaratkan syarikat minyak itu.

Kata Timbalan Perdana Menteri, walaupun Petronas adalah penyumbang terbesar kepada pendapatan kerajaan, sebahagian besar daripada subsidi negara disumbangkan oleh syarikat minyak itu bagi meringankan beban rakyat.

"Itu (sebenarnya) adalah cara pakatan rakyat nak buat, orang yang tak pandai kira, congak dan boleh hancurkan negara ini," katanya ketika berucap di majlis pertemuan bersama persatuan penjaja seluruh Selangor di Kompleks Belia dan Kebudayaan di sini, hari ini.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/CadanganpembangkanghapusPTPTNkerjagila_Muhyiddin/Article
 
apa pung giler...korang songlap duit tak giler...
..dulu air bagi free kat selangor pun giler...
tak giler pun....
elok sehat aje...
ko yg tu giler..tak bagus jaga anak...melalak sana sini
 
Aiikksss......bela lembu siber 250j tak giler.....
aiiikkksss....belanja FLOM gi lawatan luarnegeri berjuta-juta tak giler...
aaaiiikkkss...belanja bayar pampasan batal jambatan bengkok tak giler...
aikksss...aiikkkssss...aikkksss
 
Back
Top
Log in Register