BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu Pendatang Fokus Mesyuarat Dua Hala PGA-Pihak Berkuasa Thailand Jun Ini

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,167
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,167
Reaction score
346
Points
141
3c77eb012c63821c06c489cdeb1d6bb269ff496d9cac1


Isu kemasukan pendatang tanpa izin akan menjadi fokus utama pada mesyuarat dua hala antara Pasukan Gerakan Am (PGA) dan pihak berkuasa Thailand di Krabi dari 10 hingga 12 Jun depan bagi memperkukuh kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand.

Komander Briged Tenggara PGA Senior Asisten Komisioner Ahmad Radzi Hussain berkata mesyuarat itu turut menjadi platform mempererat kerjasama dan perkongsian maklumat risikan dalam usaha mengekang aktiviti jenayah rentas sempadan termasuk penyeludupan pendatang.

Beliau berkata peningkatan kemasukan pendatang ketika ini dipercayai didorong faktor ekonomi global dan ketegangan di Selat Hormuz yang memberi kesan kepada banyak negara.

“Keadaan itu menyebabkan banyak pendatang mencari negara yang dianggap mampu menawarkan taraf hidup lebih baik, termasuk Malaysia yang dilihat sebagai destinasi pilihan.

“Kami percaya lebih banyak pendatang akan cuba memasuki negara ini menerusi laluan tidak sah dan PGA akan meningkatkan kawalan bagi memastikan tiada pembolosan berlaku,” katanya selepas Majlis Serah Terima Tugas Ops Taring Wawasan Kelantan (OTWK) di Markas Taktikal PGA Pengkalan Kubor di sini hari ini.

Sementara itu, Ahmad Radzi berkata Briged Tenggara PGA merekodkan 51 kes tangkapan pendatang menerusi OTWK bagi tempoh 1 Jan hingga 8 Mei lepas melibatkan 318 individu dengan warga Myanmar mencatat jumlah tertinggi, iaitu 227 orang.

Beliau berkata sindiket kini dikesan menggunakan laluan laut dan sungai di sekitar Tumpat untuk membawa masuk pendatang, selain melibatkan tekong darat daripada beberapa negeri lain manakala Briged Tenggara PGA turut merekodkan rampasan bernilai RM195 juta sejak Januari lepas.

 
Back
Top
Log in Register