8itis9
Active Member
- Messages
- 2,172
- Joined
- Sep 9, 2013
- Messages
- 2,172
- Reaction score
- 11
- Points
- 30
Ringkaskan cerita je ek..
2014 :
-company panggil masuk balik. Aku demand gaji.
-Hr call aku cakap tak boleh bagi gaji tu. Dia bagi gaji (kurang rm400) dulu, dah confirm baru dia bagi gaji yang aku terima tu. Aku terima.
-aku jugak buat loan dgn company masa tu.
-company bagi offer letter dengan surat loan masa tu. (berapa aku bayar setiap bulan)
2015:
-Company sepatutnya tolak RM 140/month. Tapi dia tolak rm150
-Aku masih tak confirm
2016:
-company gawat takda projek, company deduct gaji dan tak bayar epf (epf majikan dan pekerja) tolak hampir 25% dari gaji
-company janji nak bayar bila ekonomi dah stabil (tapi takda surat-just cakap mulut)
-dan aku masih tak confirm
2017 :
-aku dapat keja lain. Aku bagi notis 2 minggu (sepatutnya notis 2 bulan)
-aku mintak bayar 30% dari companny deduct semua tu (dah tolak hutang aku dah)
-companny tak nak bayar 1 sen pun
-companny siap cakap tak nak bayar gaji bulan ni
(
Aku masih tggu hujung bulan, sebab aku dah slow talk ngan HR. Agak-agak sampai gaji bulan ni yang ciput tu pun tak nak bayar.
HR cuma cakap, dia akan cuba fight.
so, soalan aku :
1. offer letter aku dapat masa 2014 tu, ckp effective sampai 2016 je. lepas tu aku tak dapat langsung surat yg confirmation staff.
so offer letter tu tak valid kan?
so kalau tak valid, makna nya aku tak payah la bagi notis sampai 2 bulan, ye dak?
*aku tggu sampai hujung bulan ni sebenarnya. If satu sen pun tak bayar, memang aku bawak kes ni ke pejabat buruh dan kwsp.

Asalamualakum.
Update untuk kes ni..
Hujung bulan dec 2017 aku ada pegi pejabat buruh. Untk pengetahuan semua, kalau nak buat report tentang company anda, boleh pegi kat pejabat buruh yang berdekatan dgn lokasi company.
Step pertama, kita sbagai pengadu akan story mory masalah kita kat pegawai pjbat buruh tu.
Dalam kes aku, aku datang kali pertama, jumpa sorang pegawai pjbat buruh (perempuan)..
Cerita punya cerita dia cadangkan datang lepas aku confirm dgn company baru. Which is, after 6 month.
Tp, ada masalah kesihatan yg buat aku bakal berpindah, jadi aku datang kali kedua pd jan 2018.
Jumpa sorang pegawai lelaki. Masa ni geram sangat sbb rasa pengawai tu ckp kes mcm ni tak kan menang la . Tp husben aku suruh proceed bukak kes jugak. Masa ni aku dah rasa, mngkin tak menang kes aku..
Hari yg sama, surat dari pjbt buruh sampai kat ex-office aku. Ada la org dalam gitau.haha
Tarikh perbicaraan 2 minggu lepas tu.
Iaitu beberapa hari lepas.
Bertentang mata aku ngan HR balik. Dengan muka masam mencukanya.
Ada la part yg aku geram, banyak dia mengungkit, yg dia potong gaji tu sbb terpaksa. Dia bagi kitaorg cuti hari jumaat , which is 4 hari je keja. So kira kitaorg tak boleh mintak gaji yg dia potong tu..
Pdhal masa dlu takda pun cakap gitu.
Pegawai pejabat buruh tanya, ada agreement ke dgn pekerja mcm tu. Mmg takda la..
Last company setuju untuk bayar. Tp secara ansuran. Ok la tu. Sblm ni aku mintak. Berapa kali try bincang. Diorg buat tak tahu je.
Dan selama ni, org yg keluar dr company ni banyak yg kena mcm ni.. tapi belom sampai buat aduan ke pejabat buruh.
Pd masa yg sama, aku nak jugak bagi perigatan supaya jangan buat pekerja macam sampah. Kita buat kerja, sama² nak majukan company. Untung company dapat juta². Tp bayar gaji pekerja macam hareeeemmmmm...
Last edited: