BTC USD 81,378.2 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu nama Allah : Ulama PAS vs liberal PAS

Sayang dollah hadhari??
Orang dah nak buang.

Hahahahahahha... nko tak sayang ker??
Nik, Hadi dan Kapal sayang sgt kat dollah hadhari tu..
tak beri dollah hadhari turun.

Dah jadi umat hadhari ker??

Aku?
cam ner x sayang...satu-satunya pemimpin yg mampu membawa mazhab baru,bukan senang nak buat mazhab baru,salah satu syarat sekurang-kurangnya mesti ingat 300000 hadis dgn rawinya sekali,baru boleh buat mazhab baru.

Mestiler kene jadi umat hadhari...kan ianya datang dari UMNO,
UMNO bagi makan,UMNO bagi kereta,UMNO bagi TOL,UMNO bagi nyawa..
erkk.... betul ke UMNO bagi nyawa? nak kata mustahil..was-was jugak sbb UMNO buleh buat kubur Sdn. Bhd punyer.
kan org UMNO cakap UMNO yg bagi segala-galanya.
sbb tu UMNO berani cakap islam bukan agama universal,majmuk ler katakan...tp dalam silibus PMR,ade plak cakap Islam agama Universal..sesuai sepanjang zaman..tp hudud x sesuai plak zaman skang...

Nik Aziz sayang dollah sbb dollah still o.k dari Najis..dollah pegang cina jer,x bunuh monggolia..fitnah ke ni?lantak hang ler...
 
Last edited:
Aku?
cam ner x sayang...satu-satunya pemimpin yg mampu membawa mazhab baru,bukan senang nak buat mazhab baru,salah satu syarat sekurang-kurangnya mesti ingat 300000 hadis dgn rawinya sekali,baru boleh buat mazhab baru.

Mestiler kene jadi umat hadhari...kan ianya datang dari UMNO,
UMNO bagi makan,UMNO bagi kereta,UMNO bagi TOL,UMNO bagi nyawa..
erkk.... betul ke UMNO bagi nyawa? nak kata mustahil..was-was jugak sbb UMNO buleh buat kubur Sdn. Bhd punyer.
kan org UMNO cakap UMNO yg bagi segala-galanya.
sbb tu UMNO berani cakap islam bukan agama universal,majmuk ler katakan...tp dalam silibus PMR,ade plak cakap Islam agama Universal..sesuai sepanjang zaman..tp hudud x sesuai plak zaman skang...

Nik Aziz sayang dollah sbb dollah still o.k dari Najis..dollah pegang cina jer,x bunuh monggolia..fitnah ke ni?lantak hang ler...


Muahahahahahah...

Fitnah ..lantak lak lah??
Muahahahahaha... dalam agama PIS halal ker??8->
 
sampai kiamat debat macam ni tak habis. apa2 pun, kita tengok lah apa yang akan diputuskan oleh mereka2 yang benar2 ahli nanti. salam
 
Muahahahahahah...

Fitnah ..lantak lak lah??
Muahahahahaha... dalam agama PIS halal ker??8->

ait?
dollah pegang cina pun fitnah?najib bunuh monggol pun fitnah?
eh bukan najib bunuh,sirul yg bunuh...eh bukan sirul, big mama suruh...eh semua bukan..C4 yg bunuh monggol..
 
ait?
dollah pegang cina pun fitnah?najib bunuh monggol pun fitnah?
eh bukan najib bunuh,sirul yg bunuh...eh bukan sirul, big mama suruh...eh semua bukan..C4 yg bunuh monggol..

Hahahaha... just read what you posted.

Nik Aziz sayang dollah sbb dollah still o.k dari Najis..dollah pegang cina jer,x bunuh monggolia..fitnah ke ni?lantak hang ler...

Dah terbukti ker siapa bunuh altantuya.
nak tanya juga...kitab PIS mana yang boleh mengHALALkan andaian sebagai bahan BUKTI.... apa?? ada dalam kitab HUDUD PIS ker??
 
dah terbukti ke belum?
kenape najis takut sangat masuk mahkamah bagi statement...
Nik Aziz x bagi ape2 komen pasal monggol...HUDUD PIS?
HUDUD UMNO BAGAIMANA??x sesuai?majmuk?plural?
 
Org umno lansung tak reti jawab.last2 refer gak org pas :eek::eek::eek:

ye la...nak bagi orang pas faham..sebab kalau org lain terang memang tak penah nak faham...heran
 
nampaknye blogger pro-pas,tuan penarik beca pun luah tak puashatinya dgn puak2 liberal dlm pas

Haji Khalid Abd Samad dan Dr Dzulkefly Ahmad keras kepala. Dah orang bagi tau Majlis Syura belum buat keputusan, tunggulah dulu. Yang tak sabar sangat, apa hal? Manusia, walaupun dia pandai, tetapi bukan semua perkara boleh diputuskan oleh kebijaksanaannya sendiri.

Memang betul, Majlis Syura lambat mesyuarat. Tetapi, buat pandai sendiri lagi tak elok. Kena periksa juga diri sendiri, ada tak penyakit terasa diri lebih pandai dari kawan-kawan yang lain? Saya selalu guna istilah jakun pada diri sendiri. Kalau kita jakun pada diri sendiri, masalah besar tu!

Saya malas nak hurai. Pandai-pandai sendirilah nak tafsir petikan hansard 5/3/09 di bawah ni.

Datuk Halimah binti Mohamed Sadique [Tenggara]: Saya bersetuju dengan pandangan Yang Berhormat daripada Pontian. Kita perlukan pandangan daripada Yang Berhormat daripada Baling tentang kenyataan yang dikeluarkan oleh Yang Berhormat Shah Alam dan juga oleh Yang Berhormat Kuala Selangor. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Yang

Berhormat Baling tidak berdiri Yang Berhormat. Jadi, kita tidak boleh paksa Yang Berhormat Baling berdiri dan buat ucapan.

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua.

Datuk Haji Mohamad bin Haji Aziz [Sri Gading]: Tuan Yang di-Pertua

Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, kerana ini floor saya, dan menghormati Yang Berhormat Tenggara dan Yang Berhormat Pontian, saya berikan keizinan kepada Yang Berhormat Baling untuk buat penjelasan.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Tuan Yang di-Pertua ...

Timbalan Yang di-Pertua [Datuk Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar]: Sebelum Yang Berhormat Baling berucap, duduk dahulu Yang Berhormat Baling. Sebenarnya, apabila Tuan Yang di-Pertua berucap, tidak kisah floor siapa, bila Tuan Yang di-Pertua berucap, semua orang lain tidak ada floor lagi. Tuan Yang di-Pertua yang punya floor. Jadi, oleh kerana permohonan daripada Yang Berhormat Menteri untuk Yang Berhormat Baling berucap dan Yang Berhormat Baling sedia berucap, saya boleh beri kebenaran. Sila Yang Berhormat Baling.

Tuan Haji Taib Azamudden bin Md. Taib [Baling]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua dan Yang Berhormat Menteri serta permintaan sahabat-sahabat. Saya terpanggil untuk bercakap ini bukan dia atas bermaksud dengan kepartian. Akan tetapi, lebih fokus kepada kesucian Islam itu sendiri. Itu terpulang kepada tafsiran oranglah kalau dia hendak meletakkan kedudukan di mana yang sekali gus juga menghormati pandangan yang diberi oleh Yang Berhormat Bintulu. Sebenarnya persoalan ini mungkin kita tidak begitu selesa sangat perbahasan dan penghujahannya kita gunakan dalam Dewan ini. Kalau pun ia selepas kita dapat hadamkan di luar, di tempat lain bahawa kita confirmkan di Dewan tetapi walau macam manapun, saya faham daripada apa yang telah diberikan oleh Yang Berhormat Shah Alam, Yang Berhormat Kuala Selangor dan sahabat-sahabat yang lain.
Pemimpin keras kepala dan tak hirau atau tak nak ambik pot kawan cakap bahawa Majlis Syura belum buat keputusan memang aku lemas. Tapi aku lagi lemas dan boring sangat dah dengan pemimpin jenis bengap. Bengap sangat sehingga dia tak nampak lawan nak pergunakan dia. ***** dan mudah dipergunakan lawan. Nampak ikhlas dan berniat baik, tetapi ***** tahap seri satria!!

Hampa tengoklah nanti. Akan ada orang jawab, bukan tak tahu orang nak pergunakan. Saya bukan *****. Tapi terpaksa menjalankan tanggungjawab. Tu memang jawapan standard..

Ditulis berdasarkan posting bertajuk "Allah anugerahkan Ustaz Taib Azamudden tempat yg istimewa di Parlimen" oleh Momo.
http://penarikbeca.blogspot.com/2009/03/aku-tak-tahan-sungguh-pemimpin-jenis.html
 
Nama Allah…PAS jawab PAS

http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_e6ccafb1-7f000010-65178400-a0a6bd30
Nama Allah…PAS jawab PAS











Sidang Dewan Rakyat hari Khamis hangat membincangkan soal penggunaan nama Allah oleh agama lain. Semasa Menteri Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menggulung perbahasan, isu kalimah Allah menyaksikan pertembungan pendapat yang ketara antara dua kumpulan dalam PAS.


Kumpulan muda dalam PAS yang dilihat cukup liberal pendiriannya dan kumpulan ulama yang meletakan pensucian agama mengatasi kepentingan kepartian.


Ia bermula dengan Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) Seri Gading, Datuk Mohamad Haji Aziz meminta penjelasan Zahid pihak manakah yang seharusnya membuat keputusan tentang permohonan agama lain untuk menggunakan nama Allah sama ada mahkamah sivil atau mahkamah syariah.

Keduanya, beliau memberikan ingatan tentang bahaya jika nama Allah boleh digunakan oleh agama lain kerana dikhuatiri generasi muda Islam pada masa akan datang akan berpendapat dan melihat semua agama adalah sama kerana nama Allah digunakan oleh banyak agama.

Malah beliau menegaskan sesuai dengan kedudukan Islam sebagai agama rasmi negara ini, kalimat Allah tidak seharusnya digunakan oleh agama lain dan ia akan menjadi satu perkara yang mencabar Perakra 11 Perlembagaan Persekutuan jika ia mahu terus digunakan.

Belum pun sempat Zahid memberikan jawapan, dua Ahli Parlimen iaitu Dr. Dzulkefly Ahmad (Pas-Kuala Selangor) dan Khalid Samad (Pas-Shah Alam) bangun memberikan pandangan.

Dr. Dzulkefly dalam hujahnya berkata persoalan mengenai penggunaan perkataan Allah tidak harus timbul kerana berpendapat kalimah Allah turut digunakan oleh bukan Islam.

Malah beliau memetik ayat Al-Quran menjelaskan mengenai perkara tersebut dan seterusnya menegaskan, larangan pihak lain untuk menggunakan kalimah Allah seolah-olah mencabar kandungan Al-Quran.

Khalid pula menyokong pandangan Dzulkefly dengan membaca sepotong lagi ayat al-Quran yang menunjukkan orang bukan Islam mengakui bumi ini diciptakan Allah.

Beliau juga menyatakan tidak ada salahnya penganut agama lain menggunakan nama Allah dan larangan mengenainya akan memberikan gambaran bahawa Islam adalah agama tertutup.

Setelah itu Johari Abdul (PKR-Sungai Petani) turut bangun memberikan gambaran bahawa kini seolah-olah semua pihak telah menerima konsep ‘Tuhan Allah”.

Malah katanya, pengalaman beliau melawat kuil dan tokong, penganut agama lain menyebut mereka percaya kepada “Tuhan Allah”.

Mendengar pandangan tiga Ahli parlimen Pembangkang, Zahid terus bangun bertanyakan apakah pandangan mereka tersebut merupakan pandangan rasmi parti masing-masing.

Lantas Khalid dan Dr Dzulkefly menyatakan ia adalah keputusan yang dibuat oleh Dewan Ulama PAS baru-baru ini. Manakala Johari menegaskan padangannya adalah pandangan peribadi dan bukan pendirian rasmi PKR.

Setelah itu Ahmad Maslan (BN-Pontian) bangun dan mencadangkan agar Datuk Taib Azamudden Mat Taib memberikan pandangan untuk memperjelasakan perkara berkenaan. Cadangan itu disambut oleh Halimah Sadique (BN-Tenggara) yang berkata, Taib adalah seorang yang bekas Imam Besar Masjid Negara dan lebih layak memberikan pandangan.

Zahid kemudiannya memohon kebenaran Speaker, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang kemudiannya membenarkan Taib memberikan pandangan beliau.

“Saya ini lebih fokus pada pensucian Islam itu sendiri dari kepartian. Terpulang kepada tafsiran orang nak letak kedudukannya di mana,” Taib memulakan penjelasannya.

Bagi beliau kalimah Allah berasaskan Tauhid ia tidak boleh digunakan oleh agama lain dan berpendapat Allah yang dimaksudkan oleh agama lain adalah berbeza dengan Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab itu kalau kita nak bahaskan masalah Allah yang disebut dalam Al-Quran, kita kena lihat Asbabbul Nuzul (sebab sesuatu ayat itu diturunkan) dan kalau kita nak buka erti Allah kepada yang lain-lain, Al Quran juga pernah mendedahkan dalam surah At Taubah (sambil beliau membacakan ayat berkenaan)

“Yang bermaksud, orang Yahudi kata Uzzir anak Allah, orang Kristian kata Al Maseh, anak Allah. Daripada penjelasan ringkas ini, kita nampak Allah yang dimaksudkan oleh Yahudi lain daripada Allah Tauhid kita.

“Allah yang dimaksudkan orang-orang Masihi adalah dan orang lain adalah lain daripada Allah yang dimaksudkan oleh Islam.

“Sebab ketauhidan makna Al Ahadiyah dan As Samadyiah itu tidak jadi satu tunggak kepercayaan yang lain daripada Islam sebab itu yang didakwa orang agama lain sedangkan bagi kita, kita tahu Allah tidak ada anak, tidak diperanakkan dan tidak beranak,” jelasnya panjang lebar.

Sehubungan itu beliau mahu kerajaan memberikan penegasan mengenai perkara berkenaan agar ia dapat mengelakkan kekeliruan dan pertelingkahan yang boleh menggugat keharmonian kaum dan agama di negara ini.

Beliau turut memberikan memberikan pandangan betapa jika kekeliruan mengenai penggunaan kalimah Allah tidak dijelaskan, dikhuatiri pertembungan yang sengit akan berlaku.

“Misal saya katakan, maaf saya pada sahabat-sahabat yang beragama Buddha, Hindu atau agama Kristian. Andai saya bertanya kepada yang agama Hindu, sahabat hendak pergi mana, mereka kata nak pergi sembah Allah, Tanya pula sahabat dari Batu Pahat (Dr Puad Zarkashi) atau Sri Gading (Mohamad Aziz), sahabat hendak pergi ke mana, mereka juga jawab, saya nak pergi sembah Allah.

“Ini Allah yang mana? Sebab itu saya lebih suka dalam isu ini, saya menasihati temrasuk diri saya, kalau masalah menyentuh aqidah dan sentuh agama kita tak payah sibuk-sibuk,” ujar beliau.

Setelah memberikan pandangan yang panjang lebar, Zahid terus bangun dan menegaskan apa yang dinyatakan oleh Taib itu adalah pandangan yang sama dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) berhubung soal penggunaan kalimah Allah.

“Apa yang dinyatakan oleh Baling, itu adalah sama dengan pendirian Majlis Faktwa Kebangsaan, apa yang ditegaskan oleh Baling itu, samalah dengan pendirian Jabatan Kemajuan Islam, apa yang disebut oleh Baling itu, samalah dengan pendirian kerajaan,” ujar Zahid.

Walaupun Dzulkefly dan Khalid cuba bangun untuk memberikan penejlasan mereka lagi, namun tindakan tersebut disampuk dengan teguran beberapa Ahli Parlimen lain. Antaranya kedengaran yang berkata, “cukuplah dengan penjelasan Baling, beliau ahli dalam bidang itu.” "Ini bukan politik tetapi kesucian agama”. – 5/3/2009

saja jer nak bg kita tgk gambar MP kita.......
klik kt link tu...:)
 
Back
Top
Log in Register