BTC USD 83,490.8 Gold USD 4,121.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isu DEB di Pulau Pinang

Lagu ini ditujukan khas buat pendatang baru Totol
dan member2 dia mido,katakhijau,abgkl2008 dll
semangattttttt..........
:)) :)) :)) :))

Bersatu Kita Bersatu
Dengan Setia Berganding Bahu
Jiwa Teguh Berpadu
Kita Rumpun Melayu

Bersama Kita Bersama
Mendukung Hasrat Semua
Berjasa Pada Bangsa
Agama Dan Negara

Lambang Kita Yang Gagah
Dipandang Mulia Dan Indah
"Bersatu, Bersetia, Berkhidmat"
Cogan Katanya
UMNO Terus Mara
Untuk Rakyat Malaysia
 
peniaga dari penang ni....... aku dapat 1st list barang dari pembekal cina pada rabu 12 march 2008... barangan ducth lady akan naik berkuatkuasa pada 1 april 2008... kenaikan 10-15%.. bermakna aku terpaksa naikan harga barangan Ducth Lady... harap fikir-fikirkan lah.. nanti aku attachkan list tu

kuasa pembeli orang melayu... n orang cina beli jugak kat kedai aku cuma beli roti n rokok n newspaper aja...
 
kalau DEB diteruskan walaupun kita tak dpt menikmatinya secara direct
ttp terhasil juga hartawan jutawan dr org melayu dr tiada langsung dimana semuanya dimonopoli oleh bangsa asing....
yg mana lg bagus??
ada ka takdak bangsa melayu yg kaya??
sekuranga bila zakat dibayar, kebajikan dicurah org melayu juga merasa tempiasnya..
dan jutawan td membuka sykt utk majoriti org melayu bekerja mencari rezeki...
d
an kita juga hendaklah pandai merebut peluang yg ada dan jgn tgk saja!!


jika terhapus terus, jgn kata jutawan, melayu nak cari kerja pun susah.. harapkan gomen saja...
cuba sedara lihat mcmana layanan cina bila melayu nak keja dgn mereka??
sedara mungkin masih mentah...

sokong uncle mido...:)paid :)paid :)paid
 
aku dok penang dari kecik sampai skrg..aku dok seb perai..mungkin aku tak rasa sgt tempias yg terkena melayu sebelah pulau..tp yg nyata skrg setelah DAP pegang penang..yg aku nampak c**a agak naik tocang..bkn aku nak tiup isu perkauman disini tp ini yg terjadi skrg..isu2 kadang2 babi yg x diluluskan dulu skrg dah dibangkitkan..pasar depan kg aku dulu peniaga c**a nak menjual daging babi tp tidak diluluskan skrg dah mula dgr ura2 peniaga c**a nak fight utk dptkan hak meniaga babi disitu..so pendek kata depa dah mula naik tocang

aku bkn pro kepada mana2 parti dlm malaysia ni..tp kenyataan yg harus diterima oleh melayu penang ialah mmg susah dah nak kaleh DAP next pru..c**a bersatu hati dimana dlm pru hari tu kesemua krusi dun dap menang..kalau melayu bersatu hati di bwh umno pun krusi ADUN masih sikit..PKR utk calon melayu pun masih sikit..PAS pulak lagi la sikit..kesimpulannya mmg susah nak kaleh dah DAP

tgk barisan exco kejaan penang..cuma ada 2 org melayu yg lainnya semua c**a..ini agak menyedihkan tp kita kena terima hakikat inilah kejaan yg rakyat penang mau..penang masih mempunyai 11 orang wakil umno sebahai pembangkang..diharap wakil umno bekerja keras untuk memastikan Islam dan melayu penang terbela dan tidak dipijak sewenang-wenangnya..bagi aku sudah tiba masanya melayu penang bersatu tidak kira ideologi politik..bersatu untuk kuatkan Islam..bersatu utk kuatkan perpaduan org melayu..bersatu utk kuatkan ekonomi org melayu..skrg bkn masa untuk tunding jari sapa betul sapa salah
 
Melayu menyesal sokong DAP, Cina menyesal sokong PAS?

Melihat apa yang berlaku di Perak, ada orang Melayu sudah mula menyesal mengundi DAP. Begitu juga dengan orang Cina yang mengundi PAS.

Itulah masalahnya apabila rakyat Malaysia sudah terlalu biasa dengan sistem Barisan Nasional (BN) yang sebenarnya suatu tidak normal dalam amalan demokrasi. Dalam perhatian rakyat kepada apa yang berlaku di Perak, Selangor dan Pulau Pinang, orang lupa tentang masalah yang dihadapi oleh BN untuk membentuk kerajaan di Perlis dan Terengganu walaupun mereka tidak perlu menubuhkan kerajaan campuran.

BN juga bermasalah, cuma ia berlaku secara tertutup. Sebaliknya apa yang berlaku di antara DAP, PAS dan PKR diketahui umum dan secara terbuka. Tambahan pula media yang dikuasai BN mengambil kesempatan dalam kesempitan parti pembangkang. Sedangkan apa yang dihadapi oleh PAS, DAP dan PKR ketika menubuhkan kerajaan campuran adalah suatu perkara biasa yang berlaku di seluruh dunia.

Penubuhan kerajaan campuran merupakan dinamika poilitik demokrasi normal. Sementara sistem BN dengan parti-partinya tunduk di bawah UMNO adalah suatu yang tidak normal, dan akhirnya mendatangkan kebekuan dalam politik di negara ini.

Justeru apa yang berlaku di Perak adalah suatu yang sihat. Perbahasan terbuka mengenai kehendak parti-parti yang terlibat dan akhirnya diharapkan akan mencapai kesepakatan. Ia bukan suatu yang tidak stabil, tetapi merupakan sebahagian daripada proses demokrasi. Malah ia lebih baik berlaku sekarang, sebagai suatu latihan dan pelajaran bagi parti-parti pembangkang dalam persediaan untuk menubuhkan kerajaan persekutuan jika rakyat memerlukannya pada suatu hari kelak.

Ketinggalan zaman

Sistem BN sudah ketinggalan zaman dan tidak menepati aspirasi rakyat. Pada mulanya ia dibentuk sebagai kerajaan campuran Perikatan-Pas. Kemudian ia diperluaskan menjadi Perikatan-Gerakan-PPP. Akhirnya ditubuhkan BN yang muncul dalam bentuk UMNO sebagai parti dominan.

Sedangkan dalam kerajaan campuran, tidak ada parti yang dominan. PAS, DAP dan PKR adalah setaraf. Kekuatan mereka hanya bergantung kepada bilangan kerusi yang diperolehi. Sebagai kerajaan-kerajaan baru di Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor sudah tentu akan berlaku pelbagai kesilapan. Tetapi pengundi tidak harus menyesal kerana pilihan raya umum ke-12 membuka lembaran baru kepada cara berpolitik yang lebih demokratik dan adil. Tidak ada patah balik. Walaupun mungkin BN boleh memperbaiki diri dan memenangi semula beberapa kerusi yang ia terlepas, tetapi rakyat negara ini tidak wajar pandang ke belakang. Sesungguhnya BN sudah bobrok dan perlu diganti untuk dirawat. Ia mesti menyesuaikan dengan iklim baru politik.

Seperti di Indeonsia, Golkar yang zaman Suharto menguasai negara itu perlu menyesuaikan diri dengan zaman reformasi di mana politik adalah terbuka.

Pengalaman ini juga berlaku di Taiwan, Jepun, malah di Rusia. Di Taiwan, Kuomintang menyesuaikan diri dan kini mampu mencabar Parti Progresif Demokratik (DPP) yang memerintah. Begitu juga dengan Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun dan Parti Komunis Rusia yang menguasai parlimen tetapi gagal menjadi presiden.

Umno dan BN mungkin tidak pupus tetapi mereka mesti berubah.

Mungkin akan makan masa lebih lama dan dalam perjalanan itu, mereka mampu menang semula mengatasi PAS-DAP-PKR, tetapi sempadan minda rakyat negara ini telah diterobos. Pembangkang mampu menubuhkan kerajaan.

Akan sampai masanya, PKR, PAS dan DAP terpaksa bertelagah dalam menbubuhkan kerajaan persekutuan setelah menang majoriti di negara ini. Pada masa itu, pengalaman di Perak amat berguna.

Kekuatan tersendiri

PKR, PAS dan DAP sebagai parti berasingan mempunyai kekuatan sendiri berbanding dengan BN yang tergabung dalam parti. Apa yang menjadi kemarahan orang Cina kepada MCA dan gerakan adalah kelemahan mereka ketika berdepan dengan Umno. Perkara itu tidak akan berlaku dalam kerajaan pembangkang. Ini kerana DAP adalah setaraf dengan PKR dan PAS. Mereka boleh menyuarakan aspirasi kaum Cina tanpa bimbang diperlekehkan.

Sementara PAS pula juga berdiri setaraf dengan PKR dan DAP.

Ketika PAS berada dalam BN, ia hanya mampu memiliki Menteri Besar di Kelantan. Tetapi dalam kerajaan campuran PAS-DAP-PKR, bukan saja PAS berpeluang menjadi Menteri Besar di Kelantan dan Kedah, tetapi juga di Perak. Justeru pada masa akan datang, parti kecil juga berpeluang menerajui pucuk pimpinan mana-mana negeri, mengikut kesesuaian politik semasa.

Selain itu setiap parti, PAS, DAP dan PKR tidak berasaskan kaum walaupun PAS adalah parti satu agama, DAP pula keahilannya adalah dominant Cina.

Tetapi seseorang Cina Islam boleh menyertai PAS, sementara seorang Melayu boleh menyertai DAP. Tidak seperti BN, hanya Gerakan dan PPP yang berbilang kaum.

Banyak pengulas yang menekankan perbezaan ideologi antara DAP dan PAS, sambil menggambarkan bahawa DAP dan PKR tidak mempunyai perbezaan ideologi.

Tetapi jika diteliti perjuangan ketiga-tiga parti mereka mempunyai lebih banyak persamaan daripada perbezaan. Perjuangan menentang rasuah, persamaan antara kaum, membela orang terpinggir adalah serupa dan menjadi tonggak perjuangan. Perkara ini tidak begitu dilaungkan oleh BN kerana mereka tidak berupaya melakukannya.

Tidak wajar menyesal

Dalam hal ini, pengundi tidak wajar menyesal mengundi PAS-DAP-PKR kerana perjuangannya adalah jauh lebih bersih daripada BN. Sebaliknya pengundi-pengundi BNlah yang perlu menyesal. Ini kerana tindak-tanduk BN selepas pilihan raya melihatkan mereka sombong, pendendam dan enggan berubah.

Mereka mencari sebab kekalahan atas perkara-perkara kaedah seperti soal strategi dan calon. Sedangkan apa yang menimpa BN ialah kelemahan asas perjuangannya.

Selama ini ia mampu menang adalah kerana kekuatan jentara dan strategi, dan kurang atas sebab asas perjuangan.

Dr. Mahathir Mohamad menyalahkan Abdullah Ahmad Badawi kerana kekalahan BN ini, tetapi jika diteliti tentang apa yang dialami oleh BN dalam pilihan raya umum ke-12 ini, ia merupakan lanjutan kepada kesilapan Dr Mahathir.

Orang kata dua kesilapan Dr Mahathir ialah pemecatan Anwar dan pelantikan Abdullah.

Tetapi hakikatnya kesilapan Dr Mahathir ialah kegagalan untuk berubah dan reformasi. Beliaulah yang mengecilkan ruang demokrasi bukan saja dalam negara tetapi dalam Umno. Pemilihan parti ditangguhkan hingga Umno tidak dapat memperoleh pemimpin yang baik. Amalan serupa itu dituruti oleh Abdullah, maka calon yang diletakkan oleh BN dalam pilihan raya umumn ke-12 itu merupakan hasilnya.
 
nk settle?

war je lah...settle punye...diorg mesti cabot balek cine punye...
 
menang sorak kampung tergadai !!!
 
Back
Top
Log in Register