BTC USD 81,179.8 Gold USD 3,999.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Istighfar Sebagai Kunci Rezeki

gombakman

Active+ Member
Messages
3,544
Joined
May 9, 2009
Messages
3,544
Reaction score
506
Points
71
Perkara yang paling utama menjamin turunnya rezeki daripada Allah ialah Istighfar dan taubat kepada Allah. Menurut Al Nawawi taubat hukumnya adalah wajib atas setiap individu Muslim.

Terdapat banyak ayat yang menunjukkan kepada kepentingan bertaubat dan istighfar sebagai pintu rezeki dan keredaan Allah. Antaranya, Firman Allah menerusi surah An-Nuh ayat 10-12:

Maksudnya: Sehingga aku berkata (kepada mereka): "Pohonlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantar hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu; Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; Dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai(yang mengalir di dalamnya)."

Rasulullah S.a.w. bersabda:-

"Orang yang memperbanyakkan istighfar, maka Allah s.w.t akan menjadikan kemudahan dalam setiap kesusahannya dan memberikan jalan keluar dari setiap kesempitan dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak disangka sangka."
(HR Ahmad)


Dalam hadith tersebut Nabi s.a.w. mengkhabarkan ada 3 hasil yg boleh dituai oleh orang yg memperbanyakkan bacaan istighfar.

Pertama, diberi kemudahan dlm setiap kesusahan,

Kedua, diberikan jalan keluar dari setiap kesempitan,

Ketiga, rezeki dari Allah dari jalan yg tidak disangka sangka,

Ibn Jauzi pula telah menyorot kata-kata Ibn Abbas dengan pendapat bahawa orang yang bertaubat kepada Allah akan dikurniakan rezeki yang banyak dan kemewahan. Perkara ini adalah bertujuan memberi galakan kepadanya agar terus istiqamah melakukan amal soleh itu.

Al Qurtubi juga menyokong pandangan tersebut dengan katanya "Ini merupakan hasil istighfar dan taubat, iaitu Allah akan mengurniakan seseorang itu limpahan rezeki dan kenikmatan hidup. Allah juga tidak akan menimpakan ke atas kamu azab seksa sebagaimana yang telah ditimpakan ke atas golongan-golongan yang ingkar sebelum kamu."

Menurut Al Qurtubi lagi, Saidina Ali r.a. pernah menyuruh seorang sahabat yang beristighfar agar mengulangi istighfarnya semula kerana istighfar itu dilakukan secara tergesa-gesa tanpa ada roh penghayatan

Dosa merupakan antara sebab ketat dan sempitnya rezeki seseorang...oleh itu beristighfar dan bertaubatlah dan ikhlaskan hati dlm berzikir dan memohon keampunan semata-mata keranaNya...insyaallah dipermudahkan segala urusan.


Sumber rujukan: 1) Hikmah Terapi Istighfar ( Hasan Bin Ahmad bin Hassan Hammam)
2) 101 Petua Murah Rezeki & Jauhi Hutang (Siti Nor Bahyah Mahamood /Zahazan Mohamed/Mahfuzah Omar)
 
Last edited:
Ada lagi satu bro... Ayat Quran gak...

Bunyinya lebih kurang cam nih...

Perbanyakkan istighfar dah Allah SWT akan mengalirkan air di bawah tanaman kamu, memperbanyakkan anak-anak kamu dan lagi aku lupa la...

Powerful istighfar nih...
 
Ada lagi satu bro... Ayat Quran gak...

Bunyinya lebih kurang cam nih...

Perbanyakkan istighfar dah Allah SWT akan mengalirkan air di bawah tanaman kamu, memperbanyakkan anak-anak kamu dan lagi aku lupa la...

Powerful istighfar nih...

"Maka aku katakan kepada mereka, "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak mu dan mengadakan untuk mu kebun kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai"

(Surah Nuh 10-12)

Thanks bro...
 
Last edited:
"Maka aku katakan kepada mereka, "Mohonlah keampunan kepada Tuhanmu sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat dan memperbanyakkan harta dan anak-anak mu dan mengadakan untuk mu kebun kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai"

(Surah Nuh 10-12)

Thanks bro...

Macam mana ko bleh jumpa ayat ni cepat sangat?

Ko ngah pegang Al-Quran ker sambil berforum nih? :)):))
 
Aku memang tengah baca buku pasal istighfar ini....:D:D:D

Ooo... Patutla...

Ko ni pun satu la TT...

Masukkan jer kat thread ni mana-mana ayat yang ko berkenan tentang istighfar tu... Ayat Quran ke, hadis ke...

By the way, tajuk buku tu apa? Penulisnya sapa?
 
Nama buku tu "Hikmah Terapi Istighfar"

Penulis dia Hasan bin Ahmad bin Hassan Hammam.

Tapi istighfar paling power yg Nabi ajar - "Sayyidul Istighfar" (Penghulu Istighfar).
 
ada lg kunci pembuka pintu rezki...

1) mendoakan kedua org tua
2) sembahyang sunat dhuha
3) mengamalkan surah al-waqiah

pintu rezki akan terbuka utk pengamal nya (insyaAllah...)

p/s:kalu ambe ingat lg yg lain ambe tambah kemudian...yerr :)
 
Back
Top
Log in Register