BTC USD 59,524.0 Gold USD 4,322.41
Time now: Jun 1, 12:00 AM

"Isteri Yang Minta Cerai" - Ezany

dhiaperfumes

CG Top Poster Club
gem
Messages
41,571
Joined
Nov 12, 2009
Messages
41,571
Reaction score
63
Points
120
Ezany-Nizariff.jpg

Pelakon Ezany Nizarif mengesahkan bakal bercerai dengan isterinya, Lizda Nuryanti, 32, selepas tujuh tahun mendirikan rumah tangga.

Ezany, 41, berkata, walaupun berat hatinya untuk berbuat demikian namun dia terpaksa akur selepas didesak oleh Lizda agar dia melafazkan talak.

"Hubungan kami suami-isteri sudah berada di hujung tanduk. Tiada apa yang dapat diselamatkan lagi.

"Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia," katanya.

Ezany dan Lizda diijabkabulkan mereka pada 1 Julai 2007 dan mereka dikurniakan dua orang anak.

Pada Selasa lalu, Ezany yang juga merupakan pengusaha kicap dan belacan telah memuat naik status di akaun Facebook miliknya dengan tulisan: "It‘s over, the end. Berakhir sebuah cerita."

Manakala Lizda pula menaikkan status di Facebook meluahkan bahawa dia baru sahaja menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri selepas melalui proses perpisahan dalam rumahtangganya.

"Liz baru balik dari menyembuhkan hati dan mencari kekuatan diri. Terlalu banyak yang berlaku dalam hidup ini, pasrah dan reda dengan ketentuan Allah selepas melalui proses perpisahan yang perit dalam rumahtangga,” ujarnya.

Sementara itu, ditanya adakah dia atau pihak isterinya sudah memfailkan cerai, Ezany bagaimanapun enggan mengulas tentang perkara itu.

"Tunggulah nanti apa keputusan hakim. Sekarang ini pun masalah masih belum selesai.

"Saya pun enggan komen panjang kerana takut ia boleh menjejaskan kes kami," katanya.

http://www.cari.gold/2014/07/isteri-yang-minta-cerai-ezany.html
 
kesian kat kak lis, sblm masuk bulan ramadhan ni kak lis dah kehilangan arwah bapanya yg tercinta skrg ni hilang suami pulak...

teringat masa tahun lalu (genap setahun) waktu sy dan family jalan2 kat KL,ezany yg jemput kami d airport, sy tumpang ruma kak lis , mereka suami isteri melayan kami dengan sebaik2nya..tak sangka pula terima berita sedih begini pagi2..
 
la suami tokey kaya pun mintak cerai..apa masalah?
 
kesian kat kak lis, sblm masuk bulan ramadhan ni kak lis dah kehilangan arwah bapanya yg tercinta skrg ni hilang suami pulak...

teringat masa tahun lalu (genap setahun) waktu sy dan family jalan2 kat KL,ezany yg jemput kami d airport, sy tumpang ruma kak lis , mereka suami isteri melayan kami dengan sebaik2nya..tak sangka pula terima berita sedih begini pagi2..

ni kiranya xthu sbb apa lah dia bercerai?
 
Rasulullah bersabda “Sesuatu yang halal tetapi paling dibenci Allah adalah perceraian”. Ini menunjukkan di satu sisi bahwa terkadang perceraian itu tidak bisa dihindari sehingga jika ada satu pasangan yang memang tidak ada kecocokan masih dipaksakan untuk terus, itu akan merugikan semua pihak. Maka dibolehkan perceraian, tetapi diingatkan bahwa perceraian itu halal tapi paling dibenci Allah.
 
Statement ni jer cukup " "Sebenarnya dia yang minta (cerai). Dan sebelum ini pun, sudah banyak kali dia minta. Tujuh tahun kami bersama akhirnya saya terpaksa akur dengan permintaan dia," katanya...... so pandai2lah analysis sendiri...wife dah nak...bagi jerlah.... carilah
 
isteri minta cerai terus bg cerai
wtf
 
Back
Top
Log in Register