BTC USD 62,128.6 Gold USD 4,466.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri nekad tikam suami

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
SHAH ALAM – Tidak tahan kerana sering diungkit, seorang wanita nekad menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah Taman Bukit Kinrara, Puchong, kelmarin.

Selepas menikam suaminya, wanita berusia 27 tahun itu memaklumkan kejadian tersebut kepada rakan karib mangsa.

Rakan suaminya itu kemudiannya menghubungi polis, kira-kira jam 2.30 pagi bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mangsa berusia 25 tahun maut selepas ditikam dengan pisau di bahagian dada.

“Pasangan suami isteri itu merupakan warga Myanmar dan mereka mula tinggal di sini sejak setahun lalu.

“Siasatan mendapati suspek tidak dapat menahan marah kerana suaminya sering mengungkit perkara yang tidak baik terhadap keluarganya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Dalam perkembangan lain, seorang isteri dibunuh kejam di mana mangsa dibakar dan melecur hampir 45 peratus dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Hitam, Bandar Country Homes Rawang, Sabtu lalu.

Mangsa, warga Indonesia, berusia 34 tahun ditemui tertiarap di atas katil, kira-kira jam 3.20 petang.

“Ada kesan bakar di muka, tangan dan belakang badan mangsa. Sebuah botol yang mempunyai kesan minyak petrol juga ditemui.

“Kita menahan suami mangsa, seorang warga Indonesia berusia 55 tahun dipercayai terlibat dalam pembunuhan tersebut,” katanya.

Mohd Adnan berkata, motif kejadian masih disiasat dan suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/isteri-nekad-tikam-suami-1.136552
 
warga asing ni suka2 jerk main bunuh mcm mesia ni tempat diorg xde undang2.
 
hisyamudin...bawak masuk ramai lg...x cukup lg ni warga asing kat m'sia...lg ramai lg meriah...NGOK!!!!!!:mad::mad:
 
banyak betul kes2 jenayah yang melibatkan warga asing, itu yang dilaporkan...kes2 yang tak dilaporkan entah berapa banyak lagi....nampaknya M'sia dah jadi tak aman lagi akibat kebanjiran warga asing ni.
 
ya ya....bunug lagi...lopeh ni angkat senjato lak...tah bila nak paham tah menteri menteri tido ni.....angkut semua pendatang balik...
 
Mak ai....bahaya nie...byk btl kes2 jenayah berlaku..
 
Jenayah warga asing diMalaysia masih terkawal, sikit sgt tu.
-pak menteri
 
SHAH ALAM – Tidak tahan kerana sering diungkit, seorang wanita nekad menikam suaminya sehingga mati dalam kejadian di sebuah rumah Taman Bukit Kinrara, Puchong, kelmarin.

Selepas menikam suaminya, wanita berusia 27 tahun itu memaklumkan kejadian tersebut kepada rakan karib mangsa.

Rakan suaminya itu kemudiannya menghubungi polis, kira-kira jam 2.30 pagi bagi memaklumkan kejadian tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Mohd Adnan Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati mangsa berusia 25 tahun maut selepas ditikam dengan pisau di bahagian dada.

“Pasangan suami isteri itu merupakan warga Myanmar dan mereka mula tinggal di sini sejak setahun lalu.

“Siasatan mendapati suspek tidak dapat menahan marah kerana suaminya sering mengungkit perkara yang tidak baik terhadap keluarganya,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor, semalam.

Dalam perkembangan lain, seorang isteri dibunuh kejam di mana mangsa dibakar dan melecur hampir 45 peratus dalam kejadian di sebuah rumah di Kampung Air Hitam, Bandar Country Homes Rawang, Sabtu lalu.

Mangsa, warga Indonesia, berusia 34 tahun ditemui tertiarap di atas katil, kira-kira jam 3.20 petang.

“Ada kesan bakar di muka, tangan dan belakang badan mangsa. Sebuah botol yang mempunyai kesan minyak petrol juga ditemui.

“Kita menahan suami mangsa, seorang warga Indonesia berusia 55 tahun dipercayai terlibat dalam pembunuhan tersebut,” katanya.

Mohd Adnan berkata, motif kejadian masih disiasat dan suspek ditahan reman sehingga Sabtu ini untuk siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/semasa/isteri-nekad-tikam-suami-1.136552


Baguslah. Yg buat macam ni warga asing, lepas tu menjadi ikutan kpd warga tempatan yg lain. Sangat bagus.
 
Back
Top
Log in Register