BTC USD 60,704.0 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri maut tercampak

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120

image.jpg

Ridhawati

image.jpg

Pasukan bomba bertungkus-lumus mengeluarkan Hambali yangt tersepit.


PORT DICKSON –Seorang maut dalam kejadian kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 17 lebuh raya Seremban-Port Dickson, jam 11.30 malam kelmarin.

Mangsa, Ridhawati Redzuan, 39, maut di tempat kejadian walaupun usaha menyelamatkan mangsa dilakukan oleh pasukan penyelamat.

Ridhawati yang dipercayai berada di tempat duduk penumpang hadapan tercampak ke tempat duduk belakangkereta jenis Proton Saga yang dipandu suaminya, Hambali Husain, 39, dan anak merekaMohamad Ashraf Hambali, 6.

Bagaimanapun,Hambaliyang tersepit di tempat duduk pemandu mengalami cedera parah dan dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk rawatan lanjut, manakala Mohamad Ashraf mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Port Dickson.

Pemandu kereta jenis Proton Wira, Mohd Jani Ismail, 51, berkata, ketika kejadian dia dalam perjalanan dari Batu Pahat, Johor ke Telok Kemang untuk menghantar beberapa barang keperluananaknya yang menuntut di Politeknik Port Dickson.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian saya melihat dua buah kereta, kedua-duanya jenis Perodua Myvi bergesel manakala kereta Proton Saga tidak sempat mengelak lalu berpusing dan melanggar pembahagi jalan.

“Kejadian begitu pantas, saya tidak dapat mengawal kenderaan dengan baik dan dapat merasakan kereta seperti terbang walaupun memaut stereng bagi mengawal kenderaan.

“Saya berjaya mengelak daripada melanggarkereta Proton Saga, namun terbabas melanggar pembahagi jalan di tengah-tengah lebuh raya iaitu hanya kira-kira 50 meter dari kereta yang kemalangan itu,” katanya.

Mohd Jani yang memandu berseorangan berkata, dia bersyukurkerana tidak mengalami sebarang kecederaan, namun keretanya mengalami kerosakan teruk.

Sepasukan Bomba dan Penyelamat Seremban 2 bergegas ke lokasi kejadian untuk kerja-kerja menyelamatkan mangsa yang tersepit di dalam kenderaan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah, Superintendan Abd Wahab Harun ketika dihubungi mengesahkan kejadian.
 
myvi punya pasal org lain jadi mangsa....

takziah.
 
hiway PD ni bape banyak dah nyawa dimakan nye...walaupun nampak lurus je..
 
jap lagi ada la tu cakap pasal proton pnya safety pula...tp ni perodua pnya pasal.. hehe
 
Back
Top
Log in Register