BTC USD 61,874.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri lumpuh, suami khalwat

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
LANGKAWI: Tindakan suami sanggup meninggalkan isterinya yang lumpuh di rumah semata-mata mahu memadu asmara dengan teman wanitanya, mengundang padah apabila dicekup berkhalwat di sebuah motel di pekan Kuah, di sini, malam kelmarin.

Ketua Operasi Pejabat Agama Islam Daerah Langkawi (Padal), Saiful Aswad Kasa, berkata ketika ditahan kira-kira jam 2 pagi, lelaki tempatan berusia 48 tahun itu memberi alasan isterinya terlantar sakit.

“Dia juga memberi alasan hanya menemani teman wanitanya warga Thailand berusia 30-an itu datang dari negara berkenaan bagi mengunjungi Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima) 2009,” katanya kepada Harian Metro, semalam.

Menurut Saiful, serbuan dilakukan selepas pihaknya menerima maklumat kegiatan maksiat di motel itu dan menyerbu bilik disyaki kira-kira jam 2 pagi.

“Selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya berseluar jeans tanpa baju membuka pintu dan terkejut melihat kehadiran empat penguatkuasa Padal sebelum membenarkan kami masuk membuat pemeriksaan.

“Siasatan menemui seorang wanita dalam bilik berkenaan berbaju-T dan menutup tubuhnya dengan selimut kerana tidak berseluar,” katanya.

Menurutnya, wanita itu diarah memakai seluar sebelum kedua-dua dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuah untuk laporan tangkapan dan dibebaskan dengan jaminan.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 9 (1) Enakmen Kanun Jenayah Syariah Kedah 1988 kerana berkhalwat manakala wanita Thailand itu dibebaskan kerana bukan Islam.

Dalam serbuan berasingan, sepasang kekasih nyenyak tidur terkejut apabila menyedari kehadiran anggota penguat kuasa di bilik tidur sebuah rumah di Taman Sri Ayu, Bohor, di sini, kira-kira jam 3.30 pagi.

Saiful Aswad berkata, lelaki dan wanita itu berusia 23 dan 24 tahun memberi alasan ketinggalan bot untuk pulang ke Tanah Besar selepas menyaksikan pertunjukan Lima 2009 menyebabkan terpaksa menumpang tidur di rumah rakan.

Difahamkan, lelaki dari Sungai Rotan, Pendang itu baru bekerja di sebuah hotel di sini manakala teman wanitanya dari Simpang Empat Kangkung, Alor Star.

Menurutnya, pihaknya yang tiba di rumah berkenaan masuk ke rumah tidak berkunci itu dan mendapati seorang lelaki dipercayai rakan suspek tidur di ruang tamu.

“Pemeriksaan di bilik kedua rumah itu mendapati sepasang kekasih berpakaian lengkap nyenyak tidur,” katanya.
 
Kawin satu lagi ajer lah dari dok buat maksiat
 
Kawin satu lagi ajer lah dari dok buat maksiat

biaya utk orang lumpuh tinggi.

ada kemungkinan isterinya akan terabai jika dia kawin lagi sbb belajawan out. #:-S
 
masa kawen janji sehidup semati.
 
gitu la kehidupan zaman sekarang nie...
 
kawen je la apa susah...ada 3 lg kosong...


p/s eboss..kat spital ke ni..sempat lai bukak thread..
 
semalam pasal bini..ni pasal suami plak
 
alasan menemani kawan .. huhu .. best ni .. menemani sampai dapat tut ..
 
Back
Top
Log in Register