BTC USD 82,360.1 Gold USD 4,153.75
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri Libas Suami, Maut

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,788
Top Poster #7
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,788
Reaction score
7,754
Points
916
29.04.2018 - Kajang,LELAKI maut selepas dilibas dengan pisau pemotong daging oleh isterinya sendiri di rumah mereka di Sungai Makau, Hulu Langat, Kajang, semalam.

Ketika kejadian antara 11 hingga 12 tengah malam itu, mangsa tempatan berusia 40-an dilaporkan bergaduh sebelum berlaku pergelutan dengan isterinya yang juga seorang warga Vietnam, berusia lewat 30-an, akibat salah faham.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof berkata, hasil siasatan awal mendapati ketika pergelutan, isteri mangsa yang turut dipercayai dipukul mengambil pisau dan melibas suaminya.

"Akibat libasan itu, lelaki terbabit mengalami kecederaan serius serta dalam keadaan berlumuran darah dibawa ke Balai Polis Batu 14, Hulu Langat bagi mendapatkan bantuan oleh wanita yang juga jiran mangsa.

"Pihak polis kemudian menghubungi ambulans untuk rawatan lanjut namun dia disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang tiba di balai polis," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pemeriksaan oleh pegawai perubatan mendapati kesan luka kira-kira 7 sentimeter pada tubuh mangsa, dipercayai akibat libasan pisau.

Dzaffir berkata, berdasarkan maklumat daripada beberapa saksi serta beberapa jiran mangsa lain, polis kemudian menahan isteri mangsa di rumahnya.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

blood2_cropped_1524988171.jpg


Berita asal https://www.hmetro.com.my/utama/2018/04/335006/maut-dilibas-isteri
 
Ganas betul. Sampai libas melibas. Biasa dengar cerita lelaki yang melibas, jarang2 dengar perempuan yang melibas.

Takziah untuk mangsa.
 
hari tu perempuan vietnam gunakan agen vx...la ni guna pisau pemotong daging plak ...dasyat...dasyat..
 
Aku g melawat adik aku kat spital... Tgk perempuan Vietnam n Myanmar... Buat laki macam kuli... Bersalin pun pakai Pampers Suh suami basuh berak dia... Nurse bebel pun dia bukan paham. Laki dia la kesian aku nengok...
Kawen dgn warga asing ni aku tgk laki M'sia mcm kena guna2.
 
vietnam harap cantik2 je la, tapi mmg jenis tak setia..

nak setia cari awek bangla la jenis duduk umah je. tapi x cantik la pula.


tapi apa hal pegi balai polis, kalau pegi terus hospital rasanya masih bole selamat lg tu.
 
Back
Top
Log in Register