BTC USD 63,223.5 Gold USD 4,475.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Isteri Faisal Halim fail cerai?

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
23,450
Joined
Dec 18, 2007
Messages
23,450
Reaction score
321
Points
141
3259480.webp

Isteri kepada bintang Selangor, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dipercayai telah memfailkan permohohan cerai terhadap pemain tersebut, hari ini.

ISTERI kepada bintang Selangor, Faisal Halim, iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril dipercayai telah memfailkan permohonan cerai terhadap pemain tersebut, hari ini.

Menurut laporan sebuah portal, sebutan kes tersebut berlaku di Mahkamah Rendah Syariah Klang, Selangor di hadapan Hakim Syarie Mohd Hairuddin Ab Rahim.

Untuk rekod, tonggak utama Harimau Malaya itu sudah berkahwin dengan Syazwani selama enam tahun sejak 9 Mac 2019 dan mempunyai satu cahaya mata bernama Khalish Aryan.

Pada usia 27 tahun, Mickey sudah melakukan 39 penampilan bersama Gergasi Merah dan meraih 32 kaps bersama skuad kebangsaan. - Stadium Astro
 
Fuh ujian besar ni
Aku nak komen tak berani
Bagi bro @azham je lah komen dia padu
 
3259796.webp

Antara kata-kata semangat dan doa daripada peminat Faisal di ruangan komen Instagramnya.
(Foto tangkap layar ig Faisal Halim)


RUANGAN komen di Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dibanjiri doa serta kata-kata semangat daripada peminat susulan isu rumah tangganya yang kini menjadi perhatian umum.

Rata-rata warganet meluahkan sokongan agar pemain sayap Selangor FC itu yang mesra digelar Mickey, terus tabah menghadapi cabaran hidup.

“Semoga ALLAH berikan kekuatan dan kelapangan hati untuk tempuh ujian,” tulis pengguna Instagram @atita.rahman7.

Seorang lagi pengguna, @izzzfarr turut menitipkan doa agar Faisal kekal kuat dan dipermudahkan segala urusan.

“Tabah menghadapi ujian dengan tenang, semoga kembali pulih... keep it up Mickey,” kongsi @ceqpit.

Pengguna @mohdsaifulanuar pula menulis: “Insya-Allah Faisal terus ke depan, good luck Mickey.”

Sebelum ini, media melaporkan bahawa isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa.

Bagaimanapun, prosiding tersebut merupakan sebutan awal dan belum ada keputusan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.

Faisal juga pernah diuji dengan insiden disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, pada 8 Mei lalu, peguamnya mengesahkan bahawa kes serangan tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara.
 

Faisal Halim tidak terganggu isu peribadi, kekal fokus di padang - Cklamovski​

3260492.webp

Faisal foto: Malaysia NT

PENGENDALI Harimau Malaya, Peter Cklamovski menegaskan bintang kebangsaan, Faisal Halim berada dalam keadaan terbaik dan tidak terganggu meskipun berdepan masalah peribadi menjelang dua aksi persahabatan antarabangsa menentang Singapura dan Palestin.

Menurut Cklamovski, Faisal menunjukkan disiplin tinggi sepanjang sesi latihan skuad kebangsaan, bekerja keras dan sentiasa berusaha mengekalkan prestasi cemerlang di padang.

“Dari segi bola sepak, Faisal benar-benar berada dalam 'good shape'.

"Dia menjalani latihan konsisten, pendekatannya profesional dan mentalitinya untuk menjadi yang terbaik cukup mengagumkan,” katanya dalam sidang akhbar pra perlawanan menentang Singapura pada Rabu.

Sebelum ini, isteri kepada Faisal iaitu Nur Syazwani Mizuana Shahril telah memfailkan penceraian terhadap pemain sayap itu pada Selasa.

Dalam pada itu, Cklamovski mengakui hal peribadi pemain itu adalah urusan keluarga yang perlu dihormati, namun seluruh pasukan tetap memberikan sokongan padu.

“Kami semua berada di belakangnya. Dia menguruskan hal peribadinya dengan baik, tetapi dari segi bola sepak, tiada sebarang kesan.

"Dia kekal fokus dan bersedia sepenuhnya untuk pasukan,” ujarnya.

Cklamovski turut mengesahkan Faisal tetap berada dalam perancangannya untuk aksi bertemu Singapura, namun menegaskan keputusan akhir hanya akan dibuat pada hari perlawanan.

“Kita akan lihat senarai skuad esok, namun dia berada dalam keadaan terbaik dan sedia sepenuhnya.

"Dia telah berlatih serta membuat persiapan rapi untuk aksi ini," katanya.
 
3259796.webp

Antara kata-kata semangat dan doa daripada peminat Faisal di ruangan komen Instagramnya.
(Foto tangkap layar ig Faisal Halim)


RUANGAN komen di Instagram pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim dibanjiri doa serta kata-kata semangat daripada peminat susulan isu rumah tangganya yang kini menjadi perhatian umum.

Rata-rata warganet meluahkan sokongan agar pemain sayap Selangor FC itu yang mesra digelar Mickey, terus tabah menghadapi cabaran hidup.

“Semoga ALLAH berikan kekuatan dan kelapangan hati untuk tempuh ujian,” tulis pengguna Instagram @atita.rahman7.

Seorang lagi pengguna, @izzzfarr turut menitipkan doa agar Faisal kekal kuat dan dipermudahkan segala urusan.

“Tabah menghadapi ujian dengan tenang, semoga kembali pulih... keep it up Mickey,” kongsi @ceqpit.

Pengguna @mohdsaifulanuar pula menulis: “Insya-Allah Faisal terus ke depan, good luck Mickey.”

Sebelum ini, media melaporkan bahawa isteri Faisal, Nur Syazwani Mizuana Shahril telah memfailkan permohonan cerai di Mahkamah Rendah Syariah Klang pada Selasa.

Bagaimanapun, prosiding tersebut merupakan sebutan awal dan belum ada keputusan lanjut mengenai status perkahwinan mereka.

Untuk rekod, Faisal mendirikan rumah tangga dengan Nur Syazwani pada 9 Mac 2019 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Khalish Aryan.

Faisal juga pernah diuji dengan insiden disimbah asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara pada 5 Mei tahun lalu.

Bagaimanapun, pada 8 Mei lalu, peguamnya mengesahkan bahawa kes serangan tersebut telah diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) oleh Pejabat Peguam Negara.
nama cekpit pun ada

buat maloo je
 
Back
Top
Log in Register