BTC USD 76,429.8 Gold USD 4,306.28
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Faisal Halim tetap bangga perjuangan Selangor meski tewas final ACC

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Faisal Halim tetap bangga perjuangan Selangor meski tewas final ACC​

3533763.webp

Faisal Halim diasak pemain Buriram United pada perlawanan Final 1 Kejuaraan Kelab ASEAN Piala Shopee 2025/26 di antara Selangor FC menentang Buriram United di Stadium MBPJ - Foto: Bernama

KETUA pasukan Selangor FC, Mohamad Faisal Abdul Halim tetap bangga dengan perjuangan dipamerkan Gergasi Merah walaupun tewas 1-2 kepada Buriram United FC pada final kedua Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2025-2026 di Stadium Buriram, Thailand, malam tadi.

Kekalahan itu menyaksikan Selangor bimbingan Kim Pan Gon tewas dengan agregat 1-3 selepas wakil dari Thailand itu turut merakam kemenangan 1-0 pada final pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) minggu lepas.

Mohamad Faisal berkata, Selangor telah memberikan segala-galanya dalam usaha memburu gelaran juara, namun mengakui momentum pasukan sedikit terjejas selepas dibolosi pihak lawan.

"Kami telah mencuba sebaik mungkin, kami memberikan segala-galanya. Dalam 25 minit pertama, kami mengawal perlawanan, mencipta peluang dan berjaya mendapatkan gol.

"Selepas kami dibolosi, agak sukar untuk kami mendapatkan semula momentum untuk terus menekan ke hadapan,” katanya menurut laman web rasmi ACC.

Pemain sayap berusia 28 tahun itu bagaimanapun tetap menyifatkan perjalanan Selangor hingga pentas final sebagai satu pencapaian membanggakan buat pasukan itu.

"Ini adalah pengalaman yang sangat berharga buat pasukan kami, kami telah memberikan yang terbaik. Berjaya sampai tahap ini merupakan satu pengiktirafan besar dan kami akan terus bekerja keras untuk masa depan,” kata pemain skuad Harimau Malaya itu.

Pada aksi malam tadi, Selangor terlebih dahulu mengejutkan tuan rumah menerusi jaringan Muhamad Syahir Bashah pada minit ke-18 sebelum Buriram bangkit membalas melalui Suphanat Mueanta (minit ke-27) dan Theerathon Bunmathan (minit ke-55) untuk mempertahankan kejuaraan ACC.

Kekalahan di pentas final itu meleburkan impian Selangor dan para penyokongnya untuk menjulang trofi musim ini. - Bernama
 

Selangor pasti lebih kuat musim depan - Pan Gon​

3533829.webp

Kim Pan Gon - Foto fail Bernama

PENGENDALI Selangor FC, Kim Pan Gon berkata, pasukannya akan kembali lebih kuat musim depan selepas tewas kepada Buriram United FC dalam aksi final Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) 2025-2026 malam tadi.

Skuad Red Giants yang hadri tanpa bekalan gol selepas perlawanan pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya minggu lepas, terpaksa akur tewas 3-1 secara agregat kepada tuan rumah selepas kalah 2-1 pada aksi timbal balik di Stadium Buriram malam tadi.

"Kami akan kembali lebih kuat. Kami akan bangkit dan kembali ke kedudukan kami,” katanya yang mengakui sedikit kecewa apabila Selangor tidak berjaya menamatkan saingan Liga Super di kedudukan kedua.

Beliau berkata demikian menerusi laman rasmi ACC.

Selangor FC menamatkan saingan Liga Super di tempat ketiga di belakang juara Johor Darul Ta’zim (JDY) dan naib juara Kuching City.

Jurulatih dari Korea Selatan itu mengambil alih Selangor pada pertengahan musim Januari lepas, menyifatkan kempen ACC sebagai platform positif buat pasukan itu membina semula identiti permainan meskipun gagal muncul juara.

"Saya datang pada pertengahan musim dan apabila kami beraksi dalam Shopee Cup (ACC), kami sentiasa menunjukkan prestasi cemerlang. Kami cuba membentuk karakter pasukan dalam kejohanan ini menerusi corak permainan dinamik.

"Pada final kami berdepan lawan yang sangat sukar, namun kami tetap cuba mengekalkan identiti permainan kami,” katanya.

Pada aksi malam tadi, Selangor kembali menyemarakkan harapan apabila Muhamad Syahir Bashah meledak gol pada minit ke-18 sebelum Buriram United FC bangkit menerusi jaringan Suphanat Mueanta pada minit ke-27 dan Theerathon Bunmathan pada minit ke-55 untuk mempertahankan kejuaraan serantau itu.

Pan Gon mengakui faktor gugup dalam kalangan pemain ketika aksi pertama memainkan peranan besar terhadap kekalahan agregat Red Giants.

"Dalam perlawanan di tempat sendiri, saya rasa pemain tidak biasa bermain di pentas final kerana sudah lama tidak beraksi di final dan mereka agak gementar.

"Kami menggalakkan pemain untuk menampilkan karakter permainan mereka kerana mereka mewakili penyokong kami. Ia berhasil dan walaupun bermain di tempat lawan, kami tetap yakin. Saya sangat bangga kerana kami berjaya mengekalkan identiti permainan menentang pasukan yang begitu kuat,” katanya. - Bernama

 

 

 

 

 

 

TAG:
 
Back
Top
Log in Register