BTC USD 86,619.0 Gold USD 4,191.23
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isteri dan Suami ....

malkovich

Active Member
Messages
2,399
Joined
Oct 24, 2008
Messages
2,399
Reaction score
85
Points
30
Salam....

Segala puji bagi Allah.

"isteri dan suami ....". bunyi macam best je topik nie. haha. Sebenarnya taknak tulis pun cz lebih gaik bagi orang yang belajar Fiqh dan Usul Fiqh yang tulis cz ni bidang mereka. Tapi apakan daya, ustaz dan ustazah kat luar sana ramai yang either buat tak tahu atau ambik tahu tapi tak kena cara. So, aku cuba untuk bersuara dengan ilmu ala kadar nie agar kawan-kawan dan sahabat semua dapat mengambil sedikit ilmu. Nie masalah hubungan seks suami isteri samaada ianya hak suami atau tidak untuk meminta hubungan. Baru-baru nie aktivist wanita bersuara hebat membantah ideologi isteri wajib melayan suami jika suami minta "hubungan". Kata mereka isteri bukan "pelayan". Kata mereka lagi isteri bukan untuk dipergunakan. Lalu muncullah undang-undang "rogol" oleh suami. Element utama undang-undang ini ialah bila suami melakukan seks dengan isteri tanpa rela isteri atau "without consent". Ada yang bantah keras ideologi aktivist wanita ini sampai keluar perkataan "mereka ni dah kafir". Agak melampau kata-kata ini. Nie yang dikatakan nak tergur tapi tak kena gaya.

Hak atau tidak dalam islam hanya boleh ditetapkan oleh Allah melalui Shari'ah. Takde manusia boleh menetapkan atau membuang hak seseorang. Hanya Allah yang ada kuasa untuk menetapkan atau membuang hak seseorang. Untuk menilai samaada suami ada hak atau tidak untuk meminta "hubungan" ini hendaklah dirujuk pada Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Logik aqal tak boleh jadi ukuran tanpa melihat pada kedua sumber ini. Emosi pun tak boleh dijadikan panduan.

Secara umum, suami punyai hak untuk meminta "hubungan" dari isteri dan isteri wajib memenuhi permintaan suami. Dalil datangnya dari hadith nabi diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim dari Abu Hurairah bahawa nabi bersabda jika ister tidak memenuhi panggilan suami di kamar dan suami dalam keadaan marah (kerana isteri menolak), maka malaikat akan melaknat isteri itu sampai subuh. Hadith ini jelas menunjukkan haram bagi isteri secara amnya untuk menolak ajakan suami. Apabila malaikat melaknat seorang manusia, itu membuktikan manusia itu telah melakukan perkara yang sangat dimurkai Allah. Hukum dari hadith ini menunjukkan haram menolak ajakan suami dan secara tidak lansung ia membawa juga hukum wajib menerima ajakan suami.

Hadith ini menunjukkan bahawa suami punyai hak untuk meminta "hubungan" dari isteri dan isteri tidak boleh menolak. Untuk membatalkan hukum ini hanya melalui 2 cara. Samaada ada dalil lain yang sama taraf dengan hadith diatas iaitu dalil yang qat'i (amat kuat) atau ada darurat yang teramat. Yang ada hanya 2 iaitu pengharaman menjalankan hubungan ketika tidak suci (haid) yang dalilnya dari ayat Al-Qur'an (I forget which surah. So sorry). Maka tidak boleh isteri melayan kehendak suami ketika haid kerana hukum wajib memenuhi tuntutan tadi batal kerana adanya hukum haram punyai "hubungan" ketika haid. Kedua ialah apabila ada darurat atau situasi yang jika "hubungan" dijalankan, akan membahayakan isteri. Biasanya darurat yang terlibat dalam masalah kita ini ialah apabila jika "hubungan" itu membahayakan nyawa. Contohnya jika isteri dalam keadaan sakit dimana jika suami nak juga ada "hubungan" maka akan menyebabkan isteri sakit teruk jika isteri melayan suaminya. Maka dalam situasi ini, isteri tidak perlu melayan suaminya dan boleh menolak ajakan suami.

Adakah isteri mempunyai hak yang sama? Pendapat yang terkuat adalah pendapat Imam Ibnu Hazam dan majority mazhab Hanbali seperti Imam Ibnu Qudamah, Sheikh Al-Islam Ibnu Taimiyyah dimana mereka kata suami wajib memenuhi tuntutan isteri. Dalil mereka adalah berdasarkan larangan nabi dari melakukan 'azl, atau mengeluarkan mani diluar, tanpa kebenaran isteri. Ibnu Qudamah berkata, jika bukan kewajipan suami, kenapa perlu meminta izin dair isteri dalam masalah ini (sila rujuk kitab beliau Al-Mughni). Ini diperkuatkan lagi apabila 'Umar hanya membenarkan lelaki untuk pergi berjihad tidak lebih dari 4 bulan kerena pihak wanita memberi pandangan bahawa mereka tidak boleh tanpa suami lebih dari 4 bulan.

So, dari dalil diatas menunjukkan isteri wajib melayan suami dan suami juga wajib memenuhi kehendak isteri. Jika isteri menolak tanpa 'uzur yang diterima Shari'ah, maka isteri itu berdosa begitu juga dengan suami. Jika suami tidak memenuhi kehendak isteri, si isteri layak untuk memohon cerai. Bagi suami, jika isteri tidak menerima ajakan suami, suami layak menghukum isteri sepertimana yang digariskan oleh Al-Qur'an. Tetapi wajib diingatkan disini, hak hanya datang jika tanggungjawab itu dipenuhi. Bagi suami, jika tanggungjawabnya pada isteri dilaksanakan seperti nafkah, layanan yang baik, maka barulah suami layak menerima hak ini. Jika nafkah tidak diberi, kemudian memperlakukan isteri macam banduan, maka hak ini tidak akan timbul dan suami seperti ini tidak layak mendapat hak ini. Sama juga dengan isteri.

Tapi perkara ni sebenarnya tak perlu sampai nak kena ada undang-undang kata isteri wajib melayan suami dalam masa setiap 4 hari macam kat Afghanistan. Cukuplah dengan undang-undang yang mengatakan isteri wajib melayan suami jika tiada 'uzur dan suami juga wajib memenuhi kehendak seksual isteri jika tiada 'uzur. Masalah berapa hari hendaklah suami isteri berbincang dan bertolak ansur. Walaupun ini adalah hak, tetapi sikap bertolak ansur dan mengambil kira kekuatan dan keperluan pasangan masing-masing adalah yang terbaik. Allah memerintahkan agar suami melayan isteri dengan baik (ma'ruf) seperti dalam surah Al-Nisa'. Nabi pun berkata "lelaki yang terbaik adalah mereka yang baik pada keluarganya dan aku adalah yang paling baik (melayan) keluargaku". Si isteri pun kena bertolak ansur dengan suami dan menjaga keperluan mereka.

Apa yang berlaku sekarang ialah apabila kita hendak membuatkan orang barat terima kita, lalu kita mengubah apa yang telah ditetapkan Allah. Kita wajib membuatkan semua manusia menerima Islam sedaya kita. Tetapi adalah haram dan salah jika untuk membuatkan orang menerima Islam, kita mengubah apa yang ditetapkan Allah. Para aktivist wanita yang ada, betulkanlah perjuangan kamu. Perjuangkanlah hak yang Allah berikan dan jangan membatalkan hak manusia lain hanya kerana hendak meniru dan menyerupai orang bukan Islam. Kita ada panduan kita sendiri iaitu Al-Qur'an dan Al-Sunnah. Ikutilah panduan ini dan gunalah aqal untuk mendaulatkan kedua ini. Jangan gunakan aqal untuk mendaulatkan musuh-musuh Allah. Jika kamu perjuangkan hak yang diberikan Allah, maka kita akan bersama bersuara untuk membawa kebenaran. Tetapi jika kamu perjuangkan hak yang dibuat manusia dan bertentangan dengan hukum Allah, maka kita akan menjadi musuh. Semoga Allah memberikan hidayah kepada kita semua.


:D
 
Back
Top
Log in Register