BTC USD 63,955.6 Gold USD 4,467.91
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israk Mikraj

Toxic2010

Legendary Member
gem
Messages
11,012
Joined
Jun 3, 2010
Messages
11,012
Reaction score
335
Points
131
Kewafatan Saidatina Khadijah r.a memberi kesan besar kepada Rasulullah saw.

Baginda kehilangan pendorong setia, malah kewafatan Abu Talib juga memberi kesan yang sama terhadap Baginda disaat dakwah Islam berada diposisi paling tenat kerana tiada kemasukan baru ke dalam agama Islam di kalangan penduduk Mekah.

Memujuk kekasih hatinya, Allah menganugerahkan Israk Mikraj kepada Baginda saw.

Peristiwa Israk dan Mikraj menyajikan pelbagai pelajaran untuk memperkukuhkan lagi ikatan iman umat islam atau sebaliknya.

Selain menjadi mukzijat besar yang membuktikan kenabian Muhammad saw, ia juga adalah saat dimana umat islam dianugerahi ibadah solat sebagai Mikraj roh kepada Allah setiap hari.

Kedatangan Rejab juga dirasakan begitu istimewa kerana ia menandakan hampirnya ketibaan tetamu agung Ramadhan al-Mubarak.

Oleh yang demikian, marilah kita bersama mengambil iktibar dan memahami maksud yang tersirat disebalik peristiwa besar ini. Agar kita sentiasa berada dalam lingkungan rahmat Ilahi Insyallah.

Ikuti peristiwa Israk & Mikraj selanjutnya di
http://bit.ly/IsrakMikrajSK

Sumber
 
Selawat dan salam kepada Junjungan mulia Nabi Muhammad s.a.w.
 
peristiwa yg seharusnya jadi pengajaran kpd ymat islam betapa mustahaknya solat disisi Allah swt
 
bukan hanya sekadar solat, ditontonkan juga kepada baginda seksa2 yang pedih di "sana"

kuatkanlah imanku,semoga aku dijauhkan dari semua itu, amin
 
Back
Top
Log in Register