BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Israel minta diiktiraf

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BAITULMUQADDIS - Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu (gambar) semalam meminta penduduk Palestin mengiktiraf kewujudan negara Yahudi itu.

Menurutnya, pengiktirafan itu perlu sebagai batu asas untuk keamanan dan beliau kesal kerana penduduk Palestin masih enggan untuk mengiktiraf negara Israel.

"Batu asas negara Israel ialah ia merupakan negara untuk penduduk Yahudi," kata Netanyahu pada permulaan mesyuarat mingguan Kabinet.

"Ia merupakan asas yang sebenar tuntutan dari negara Israel dan penamat konflik antara kedua-dua penduduk," jelasnya.

Perunding veteran Palestin, Nabil Shaath berkata, Israel menggunakan tuntutan itu sebagai alasan untuk menafikan hak memulangkan semulan kem-kem pelarian Palestin.

Menurutnya, alasan itu turut digunakan untuk menangguhkan hak sepenuhnya penduduk Palestin yang menjadi rakyat Israel.

Tuntutan itu akan dikemukakan sekali lagi apabila Netanyahu menemui Presiden Palestin, Mahmoud Abbas dalam mesyuarat mereka yang pertama kali di rantau tersebut selepas satu rundingan damai mengenai Asia Barat diadakan di White House, Washington pada awal bulan ini. - AP
 
bengappp dlm bijak..
 
Last edited:
ahahaha elok masuk section lawak ahahaha
 
negara tak sah mcm mana nak diiktiraf!
 
mcm lawak polak.....
 
masa yaser arafat hidup dulu dia dah cadangkan macam ni tapi israel tamak tak puas hati tanah yang israel rampas dia nak lebih lagi
 
Kalau tak kerana british amik alih palestin semua ni tak jadi.. israel kaum pelarian di bumi Allah..
 
dah rampas tanah orang, boleh plak nak demand camtu, hampeh betul
 
Back
Top
Log in Register