BTC USD 63,070.2 Gold USD 4,302.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isnin 6 Jun 2016 tarikh mula berpuasa

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
Pengumuman Puasa 2016

CkL7-g0UYAAaRtU.jpg


Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja Datuk Syed Danial Syed Ahmad mengumumkan tarikh permulaan puasa bagi negeri-negeri di seluruh Malaysia telah ditetapkan pada ISNIN ini, 6 JUN 2016, bagi mengikut perintah Yang di-Pertuan Agong setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja.

Pengumuman disampaikan sebentar tadi.
anakbul.transformed.jpg

TARIKH melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menetapkan permulaan puasa bagi umat Islam di Malaysia pada 5 Jun (Ahad), bersamaan 29 Syaaban 1437 Hijrah.

Menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja hari ini, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh permulaan puasa adalah berdasarkan rukyah dan hisab.

"Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh permulaan puasa melalui radio dan televisyen," kata kenyataan itu.


Jawatankuasa-jawatankuasa berkenaan akan melihat anak bulan Ramadan pada petang 5 Jun di 29 lokasi merangkumi:

1. Pontian Kecil, Johor

2. Kompleks Falak Al-Khawarizmi, Kampung Balik Batu, Tanjung Bidara, Melaka

3. Telok Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan

4. Bukit Melawati, Kuala Selangor, Selangor

5. Bukit Jugra, Banting, Kuala Langat, Selangor

6. Balai Cerap Selangor, Sabak Bernam, Selangor

7. Pantai Pasir Panjang, Mukim Pengkalan Baru, Manjong, Perak

8. Pusat Falak Sheikh, Kuala Muda, Kedah

9. Kampung Pulau Sayak, Kuala Muda, Kedah

10. Pemandangan Indah, Pulau Langkawi, Kedah

11. Menara Alor Setar, Kedah

12. Bukit Besar, Kuala Terengganu; Terengganu

13. Bukit Geliga, Kemaman, Terengganu

14 Pulau Perhentian, Besut, Terengganu

15. Balai Cerap KUSZA, Mukim Merang, Setiu, Terengganu

16. Bukit Peraksi, Pasir Puteh, Kelantan

17. Bukit Kampung Tembeling, Mukim Manjur, Daerah Olak Jeram, Kuala Krai, Kelantan

18. Menara Bangunan SEDC, Jalan Tengku Putera Semerak, Kota Baharu, Kelantan

19. Tanjong Lubang, Miri, Sarawak

20. Teluk Bandung, Kuching, Sarawak

21. Tanjung Batu, Kuching, Sarawak

22. Balai Cerap Al-Biruni, Tanjung Dumpil, Putatan, Sabah

23. Bukit Tanjong Batu, Nenasi, Pahang

24. Gunung Berincang, Cameron Highlands, Pahang

25. Bukit Pelindong, Kuantan, Pahang

26. Tingkat 13, Menara Universiti Malaysia Sabah, Kampus Antarabangsa Labuan.

27. Menara Kuala Lumpur

28. Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

29. Kuala Sungai Baru, Simpang Empat, Perlis. - BERNAMA


http://www.bharian.com.my/node/158070
 
Last edited:
Alhamdulillah, insyaAllah beberapa hari lagi akan berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun ini.

Semoga kita semua dapat mengumpul seberapa banyak amalan pada bulan mulia ini.
 
Alhamdulillah...tinggal seminggu je lagi nak puasa

Semoga puasa kita kali ni lebih baik dari sebelum2 nya...
 
tanamkan azam tidak membazir puasa tahun ini
 
Semoga umur kita semua Allah panjangkan untuk berada dalam bulan Ramadan... Aminnn
 
sifar bazar ramadhan aku tahun ni macam tahun lepas.
tak mahu wang aku dikontrol oleh peniaga yang lapar duit.wang adalah kuasa.
 
Last edited:
Mufti Terengganu, Datuk Dr Zulkifly Muda menggunakan teleskop untuk mencerap anak bulan Ramadan di Bukit Besar, Kuala Terengganu. - Foto Aswadi Alias

13343096_10154128820885600_4309249946000937361_n.jpg
 
Back
Top
Log in Register