BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islamikkah perbankkan islamik?

mantap ke bro?:D

uzar rasanya salah pemahaman ni. apa yang ust. imran cakap tu contoh je. salah satu produk kononya islamic bank. maksudnya lebih kepada fractional reserve system secara menyeluruh. tujuan sebenarnya adalah penggunaan emas sebagai matawang. bila guna emas ni, fractional xlehlah berfungsi macam sekarang. uzar bukannya xpaham, mungkin saja buat2 xpaham. :D:D:D

senarionya,

sykt cekik darah developer sdn. bhd. pemaju taman rumah mahal boulevard. antara projek rumah flat 3bilik, 1bilik air, 1bilik tandas duduk dgn harga RM60,000.

si A bernama rakyat marhain bin kena kencing buta ingin beli rumah tu. duit yang ada hanya RM10,000. dia datang dgn isteri dan anak 7orang, berusia dari 5 hingga 12 tahun, dengan harapan ingin kediaman yang lebih selesa setelah tinggal dirumah setinggan yang disewa dgn harga RM200.

lepas tgk je contoh rumah (kalau ada), dia bersetuju. dia pun bayar ke pemaju duit booking, RM500. dalam masa 3bulan, dia kena bayar balance deposit 10% dan sign SNP. jadi, dia kena bayar balance RM5,500. dia pun tersenyum riang, sebab duitnya ada. ada balance lagi untuk beli tambahan perabot.

pergilah dia mencari bank untuk buat pinjaman rumah. dalam kepala dia, untuk lebih afdal donia dan akhirat, dia nak cari bank islam (atau kononnya islam). jumpalah dia bank tersebut. bank ahlong kononnya islamic berhad. masuklah dia jumpa pegawai bank, sambil bawa resit booking rumah dan slip gaji yang cantek. nama xde masalah untuk buat loan bank. bank officer cakap, alhamdulillahhhhhh. en datang tempat yang betul. hari tu juga keluar letter offer. hehehehe. tapi, en. kena bayar balance deposit dan sign SNP dulu, sebelum pinjaman diluluskan. no problem katanya. pergilah dia jumpa pemaju, untuk segerakan sign SNP. pemaju cakap, boleh je. bawa duit sekali. SNP dah standard, tukar nama je. ehehehehe. dipendekkan cerita, bank tersebut luluskanlah pinjaman BBA, dgn segala istilah arab dan inggeris yang satu haram pembeli ni tak paham kecuali perkataan loan. dalam hati kecil, peduli hapa aku. islamic bank ni. xkan nak menindas.

setelah 3tahun, rumah yang ditunggu hanya nampak cerucuk sahaja. terbengkalai. bank dah keluarkan 40% jumlah yang dipinjam. tanpa berlengah masa, bank keluarkan surat untuk minta pembayaran dari pembeli. pembeli cakap, nak bayar apa? rumah xde. bank bagitahu, aku peduli apa, kau dah pinjam, duit dah keluar, lepas 3 tahun, kau bayarlah instalment, jumlah pokok tambah jumlah keuntungan (ayat kapitalis, principal plus interest). ini tidak adil, kata pembeli. instalment aku nak bayar, rumah aku kena sewa. kata bank pulak, ohh maaf. kami bukan pusat zakat atau badan kebajikan. kami adalah PENIAGA. adil bukanlah manifesto kami. dalam agreement xde sebut pasal adil tentang ni. ekekeke. terkebil kebillah pembeli rumah tu. nak baca balik agreement loan dgn SNP, xpaham. siannnnn pembeli.#:-S

ini salah satu senariolah. banyak senario sebenarnya, tapi malas nak tapi panjang2.

antara isu utamanya adalah, siapa pembeli dalam senario ni? En.Rakyat marhain bin kena kencing buta, atau bank ahlong kononnya islamic berhad. kalau ikut kata UZAR, bank yang beli. jadiiiiiiiii

1)kenapa SNP bukan bank yang sign?
2)kenapa deposit individu yang bayar?
3)kenapa projek terbengkalai, individu yang kena tanggung, sedangkan pembeli rumah dari pemaju ialah bank?

Aku sokong 100%..
Sebijik kes aku..
Ini realiti bkn fantasi..
 
Aku mmg dah lama boikot Bank Islam.... Servis lembab giler.... Now amik maybank punye loan, tapi konsep MM bukan BBA...
 
perbankan islam bagi aku lagi kafir dari pembankan konvesional...

cth jelas kad kredit islamik....faedah setahun 18%,,,,kad kredit konvensional...8% setahun....so sapa lagi islamik ni???:-?:-?:-?

hehehe...Tuan baca flyers je ke ni? cuba baca T&C bebetul.

lg satu kalo payment cantek, pasti isu ni tak timbul.
soalannya: masih nak salahkan CC a.k.a Bank Islam ke kalo 'berhutang' tapi tak bayar tepat pada waktunya (due date)?
 
Aku mmg dah lama boikot Bank Islam.... Servis lembab giler.... Now amik maybank punye loan, tapi konsep MM bukan BBA...

pertamanya, ya..saya setuju servis Bank Islam masih di takuk lama. walau pun dah berpindah di tempat baru, bangunan baru..malangnya servis camtu gak..(BI di tempat saya lah..)

keduanya: anda ada pilihan bank islam dan servis patuh syariah seperti diakui oleh pemerintah di tempat tuan sindri, tapi masih memilih perbankan konvensional yg nyata & terang²an amalkan riba.
bagi saya, kita pilih perbankan islam krn dah ada pilihan. sekurang²nya kita dah BERUSAHA elakkan riba. sama ada dikatakan pintu blakang riba atau apa saja org kata itu antara mereka yg merangka perbankan islam dan Allah.
jika anda rasa was², maka wajiblah simpan duit bawah bantal sbb anda tiada pilihan lain lagi.....~X(
 
hehehe...Tuan baca flyers je ke ni? cuba baca T&C bebetul.

lg satu kalo payment cantek, pasti isu ni tak timbul.
soalannya: masih nak salahkan CC a.k.a Bank Islam ke kalo 'berhutang' tapi tak bayar tepat pada waktunya (due date)?

saya pkai 2-2..so bukan stakat baca flyers..detail2 dalam buku tu smpai berpinar saya baca...saya pkai cimb islamik kaler hijau..dan hsbs amanah kaler silver(yg ely iskandar dok promot tu).dan konvesional mybank.tapi semua ni dah di terminate...huhu...tapi kesemua kad kredit ni(konvensional dan islamik) akan start cas interst lepas 20 or 21hari(xingat sbb dah 2 tahun xpakai) kita guna...so kalau bayar siap2 sebelum tu xpayah bayar...tapi rate tahunan untuk cimb islamik dan hsbs amanah mmg 18%stahun dan mybank konvesional 8% setahun...yg baik ny islamik cc ni, kita xboleh buat beli arak,,masuk disko..dlll :D:D:D
 
pertamanya, ya..saya setuju servis Bank Islam masih di takuk lama. walau pun dah berpindah di tempat baru, bangunan baru..malangnya servis camtu gak..(BI di tempat saya lah..)

keduanya: anda ada pilihan bank islam dan servis patuh syariah seperti diakui oleh pemerintah di tempat tuan sindri, tapi masih memilih perbankan konvensional yg nyata & terang²an amalkan riba.
bagi saya, kita pilih perbankan islam krn dah ada pilihan. sekurang²nya kita dah BERUSAHA elakkan riba. sama ada dikatakan pintu blakang riba atau apa saja org kata itu antara mereka yg merangka perbankan islam dan Allah.
jika anda rasa was², maka wajiblah simpan duit bawah bantal sbb anda tiada pilihan lain lagi.....~X(

Aku kata aku boikot Bank Islam jer.... Bukannya Islamic Banking (Sistem Perbankan Islam). Yang aku amik kat Maybank tu Islamic banking la..... MM (Musyarakah Mutanaqisah) compared to BBA (Bai Bitaman Ajil)......

Chill bro.... Baca dan fahamkan betul2 sblm komen.... :D
 
yang kedua tu cuma pandangan saya je bro utk TAJUK UTAMA THREAD ni...
yang pertama tu saya sokong kenyataan bro servis BI lembab dr dulu smpi skg...

sekian, terima kasih.:)
 
yang kedua tu cuma pandangan saya je bro utk TAJUK UTAMA THREAD ni...
yang pertama tu saya sokong kenyataan bro servis BI lembab dr dulu smpi skg...

sekian, terima kasih.:)

haha.... then no need to quote my post then letak komen "yg kedua" tu kat post yang sama, coz seolah2 ditujukan khusus kpd saya... lebih molek kalau yg kedua tu dibuat pada post yg lain :-)
 
smua org islam dh tahu bnda ni riba tp ttap gunakan gak
sbab tiada pilihan , so ????
 
haha.... then no need to quote my post then letak komen "yg kedua" tu kat post yang sama, coz seolah2 ditujukan khusus kpd saya... lebih molek kalau yg kedua tu dibuat pada post yg lain :-)

its ok bro...jimat kotak post..hehe:D
 
Back
Top
Log in Register