BTC USD 86,279.2 Gold USD 4,362.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islamikkah perbankkan islamik?

mantap ke bro?:D

uzar rasanya salah pemahaman ni. apa yang ust. imran cakap tu contoh je. salah satu produk kononya islamic bank. maksudnya lebih kepada fractional reserve system secara menyeluruh. tujuan sebenarnya adalah penggunaan emas sebagai matawang. bila guna emas ni, fractional xlehlah berfungsi macam sekarang. uzar bukannya xpaham, mungkin saja buat2 xpaham. :D:D:D

senarionya,

sykt cekik darah developer sdn. bhd. pemaju taman rumah mahal boulevard. antara projek rumah flat 3bilik, 1bilik air, 1bilik tandas duduk dgn harga RM60,000.

si A bernama rakyat marhain bin kena kencing buta ingin beli rumah tu. duit yang ada hanya RM10,000. dia datang dgn isteri dan anak 7orang, berusia dari 5 hingga 12 tahun, dengan harapan ingin kediaman yang lebih selesa setelah tinggal dirumah setinggan yang disewa dgn harga RM200.

lepas tgk je contoh rumah (kalau ada), dia bersetuju. dia pun bayar ke pemaju duit booking, RM500. dalam masa 3bulan, dia kena bayar balance deposit 10% dan sign SNP. jadi, dia kena bayar balance RM5,500. dia pun tersenyum riang, sebab duitnya ada. ada balance lagi untuk beli tambahan perabot.

pergilah dia mencari bank untuk buat pinjaman rumah. dalam kepala dia, untuk lebih afdal donia dan akhirat, dia nak cari bank islam (atau kononnya islam). jumpalah dia bank tersebut. bank ahlong kononnya islamic berhad. masuklah dia jumpa pegawai bank, sambil bawa resit booking rumah dan slip gaji yang cantek. nama xde masalah untuk buat loan bank. bank officer cakap, alhamdulillahhhhhh. en datang tempat yang betul. hari tu juga keluar letter offer. hehehehe. tapi, en. kena bayar balance deposit dan sign SNP dulu, sebelum pinjaman diluluskan. no problem katanya. pergilah dia jumpa pemaju, untuk segerakan sign SNP. pemaju cakap, boleh je. bawa duit sekali. SNP dah standard, tukar nama je. ehehehehe. dipendekkan cerita, bank tersebut luluskanlah pinjaman BBA, dgn segala istilah arab dan inggeris yang satu haram pembeli ni tak paham kecuali perkataan loan. dalam hati kecil, peduli hapa aku. islamic bank ni. xkan nak menindas.

setelah 3tahun, rumah yang ditunggu hanya nampak cerucuk sahaja. terbengkalai. bank dah keluarkan 40% jumlah yang dipinjam. tanpa berlengah masa, bank keluarkan surat untuk minta pembayaran dari pembeli. pembeli cakap, nak bayar apa? rumah xde. bank bagitahu, aku peduli apa, kau dah pinjam, duit dah keluar, lepas 3 tahun, kau bayarlah instalment, jumlah pokok tambah jumlah keuntungan (ayat kapitalis, principal plus interest). ini tidak adil, kata pembeli. instalment aku nak bayar, rumah aku kena sewa. kata bank pulak, ohh maaf. kami bukan pusat zakat atau badan kebajikan. kami adalah PENIAGA. adil bukanlah manifesto kami. dalam agreement xde sebut pasal adil tentang ni. ekekeke. terkebil kebillah pembeli rumah tu. nak baca balik agreement loan dgn SNP, xpaham. siannnnn pembeli.#:-S

ini salah satu senariolah. banyak senario sebenarnya, tapi malas nak tapi panjang2.

antara isu utamanya adalah, siapa pembeli dalam senario ni? En.Rakyat marhain bin kena kencing buta, atau bank ahlong kononnya islamic berhad. kalau ikut kata UZAR, bank yang beli. jadiiiiiiiii

1)kenapa SNP bukan bank yang sign?
2)kenapa deposit individu yang bayar?
3)kenapa projek terbengkalai, individu yang kena tanggung, sedangkan pembeli rumah dari pemaju ialah bank?

penerangan yg mantap... satu contoh dari beberapa perkara yg amat melanggar rangka asas jual beli dlm Islam sendiri...:)cgrock

di-simple-kan lagi; A seorang Islam tapi minum arak. Dia baik & tak kacau org lain. Adakah dia masih lagi org Islam? Ya, namun dia tetap berdosa sebab minum arak. Apakah pilihan dia? Bertaubat, berubah & memperbaiki diri.#:-S#:-S#:-S

Sebegitulah institusi bank kena bertaubat, berubah & memperbaiki sistemnya...:((:((:((

umat manusia semakin tertindas dgn sistem kapitalis yg 'di-Islam'-kan secara rojak pasembur... pakai setengah, setengah lagi diam2 je buang...:mad::mad::mad:
 
perbankan islam bagi aku lagi kafir dari pembankan konvesional...

cth jelas kad kredit islamik....faedah setahun 18%,,,,kad kredit konvensional...8% setahun....so sapa lagi islamik ni???:-?:-?:-?
 
kerana duit & kuasa di dunia, Allah ditolak ke tepi...

xde pendeknya...jgnla ko tertipu dgn istilah2 arab bank islam tu bro... kalau korang jdikan uzar sebagai rujukan sila lihat video ini..http://www.youtube.com/watch?v=3cBMYIv4qYo&noredirect=1

lihat pd minit ke 6.00..jelas ustaz zaharudin ckp 'cmana nak belok2 supaya jadi halal?' sendiri nilai la,nak belok2 dgn Allah? nauzubillah... kat sini dah wujud 2 keadaan...

1: keadaan untuk meminjam atas sbb ketidak mampuan

selepas belok2

2: keadaan berjual beli pulak untuk menghalalkan interest(riba)

sbb itu kita kata dlm islam xde bank,tp dlm islam adanya sistem baitulmal,salah 1 dari 8 asnaf penerima zakat adalah golongan yg berhutang,jd dana zakat yg berbilion setiap tahun mampu utk menampung keperluan umat islam sampai kiamat,itu janji Allah... tp nak juga mengislamkan bank kapitalis yg jelas2 berasaskan riba dan keuntungan...maka baitulmal di pinggirkan dan dana baitulmal digunakan utk tujuan pelaburan,bina bgnn mewah2 dan sebagainya...islamik kah itu? :p
kerana sasarannya adalah duit & kuasa di dunia, maka kepentingan akhirat yg telah Allah janjikan 'dikaburkan' dari mata rakyat. Allah kurniakan kalam-Nya AlQuran buat panduan, sesuka hati manusia belok sana sini demi 'menghalalkan' cara & matlamat... akhirnya, golongan manusia jahanam dari akar sampai ke pucuk...:((:((:((
 
penerangan yg mantap... satu contoh dari beberapa perkara yg amat melanggar rangka asas jual beli dlm Islam sendiri...:)cgrock

di-simple-kan lagi; A seorang Islam tapi minum arak. Dia baik & tak kacau org lain. Adakah dia masih lagi org Islam? Ya, namun dia tetap berdosa sebab minum arak. Apakah pilihan dia? Bertaubat, berubah & memperbaiki diri.#:-S#:-S#:-S

Sebegitulah institusi bank kena bertaubat, berubah & memperbaiki sistemnya...:((:((:((

umat manusia semakin tertindas dgn sistem kapitalis yg 'di-Islam'-kan secara rojak pasembur... pakai setengah, setengah lagi diam2 je buang...:mad::mad::mad:

ekekeke. rojak pasembur sedap bro.:D
 
Islam yg 'rojak'... adakah sekadar 'penyedap'..?

ekekeke. rojak pasembur sedap bro.:D
Islam yg 'rojak'... adakah sekadar 'penyedap'..?

AKIBAT 'OUTSOURCING / INSOURCING' YANG DILAKUKAN BANK

Pada Mac 2012, syarikat Early Care Sdn Bhd (outsourcer) yang telah dilantik oleh Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) mula menjalankan kerja-kerja menghubungi pelanggan berkaitan pinjaman
yang dibuat dalam premis bank itu sendiri (insourcing).

Apa yang berlaku kemudiannya;

1. Majikan tidak menepati beberapa syarat kontrak perkhidmatan.

2. Majikan tidak membuat caruman KWSP & SOCSO.

3. Tiada Elaun Kerja Lebih Masa (OT) walaupun bekerja sehingga 8.00 malam.

4. Tiada bayaran berganda bagi pekerja yang bekerja pada hujung minggu dan hari kelepasan am.

5. Pekerja yang tidak hadir bekerja pada 31 Ogos diberikan surat amaran.

6. Segala perbincangan yang cuba diatur tidak mendapat maklumbalas.

7. Pekerja dipaksa untuk mencapai sasaran setiap bulan sehingga menabur pelbagai janji tetapi tidak pernah ditunaikan.

Masihkah anda menyokong 'outsourcing/insourcing'?~X(~X(~X(

https://www.facebook.com/pages/NUBE-Malaysia/259701940707753

http://www.utusan.com.my/utusan/Kot...rpiket-tuntut-insentif-bekerja-sejak-Mac-lalu
 
Kapitalisma dalam Islam..?

SIKAP KAPITALISMA CEO BANK MUAMALAT
J Solomon

Terjawablah sudah mengapa pada 29 Jun 2012, CEO Bank Muamalat Malaysia Berhad (BMMB), Dato' Haji Mohd Redza Shah Abdul Wahid membuat keputusan berat sebelah apabila hanya memberikan ‘Bonus Budi
Bicara’ kepada kakitangan eksekutifnya sempena berakhirnya Tahun Kewangan 2011/2012 pada 31 Mac 2012 yang lalu.

Beliau sudah tentu sedia maklum mengenai rancangan penggabungan BMMB dan AFFIN Islamic Bank Berhad sejak tahun lepas lagi. Hanya pada pertengahan Ogos 2012, barulah Bank Negara Malaysia (BNM) memberikan kebenaran kepada AFFIN Holdings Berhad untuk memulakan rundingan dengan pemegang saham BMMB, DRB-Hicom bagi membeli ekuiti sehingga 60% daripada 70% saham milik konglomerat itu dalam BMMB.

Cadangan penggabungan ini sekiranya berjaya akan mewujudkan sebuah syarikat perbankan Islam mega pertama di Malaysia. Ia juga akan menjadi bank yang ke-4 terbesar dari segi aset dan deposit dan ke-7 dari segi pinjaman.

Maka, tidak hairanlah jika CEO BMMB mula mencongak dan mencari ruang untuk kepentingan dirinya setelah menyedari bahawa Tahun Kewangan 2011/2012 BMMB mungkin menjadi tahun terakhirnya sebagai seorang CEO di BMMB.

Dengan ‘menyogok’ kakitangan eksekutifnya dengan ‘Bonus Budi Bicara’, beliau pula mengaut kenaikan pendapatan tahunan sehingga 42.8% bagi Tahun Kewangan 2011/2012 berbanding tahun lalu. Peratusan ini mencatatkan jumlah kenaikan sehingga hampir RM1 juta menjadikan jumlah pendapatan tahunan yang diperolehinya adalah sebanyak RM3.307 juta berbanding RM2.315 juta bagi tahun lalu.

Daripada jumlah ini, bonus yang dikautnya setahun adalah sebanyak RM1.689 juta atau bersamaan dengan hampir 19 bulan gaji bulanannya!

Manakala barisan Pengarah Bukan Eksekutif seramai 9 orang pula menerima kenaikan imbuhan sebanyak 44.8% menjadikan keseluruhan imbuhan tahunan mereka berjumlah RM1.289 juta berbanding RM890,000 bagi tahun lalu.

Walaupun Keuntungan Sebelum Cukai (PBT) kumpulan bagi tahun 2011/2012 merosot sehingga 39.2% iaitu hanya berjumlah RM124.144 juta berbanding RM204.311 juta yang diraih tahun lepas, namun pihak BMMB masih mampu membayar pendapatan seorang CEO dan imbuhan pengarah-pengarah bukan eksekutif secara puratanya sehingga 43.4% kenaikan!

Persoalannya, berapa bulan pula bonus setahun bagi kakitangan bukan eksekutif yang diraih selama ini?

Bukankah jumlah kenaikan 43.4% bagi orang-orang yang berpendapatan tinggi adalah terlalu tinggi jumlah ringgitnya jika nak dibandingkan dengan tuntutan 51% untuk kakitangan bukan eksekutifnya yang berpendapatan rendah?:-?:-?:-?

https://www.facebook.com/pages/NUBE-Malaysia/259701940707753
 
Salaam,...

Ada sesaper nak kaya atau memiliki duit yg banyak..?
Jadilah pemegang saham atau laburlah duit anda di bank islam..
Masyuk ooo~..
Masyuk atas penindasan titik peluh org yg berusaha siang malam nak bagi anak-bini makan..
Tahniah..! Berkat tu beb..
:)cgrock

yg mencari rezeki
faisal_moukei
 
perbankan islam bagi aku lagi kafir dari pembankan konvesional...

cth jelas kad kredit islamik....faedah setahun 18%,,,,kad kredit konvensional...8% setahun....so sapa lagi islamik ni???:-?:-?:-?

erk!! betul ker nie...
 
Sy cadangkan TT buat Poll..

1. Tiada simpanan / pinjaman dari mana2 perbankan islam dan konvensional

2. Mempunyai simpanan atau pinjaman di mana2 perbankan islam dan konvensional..


Lepas tue orang yg membuat pilihan no.1 blh la share cara mengelakan simpanan dan pinjaman dari bank..
 
Back
Top
Log in Register