BTC USD 86,253.6 Gold USD 4,358.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islamikkah perbankkan islamik?

Salam Tuan,

That is exactly the basis of conventional banks-'The value of time'-Takkan nak pinjam rm1000 pastu pulang balik Rm1000 15 tahun kemudian-exactly the point.
Maka di situlah diwujudkan 'interest' atau riba'.Persoalan oleh forumner-forumner di sini ialah ciri-ciri itu teramat hampir.

Jika kita pinjam RM1000 dan dalam masa 15 tahun kita kena bayar RM2000(contohnya),bukankah itu spekulasi?Bukankah spekulasi(unsur maisir) diharamkan dalam Islam?

Sebelum ini heboh tentang skim2 internet/piramid ala Pak Man Telo yg menjanjikan keuntungan tetap secara bulanan dan telah diharamkan kerana keuntungan itu tidak boleh ditetapkan.Jadi apakah bezanya dengan 'kadar keuntungan' yang telah ditetapkan selama 15 tahun(contoh) itu?

Diharap Tuan tidaklah beremosi dalam memberikan komen kerana ini hanyalah sekadar perbincangan.:)

kalau nak discuss takpe bro..ni suke2 cop benda islam haram, sape diri tu nak cop2 haram awal2 thread ni? dosa kering tak pasal2 serong aqidah n ajak org lain serong sekali..

anyway, Bank menjual "duit" sebab itu produk mereka.. takde salah nye mereka nak tetapkan profit mereka. saya tanye bro, kalau u kasi pinjam 10k kat member, bro kasi gitu2 je ke or bro rasa 'eh dari aku kasi dorang, baik aku invest kat ASB" ..

kalau bro kata akan kasi rm10k tanpa profit kat kawan, ok saya nak try pinjam bole? :-)
 
kalo aku kata PTPTN tu riba yg nyata korang setuju x? :D

Pada asalnya, mmg riba pun..:))

Tapi ade usaha utk menerapkan unsur2 islamik melalui penambahbaikan i.e. pelaksanaan konsep ujrah (upah) diperkenalkan...
 
"kalau dia cakap loan RM20k, last skali jumlah kita bayar RM20k"

bro,nak tanya bank mana yg buat mcam ni kat malaysia?saya nak gi buat isnin nie...

saya tak pernah dgr kecuali di dubai...

maksud aku contohnya kita apply loan guna islamic banking 15k, campur2 semua profit bank tu jadi 20k, last2 sekali kita akan bayar 20k tanpa ada penambahan lain..

kalau conventional system, kita buat loan 15k, campur2 profit bank dia cakap last skali loan kita kena bayar 20k..tapi, caye lah, kita xkan bayar 20k tu..akan lebih drp 20k jugak sbb interest dia x fixed..dia naik senyap2 je tanpa kita sedar..

yg profit 5k tu semua kos utk pengurusan bank tu..mesti la bank tu nak keuntungan jgk sebab ni salah satu produk diorg. jadi, kalau islamic banking cakap profit 5k yg perlu kita bayar, memang 5k tu je la yg kita bayar sebab dia fixed..

kalau conventional, sah2 dia tipu sebab last skali akan lebih 5k profit yg kita perlu bayar..sebab interest dia xmenentu..dlm perjanjian ckp je 9%, tapi dia boleh naik kpd 13% tanpa pengetahuan kita..tu belum kira caj2 kalau kita tertunggak lagi..huhu

so, bro fikir2 kan la bro nak pilih yg mana, yg betul2 tunai janji atau sembelih kita secara senyap2 je..itu pilihan masing2..:)cgrock
 
Semua haram!!! Takde yg halal pun kalau cakap pasal bank ni.
 
Sory mencelah, tak tepat juga. Baru kene panggil bulan 8 ari tu dari bank RIMAU mintak update SI untuk islamic loan pasal bayaran dah naik. Kadar keuntungan cuma di cap kan pada % yg tiggi yang agak sukar di capai kot. Jadi pada saya,bank boleh naik kan mengikut kadar semasa.
 
salam...

agak-agak ada ker mana-mana individu atau bank nk beri pinjam 10k

10 tahun kemudian bayar 10k?

memang susah nk elak riba tapi kurang kan boleh agaknya.

loan rumah riba

loan kenderaan riba

loan pendidikan riba

byk juga riba...

camana nk kurangkan yer...ada pendapat tak?

loan islamik baru di perkenalkan di Malaysia..

ada hukum pelaburan ASB harus

tapi macamana bila kita buat loan ASB siap ada interest, apa hukumnya?

minta pendapat kwn-kwn dlm CG.
 
Saudara ripzer;
Jadi bagaimana dgn skim saraan 1 malaysia contohnya,dgn kadar keuntungan yg telah ditetapkan?
Adakah Rasulullah Saw mengajar kita pinjamkan rm10k,byr balik dgn keuntungan rm20k?Kalau tidak baik masuk ASB?kalau macam tu every man for himself then?
 
Saudara ripzer,
Kalau saya,saya at least akan gunapakai emas sebagai sandaran pinjaman itu.Anda pinjam wang dengan nilai 3 kilo emas,20 tahun kemudian saya mahukan 3 kilo emas juga.Tapi jika sekiranya saya minta 4 kilo,itulah riba.ada paham?comprendo?
 
Back
Top
Log in Register