BTC USD 84,029.2 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islamic FIXED DEPOSIT - Bank Mana Yang Terbaik?

Apa pendapat korang pasai skim Al- Qiradh ( if am not mistaken) dari Bank Rakyat? Pulangannya tinggi gak abt 3% permth..minimum hanya RM500 je..Aku ingat nak cuba.

elo beb,

biar betui bro! 3% sebulan? kalo simpan 10k dah dpt 300 sebulan tuuu :-? :-? :-?
 
betul tu x kn 3% sebulan...agak byk jugak tu...:-?
 
salam semua.. sy nak tanya.. siapa yg ada buat fixed deposit bank rakyat.. kalau kita buat tempoh matang 1 bulan... cthnya kita melabur rm5000.. br yg akan kita dpt sebulan... mcm mn kiraannya ...
 
mungkin bukan bermotifkan keuntungan. dia nak simpan untuk long term ...baru boleh keluar...maybe 5 or 10 year.:-?

pak rimau...kalau kat unit amanah 5 to 10 year..memang power beb..kalau nak detail PM saya:)cgrock
 
mungkin bukan bermotifkan keuntungan. dia nak simpan untuk long term ...baru boleh keluar...maybe 5 or 10 year.:-?

well..5-10 years tuh mmg tempoh yg sesuai utk membuat pelaburan dengan unit trust.:D tempoh tuh amat berpotensi utk menjana pulangan yg tinggi - klau dilihat pada rekod dana islamic Public Mutual yg aggressive, pelaburan yang dibuat dalam jangka masa itu telah pernah memberikan pulangan 80% - 200% - bergantung kepada komitmen perunding yang bertanggungjawab memasukkan wang anda dalam pelaburan itu.

apapun, perlu diingat bahawa dalam pelaburan dengan unit trust ini, prestasi sebelum ini tidak menjamin prestasi yang sama akan berulang. klau dulu satu2 fund itu ada rekod return yg tinggi, mungkin akan datang fund itu boleh jadi perform lagi mantap atau mungkin juga drop trus. takde sapa blh jamin. cuma kita di public mutual blh katakan bahawa fund manager kami adalah yg terbaik dan sentiasa dapat award tiap2 tahun - termasuk baru2 ini kat dubai, kami dapat failaka award - best islamic fund manager in ASIA..! - :)cgrock
dengan kata lain, Public Mutual menyediakan fund manager terbaik utk menguruskan wang yg telah dilaburkan oleh semua pelabur - itu ikhtiar dan usaha yg mampu kami buat.
(fund manager bukan perunding unit amanah/unit trust consultant).
itu usaha terbaik yg blh kami buat, tp klau Allah nak gagalkan perancangan yg diatur, takde sapa blh halang..:D


senang cerita, barangsiapa nak saya explain dengan lebih lanjut, contact jelaa sy terus melalui PM/email/ym/call..

p/s : y not just spend 15minit utk dengar sendiri ttg peluang2 pelaburan dlm unit trust ini..:)
 
elo beb,

biar betui bro! 3% sebulan? kalo simpan 10k dah dpt 300 sebulan tuuu :-? :-? :-?

Sebenarnya ni lebih kurang cam Fixed Deposit gak tp cara Islamic..bukan 3.53% sebulan tp setahun la...

Kalu betulla berbondong2 org gi simpan kat kat bank ja.. tak yah masuk lam pelaburan berisiko.
 
Kenapa nak pergi simpan kat fixed deposit? Kita kan ada Lembaga Tabung Haji yg beri keuntungan lebih 4% setahun. Tiada penalti jika buat keluar awal, pelaburan yang halal dan sudah dibayar zakat lagi.

Walaupun begitu simpanan di tabung haji hanya sesuai utk simpanan jangka masa pendek utk dana kecemasan. Utk jangka masa panjang simpan di unit trust.:)
 
Kenapa nak pergi simpan kat fixed deposit? Kita kan ada Lembaga Tabung Haji yg beri keuntungan lebih 4% setahun. Tiada penalti jika buat keluar awal, pelaburan yang halal dan sudah dibayar zakat lagi.

Walaupun begitu simpanan di tabung haji hanya sesuai utk simpanan jangka masa pendek utk dana kecemasan. Utk jangka masa panjang simpan di unit trust.:)

betui..simpanan di tabung haji dalam masa yg sama diyakini halal, lebih2 lagi zakat telah dikeluarkan. tapi itu lah, klau menyimpan di tabung haji atau unit trust nih, yg penting kna ada disiplin laa utk biaq duit tuh berada kat situ beberapa tempoh tertentu yg disarankan agar bulih menikmati pulangan..:)
 
Back
Top
Log in Register