BTC USD 84,264.6 Gold USD 4,128.84
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam pentingkan kasih sayang....

AILA2002

Super Active Member
Messages
8,094
Joined
Mar 11, 2008
Messages
8,094
Reaction score
326
Points
81
Islam Mementingkan Kasih Sayang
Hadith :

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:“Kasihanilah mereka yang berada di bumi nescaya kamu akan dikasihi oleh mereka yang tinggal di langit”.

Riwayat at-Tabrani

Huraian:

1. Kasih sayang adalah satu sifat yang terpuji yang amat digalakkan bagi setiap individu Muslim.

2. Belaian dan layanan yang mesra akan melahirkan suasana yang mesra, harmoni dan tenang dalam kehidupan. Oleh itu Islam amat menekankan tentang pentingnya nilai kasih sayang dalam sistem kekeluargaan dan juga kehidupan bermasyarakat.

3. Antara tumpuan (bentuk) kasih sayang itu adalah:

i. Ucapan dan kata-kata yang menggunakan perkataan yang manis dan bersopan.

ii. Melalui sentuhan yang lemah lembut.

iii. Melalui pujukan, pujian, penghargaan dan senyuman.

4. Apabila ditinjau tentang kehidupan masyarakat hari ini ternyata punca perpecahan yang berlaku ialah kerana kurangnya semangat kasih sayang dalam pergaulan mereka. Akibatnya mudahlah musuh Islam menyebarkan pelbagai hasutan dan propaganda agar umat Islam terus berpecah dan bertelingkah sesama sendiri yang akhirnya membawa kepada kejatuhan umat.

Sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia
 
memang betul dan benar. kasih sayang ni memang sangat dituntut. tapi cuba kiya lihat umat islam hari ni. sedihkan..???
 
Memang kasih sayang ni penting,, tapi sayang ia terhakis pelan pelan dlm diri manusia terutama umat Islam,, tapi bukanlah semuanya,,

kalau korang selalu pegi luar negara, korang tegoklah paderi gereja2 diorg sekarang ni kuat amalkan kasih sayang, seawal kecil, didikkan anak2 kecil golongan buddha kristian semua diajar ttg kasih syg homat menghormati,, kebanyakan tempat mmg camni sbb aku penah masuk gereja besar di uk, gereja besar di eropah dan banyak lagi sbb aku banyak mengkaji ttg agama kristian,, klu korang nak tahu dr kasih syg yang diorg belajar tu la diorg tarik slow2 kita umat islam sertai diorg, banyak helahnya dan bg kita yang umat islam cetek ilmu akan kata kristian tu betul sbb dipenuhi sifat kasih syg yang amat tinggi,

korang tegokla dimalaysia ni knp anak anak ikut gejala tak sihat, gay lesbian pengkit rempit pelacur etc semuanya sbb kasih syg ibu bapa kurang pada anak anak,, klu ibu bapa kasih syg pd anak anak mesti tunjuk ajar cara yang betul dlm menuju kehidupan, ni x sebaliknya ibu bapa jenis cetek ilmu, klu kasih sayang ibu bapa tinggi takkan anak anak cari kasih sayang diluar!
 
betul apa yg tuan katakan tu....

melalui kelembutan pendakwah mereka, kita kalah...

tapi masih belum terlambat utk kita baiki keadaan...
 
t.kasih tt.. kasih sayang amat penting
 
Back
Top
Log in Register