sangat setuju dgn ayat diatas saudara/i red rose. sebagai tambahan saya sertakan ayat dibawah untuk kita fikirkan dan ingat memperingati, menghayati isi kandungan alQuran.
'Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu Kitab Suci Al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu sama lain(tentang benarnya dan indahnya), yang berulang-ulang(keterangannya, dengan berbagai cara); yang(oleh kerana mendengarnya atau membacanya) kulit badan orang-orang yang takut kepada Tuhan mereka menjadi seram; kemudian kulit badan mereka menjadi lembut serta tenang tenteram hati mereka menerima ajaran dan rahmat Allah. Kitab Suci itulah hidayah petunjuk Allah; Allah memberi hidayah petunjuk dengan Al-Quran itu kepada sesiapa yang dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya); dan (ingatlah) sesiapa yang disesatkan Allah (disebabkan pilihannya yang salah), maka tidak ada sesiapa pun dapat memberi hidayah petunjuk kepadanya.' (surah Az Zumar; ayat 23)
kitalah yang memilih sendiri sama ada jalan yang sesat atau jalan yang benar...