BTC USD 81,066.5 Gold USD 4,378.12
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam Hadhari- Murtad

salam~ ni la.. ISLAM HADHARI memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,pembangunan insan,pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.

Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi,sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik,pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman,bertamadun tinggi,berakhlak mulia,jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari BUKANLAH AGAMA BARU.ISLAM HADHARI BUKAN AJARAN BARU.ISLAM HADHARI BUKANNYA MAHZAB BARU. Islam Hadhari adalah satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.Islam Hadhari jika ditafsirkan secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas aqidah. sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah,akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh,merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehansif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai2 murni dan menerapkan nilai2 Islam dalam kehidupan. bukan rukun la..prinsip Islam Hadhari.

kalo inilah yang dilaung2kan tu...alhamdulillah la..=p

islam yang ada sekarang tak cukup perfect ke?
 
islam yang ada sekarang tak cukup perfect ke? kena guna islam hadhari pula

kena tanya pak lah
 
islam hadhari ni satu je silap nya.... dia tak mengajar isteri isteri atau anak pakai tudung. mcmana nak cerita islam hadhari...pekara yg mudah pun tak boleh nak buat apatah lagi nak cerita peradaban islam.
 
mana boleh islam ada 2 islam satu saja mana ada ISLAM HADHARI DAN ISLAM TAK HADHARI
 
kat Alor Star la ni ada perkampungan hadhari 2 x 5 dengan jom heboh jugak lah
 
kemuyskilan...

aku ada timbulkan persoalan / kemusykilan tentang Islam Hadhari ni... tapi masih tak berjawab lagi... mungkin salah thread kot... mungkin kat sini lebih sesuai... so aku copy and paste semula persoalan tentang Islam Hadhari tu kat sini...


************************************************************
aku ada kemusykilan lagi lah tentang Islam Hadhari ni...

ok... kalau sekarang ni UMNO boleh bagitau Islam Hadhari tu adalah ideologi dan bukan agama... bagaimana pula kalau lepas2 ni ada sekumpulan manusia pulak lagi yang membawa ideologi Islam Syumul ke... Islam Akhirat ke... Islam XYZ ke... so bagaimana orang2 UMNO nak menangani masalah ni... dan kena pulak sekumpulan manusia tu anti kepada Islam Hadhari sedangkan masing2 ni berpegang kepada Islam... adakah orang UMNO still akan mengatakan Islam Hadhari mereka yang betul yang selari dengan Islam sedangkan yang satu lagi tu tak betul? Sekiranya UMNO membenarkan perkara tersebut, adakah UMNO bersetuju sekiranya dalam Islam ni memang patut ada puak2 Islam yang membawa ideologi masing2 dan mereka dibolehkan membawa dan menyebarkan fahaman ideologi masing2 atas nama Islam?

kekadang aku lihat UMNO create Islam Hadhari ni sama jugak macam dalam Kristian ada Kristian Katolik... ada Kristian Protestan... dan bermacam2 Kristian lagi... but still mereka mengatakan mereka berpegang kepada ajaran Kristian... tapi masing2 saling bersengketa antara satu sama lain... kekadang aku terfikir jugak... adakah ini salah satu agenda musuh Islam utk memecah belahkan Islam... kan lebih senang dan lebih jelas kalau kita semua umat Islam berpegang kepada ajaran / ideologi / fahaman / hukum Islam yang satu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan disebarkan oleh Baginda S.A.W. ? Tidakkah itu menampakkan yang kita ni lebih bersatu walau pun berlainan parti politik?

adakah Islam Hadhari diujudkan sebagai salah satu taktik untuk menang dalam politik memandangkan Parti PAS memang telah jelas memperjuangkan Islam dan UMNO melihat ini sebagai suatu yang harus ditangani lalu mereka juga cuba membawa ajaran Islam dengan ideologinya sendiri? dan apakah ideologi Islam yang dibawa oleh UMNO ni bermaksud aktiviti2 yang bercampur antara yang haram dengan yang halal dan kes2 murtad dibenarkan di dalam negara ini?

*****************************************************

harap2 soalan / kemusykilan aku tentang Islam Hadhari ni terjawab lah kat sini...

thanx
 
islam hadhari ni satu je silap nya.... dia tak mengajar isteri isteri atau anak pakai tudung. mcmana nak cerita islam hadhari...pekara yg mudah pun tak boleh nak buat apatah lagi nak cerita peradaban islam.
isu tutup aurat ni pada mereka adalah isu yg remeh dan tak perlu diperbesar2kan..ingat tutup aurat (pada mereka) perlu ikhlas, klu tak ikhlas tak perlu tutup...lagi pun apa org lain nak sebuk kan ke hal ni antara individu itu dgn tuhan tak ada sangkut paut dgn org lain..(diaorang cakap!)
p/s: klu dah ada islamHadhari dan tak Hadhari maknanya islam masih tak sempurna la tu! camana pulak?
 
ingat woi dosa mengumpat dan mengata lebih besar dari dosa berzina!!!
 
aku ada timbulkan persoalan / kemusykilan tentang Islam Hadhari ni... tapi masih tak berjawab lagi... mungkin salah thread kot... mungkin kat sini lebih sesuai... so aku copy and paste semula persoalan tentang Islam Hadhari tu kat sini...


************************************************************
aku ada kemusykilan lagi lah tentang Islam Hadhari ni...

ok... kalau sekarang ni UMNO boleh bagitau Islam Hadhari tu adalah ideologi dan bukan agama... bagaimana pula kalau lepas2 ni ada sekumpulan manusia pulak lagi yang membawa ideologi Islam Syumul ke... Islam Akhirat ke... Islam XYZ ke... so bagaimana orang2 UMNO nak menangani masalah ni... dan kena pulak sekumpulan manusia tu anti kepada Islam Hadhari sedangkan masing2 ni berpegang kepada Islam... adakah orang UMNO still akan mengatakan Islam Hadhari mereka yang betul yang selari dengan Islam sedangkan yang satu lagi tu tak betul? Sekiranya UMNO membenarkan perkara tersebut, adakah UMNO bersetuju sekiranya dalam Islam ni memang patut ada puak2 Islam yang membawa ideologi masing2 dan mereka dibolehkan membawa dan menyebarkan fahaman ideologi masing2 atas nama Islam?

kekadang aku lihat UMNO create Islam Hadhari ni sama jugak macam dalam Kristian ada Kristian Katolik... ada Kristian Protestan... dan bermacam2 Kristian lagi... but still mereka mengatakan mereka berpegang kepada ajaran Kristian... tapi masing2 saling bersengketa antara satu sama lain... kekadang aku terfikir jugak... adakah ini salah satu agenda musuh Islam utk memecah belahkan Islam... kan lebih senang dan lebih jelas kalau kita semua umat Islam berpegang kepada ajaran / ideologi / fahaman / hukum Islam yang satu yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad S.A.W. dan disebarkan oleh Baginda S.A.W. ? Tidakkah itu menampakkan yang kita ni lebih bersatu walau pun berlainan parti politik?

adakah Islam Hadhari diujudkan sebagai salah satu taktik untuk menang dalam politik memandangkan Parti PAS memang telah jelas memperjuangkan Islam dan UMNO melihat ini sebagai suatu yang harus ditangani lalu mereka juga cuba membawa ajaran Islam dengan ideologinya sendiri? dan apakah ideologi Islam yang dibawa oleh UMNO ni bermaksud aktiviti2 yang bercampur antara yang haram dengan yang halal dan kes2 murtad dibenarkan di dalam negara ini?

*****************************************************

harap2 soalan / kemusykilan aku tentang Islam Hadhari ni terjawab lah kat sini...

thanx

takde org yg leh jawab ke kemusykilan aku ni?
 
Back
Top
Log in Register