Streamyx Slow La
Freshie
- Messages
- 6
- Joined
- Jul 24, 2007
- Messages
- 6
- Reaction score
- 0
- Points
- 3
salam~ ni la.. ISLAM HADHARI memberi penekanan kepada aspek pembangunan yang menjurus kepada pembinaan peradaban iaitu peradaban yang dicanai dengan pegangan Islam dan memberi fokus kepada usaha mempertingkatkan mutu kehidupan melalui penguasaan ilmu,pembangunan insan,pembangunan kesihatan serta pembangunan fizikal.
Mempertingkatkan mutu kehidupan adalah dengan mengamalkan sistem ekonomi,sistem perdagangan dan sistem kewangan yang dinamik,pembangunan sepadu dan seimbang bagi melahirkan umat yang berilmu dan beriman,bertamadun tinggi,berakhlak mulia,jujur lagi amanah, serta bersedia menangani cabaran semasa dunia global. Islam Hadhari BUKANLAH AGAMA BARU.ISLAM HADHARI BUKAN AJARAN BARU.ISLAM HADHARI BUKANNYA MAHZAB BARU. Islam Hadhari adalah satu usaha untuk mengembalikan umat Islam kepada asas atau fundamental yang terkandung dalam Al-Quran dan Hadis yang merupakan teras pembinaan tamadun Islam.Islam Hadhari jika ditafsirkan secara jelas, sama sekali tidak akan memesongkan mana-mana umat Islam dari asas aqidah. sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab melindungi kesucian Islam dan memastikan umat Islam tanpa tergelincir akidah,akan dapat menghadapi cabaran dan realiti semasa, pintu ijtihad perlu terbuka supaya tafsiran yang diwarisi dapat dikaitkan dengan bentuk dan corak pembangunan mengikut masa dan mengikut tempat. adalah perlu diteliti semula pelbagai pendekatan dan kaedah untuk diperkemaskan supaya lebih seimbang dan menyeluruh,merangkumi pembangunan prasarana dan pembangunan ekonomi,diperkukuhkan dengan pembangunan manusia melalui program pendidikan yang komprehansif, diperlengkap pula dengan program pembangunan rohani untuk menyemaikan nilai2 murni dan menerapkan nilai2 Islam dalam kehidupan. bukan rukun la..prinsip Islam Hadhari.
kalo inilah yang dilaung2kan tu...alhamdulillah la..=p
islam yang ada sekarang tak cukup perfect ke?