BTC USD 85,854.3 Gold USD 4,346.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam Hadhari- Murtad

Tak Salah Kalau Perbetulkan Yang Tersalahkan. Hadhari Tu Sebenarnya Bagus Tapi Tersalah Letak Bukan Kepada Agama Tetapi Kepada Masyarakat Cuba Sebut : masyarakat Islam Hadhari: Masyarakat Yang Di Perbaharui Bukan Islam Yang Perbaharui Betulkan Wahai Umat Islam Sekalian Teutamanya Penerajunya = Pak Lah =
 
Dipetik dari http://www.bharian.com.my/m/BHarian/Saturday/Nasional/20070706233309/Article/

Ulama aktif politik tak boleh caci lawan

IPOH: Muzakarah Ulama 2007 yang berakhir di sini semalam mahu golongan agama yang aktif dalam politik menghindar tabiat negatif seperti melakukan serangan peribadi atau mencaci lawan sebab ia hanya akan menguntungkan musuh Islam.

Peserta muzakarah juga mahu sebarang tindakan dan penonjolan Islam harus secara berhati-hati kerana jika dilakukan tanpa hikmah dan kebijaksanaan, ia akan memudaratkan agama itu sendiri.

Pada masa sama, ulama perlu menjadi pendamai jika berlaku pergeseran politik meruncing yang boleh merugikan dan melemahkan Islam serta umatnya, selain perlu berdiri teguh di belakang kerajaan jika Malaysia menghadapi tekanan daripada musuh luar.

Ulama juga perlu memahami secara menyeluruh fahaman dan strategi musuh Islam yang sedang bergerak untuk menghancurkan agama itu.

Perkara itu adalah antara 41 resolusi yang dikemukakan dalam muzakarah berkenaan yang berlangsung selama tiga hari bermula Rabu lalu dengan tema ‘Menyoroti Gandingan Ulama dan Umara Dalam Kemerdekaan Negara: Mengimbas 50 Tahun Berlalu Ke Arah 50 Tahun Mendatang' di Hotel Impiana Casuarina, di sini.

Seramai 192 wakil pelbagai institusi, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan individu dari seluruh negara menyertai muzakarah itu yang diadakan sempena Hari Keputeraan Sultan Perak Ke-79.

Resolusi lain termasuk mendesak kerajaan mengawal industri iklan menerusi penggubalan undang-undang pengiklanan yang lebih ketat ekoran tindakan pengamal pengiklanan yang sering mengeksploitasi wanita terutama wanita Islam atau muslimah bagi matlamat komersial.

Mufti Perak, Datuk Seri Harussani Zakaria, berkata semua resolusi itu akan diperbaiki daripada segi bahasa sebelum diserahkan kepada Sultan Perak, Sultan Azlan Shah serta pihak berkaitan untuk tindakan susulan.

Beliau bagaimanapun melahirkan rasa terkilan kerana muzakarah itu tidak mendapat sambutan daripada ahli politik khususnya di Perak walaupun tema tahun ini lebih menjurus ke arah merapatkan lagi hubungan antara golongan ulama dengan pemimpin.

“Kami menghantar jemputan kepada semua Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di negeri ini tetapi hanya seorang saja Adun yang hadir dan mengikuti program muzakarah ini daripada mula sehingga tamat, manakala sebahagian yang lain hanya hadir ketika perasmian saja.

******************************************************************

Ini pula dipetik dari http://www.harakahdaily.net/bm/index.php?option=com_content&task=view&id=8583&Itemid=28

IPOH, 8 Julai (Hrkh) - Kehadiran hanya seorang ADUN dari Manjoi jelas mencerminkan sikap waki lwakil rakyat Umno yang tidak berminat untuk mendengar Muzakarah Ulama 2007, yang mungkin dianggap oleh mereka tidak begitu penting berbanding dengan seminar-seminar ekonomi dan perniagaan yang mendatangkan keuntungan kepada mereka.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Dewan Pemuda PAS Perak, Ustaz Azli Musa, ketika mengulas kenyataan Mufti Perak, Datuk Seri Haji Harussani Zakaria, yang melahirkan rasa dukacita kerana muzakarah tersebut tidak mendapat sambutan ahli politik di negeri ini

Mufti Perak itu ketika berucap merasmikan Muzakarah Ulama 2007, menegaskan tujuan muzakarah tersebut menjemput semua wakil rakyat yang beragama Islam ialah supaya dapat bersama-sama mengerluarkan idea demi kebaikan ummah.

“Kalau kita (ulama dan umara) dapat bekerjasama sudah pasti akan dapat kesan yang lebih baik hasil daripada muzakarah ini. Kita sudah menjemput semua Ahli Parlimen Perak tetapi mereka tidak hadir, saya sangat dukacita,” ujar Harussani lagi.

“Saya akui memang hanya seorang wakil rakyat Umno yang hadir pada majlis itu, iaitu Adun Manjoi kerana saya sendiri hadir mengikuti Muzakarah Ulama tersebut,” kata Ustaz Azli.

“Ini jelas menunjukkan sikap wakil rakyat Umno yang tidak peka dengan isu-isu agama dan melibatkan diri serta mengerluarkan idea untuk kebaikan ummah, “ ujarnya lagi.

Menurut beliau, sepatutnya wakil-wakil rakyat dari Umno di negeri ini melibatkan diri dengan muzakarah berkenaan kerana segala hasil perbincangan di majlis tersebut boleh diketengahkan di dalam Dewan Undangan Negeri Perak ketika mereka berucap.

Tetapi amat tidak wajar sekali Muzakarah Ulama 2007 tidak mendapat sambutan daripada golongan politik khususnya dari Umno kerana muzakarah tersebut dianjurkan oleh Jabatan Mufti Perak, bukannya oleh parti politik.
“Sepatutnya sebagai wakil rakyat mereka perlu merasa sensitif dengan muzakarah seperti ini, lebih-lebih lagi ianya menyentuh persoalan ulama dan umara, jika muzakarah seumpama ini pun mereka tidak berminat, bagaimana kita hendak harapkan mereka mempertahankan maruah Islam dan kesucian Islam daripada dinodai oleh musuh-musuh Islam,” tegasnya.

Beliau berharap wakil rakyat dan ahli agama dapat duduk semeja dan berbincang mengenai apa juga isu mengenai Islam dan kepentingannya kepada ummat Islam sekali gus mendaulatkan Islam di negara ini. - mns
 
ko paham la maksud dia tu...

ISLAM HADHARI hanya utk keuntungan.. bukan utk muzakarh bg idea jg maruah agama..:o
 
Bro Ssufian Tak Sentuh Pun Fasal Islam Hadhari Apa Sangkut Masuk Thread Ni

lerr... takkan lah tak dapat nak analisa sendiri?

ulama dah ajak tapi depa tak mai... depa hanya mai time pembuka dan penutup majlis ja... tengah2... ulama nak ajak berbincang... depa dok mana? dok menari ronggeng ka? muzakarah tu depa buat untuk berbincang antara ulama dan umara... kalau hanya ulama ja yang dok bincang sesama sendiri... para pemimpin lepas tangan... kalau gitu tak tercapai lah tujuan muzakarah tu....

buat malu ja... depa pemimpin2 UMNO Islam Hadhari ni tak rasa malu ka sampai kena tegur macam ni?

anyway.. aku cuma menyampaikan sahaja... korang baca lah sendiri... dah terang lagi bersuluh... tak faham jugak tak tau lah...
 
org umno panas bontot,lg kena kat btg hidung sendiri tu nak cepat blah je...
 
sebenarnya apa yg paklah nak bawak ni dah dibawak oleh Tuan Guru Haji Abdullah bin Ibrahim (Syeikh Abdullah Fahim) seorang tokoh agama Islam Malaya satu masa dahulu iaitu Hadaratul Islamiah.(bukan Islam Hadari)
Entah mengapa cucu Tuan Guru ubah istilah nya kita pun tak tahu. Ini boleh menimbulkan kekeliruan dikalangan umat Islam.
 
oh ye!

tujuan aku paparkan sekali berita dari Berita Harian dan Harakah ni sebab nak tunjuk yang Harakah bukan buat tuduhan tanpa asas... tanpa fakta...
 
Back
Top
Log in Register