BTC USD 63,416.1 Gold USD 4,294.29
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam dicabar!!! Kita di mana?!!

lazman

Fun Poster
Messages
541
Joined
Apr 23, 2006
Messages
541
Reaction score
9
Points
15
Salam..
Dapat ni dari mber mintak tolong sebarkan..

Assalamu'alaikum warahmatulLahi wabarakatuh


Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/Dato/ Datin/Prof./Dr/Ustaz/
Tuan/ Puan/ Saudara/ Saudari.
Ketua Pengarah, Ketua Jabatan,
Kementerian / Kerajaan Negeri / Jabatan Kerajaan /Agensi Kerajaan,
Pengetua /Presiden/ Pengerusi / Yang Dipertua
Gabungan NGO/ Yayasan/Persatuan/ Persatuan Mahasiswa
Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO)/ Pengerusi Masjid dan
kepada pihak-pihak yang berkenaan


Sehingga ke hari ini
Di sana:

* Umat Islam Palestin, Lubnan, Chechnya, Iraq dll. dibunuh sesuka hati oleh Zionist, Russia, Amerika dll.
* Negara-negara Islam (khususnya Arab) menuruti kehendak Amerika & sekutunya kerana takut dipotong bantuan

Di sini:

* Islam terus-menerus dicabar dalam Perlembagaan
* Pihak-pihak tertentu (termasuk golongan professional) meneruskan agenda memusnahkan Islam atas nama hak asasi
* Golongan sekular terus-menerus memperlekehkan sunnah Nabi, memperkecilkan Islam, merendah-rendahkan ulama', memperbodohkan umat Islam

APAKAH TINDAKAN KITA??

Marilah kita hadir beramai-ramai ke SEMINAR ISLAM & CABARAN SEMASA yang bakal membincangkan masalah dan peranan kita dalam menghadapi konflik semasa.

Tarikh : 19 Ogos 2006 / 25 Rejab 1427 H
Tempat: Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur (dekat Bulatan HUKM)

Maklumat lanjut:
http://www.abim.org.my/muktamar/modules/content/index.php?id=5

Sila daftar kehadiran di sini !!
http://www.abim.org.my/muktamar/modules/formulaire/index.php?id=3

Muat turun Brosur Seminar Islam dan Cabaran Semasa:
http://www.abim.org.my/muktamar/uploads/PDdownloads/brosur_seminar_islam_&_cabaran_semasa.pdf

Klik untuk dapatkan pelan lokasi:
http://www.abim.org.my/muktamar/modules/content/index.php?id=8

SILA SEBAR-SEBARKAN MAKLUMAT INI KEPADA SEMUA. BARAKALLAHU FIIK. TERIMA KASIH.


ATURCARA PENUH
SEMINAR ISLAM DAN CABARAN SEMASA
Sempena Muktamar Sanawi ke-35 ABIM
19 Ogos 2006 / 25 Rejab 1427 H
Kompleks Darul Puteri, Cheras, Kuala Lumpur.
______________________________________________

07:45 - 09:00 pagi
Pendaftaran Peserta Seminar

09:15 - 10:30 pagi
Ucapan Dasar Presiden dan Majlis Perasmian Seminar & Muktamar Sanawi
ke-35 Angkatan Belia Islam Malaysia

Kemurnian Risalah Paksi Kejayaan Misi Dakwah
Sdr. Yusri Mohamad, Presiden ABIM

10:30 10:45 pagi
Rehat dan minum pagi

10:45 pagi 1:00 petang
Sesi 1: Cabaran Liberalisme, Hak Asasi dan Undang-undang

Topik 1: Islam dan Cabaran Liberalisme
Pembentang:
Syeikh Dr. Gibril Fouad Haddad
Sarjana Hadis dan Pemikir Islam Syria

Topik 2: Menanggapi Era Modenisasi dan Hak Asasi dari Perspektif Syariah
Pembentang:
Prof. Dr. Shafi Safar Al-Hairi
Kolej Shariah dan Pengajian Islam
Universiti Qatar

Topik 3: Islam, Hak Asasi Manusia dan Isu-Isu Perundangan Semasa
Pembentang:
Puan Mehrun Siraj
Mantan Profesor Undang-Undang dan Pesuruhjaya SUHAKAM

1:00 2:00 petang
Makan tengahari dan Solat Zuhur berjemaah

2:00 3:30 petang
Sesi 2: Cabaran Politik Antarabangsa

Topik 1:
Dunia Islam dan Politik Antarabangsa: Analisis Semasa
Pembentang :
Prof. Dr. Mohammad Redzuan Othman
Ketua Jabatan Sejarah
Universiti Malaya

Topik 2:
Dunia Islam dan Hegemoni Barat
Pembentang:
Dr. Farish A. Noor
Felo Penyelidik
Institut Kajian Oriental Berlin, Jerman.

3: 30 5:00 petang
Sesi 3: Cabaran Pendidikan

Topik 1: Pendidikan Islam dan Cabaran Liberalisasi Pendidikan di Malaysia
Pembentang:
Prof. Dr. Rosnani Hashim
Pensyarah Pendidikan
Universiti Islam Antarabangsa Malaysia

Topik 2: Pengukuhan Tarbiyyah Islamiah Mendepani Cabaran Semasa
Pembentang:
Al-Fadhil Ustaz Ahmad Fahmi Zamzam al-Banjari an-Nadwi al-Maliki
Pesantren YASIN, Banjarmasin, Indonesia dan
Maahad Tarbiah Islamiah, Kedah Darul Aman

5:00 5:30 petang
Resolusi dan Penutup

*(Agenda program adalah tertakluk kepada perubahan)

BAYARAN PENYERTAAN:
Yuran Seminar yang dikenakan adalah seperti berikut:

Individu / organisasi = RM 70.00
Organisasi (3 orang ke atas) = RM 60.00 seorang
Pelajar / Mahasiswa IPT (sepenuh masa) = RM 30.00
Ahli ABIM = RM 50.00

Bayaran termasuk fail, kertas kerja seminar, minum pagi dan makan tengahari

Borang penyertaan lengkap bersama yuran seminar hendaklah sampai ke tempat seminar seperti alamat di bawah sebelum Rabu, 9 Ogos 2006. Tempat adalah terhad.

Untuk keterangan lanjut sila hubungi:

Puan Ainul Syahidah Abd Aziz / Cik Nor Azura Kamarudin Sohami
Sekretariat Seminar,
Kompleks Anjung Rahmat
Bt 6, Jalan Gombak,
53100 Kuala Lumpur.
Tel: 03-6188 0300
Faks: 03-6189 6700
Emel: [email protected]
Laman web: www.abim.org/muktamar/modules/content/index.php?id=5
 
walaupon disini tetapi kita mesti pertahankan ISLAM...
 
Setiap umat Islam walaupun dimana mereka berada di dunia ini tetap sentiasa mendoakan saudara-saudara Islam yang lain. Tak semestinya pertolongan itu hadir dengan bersenjatakan m16 atau bersuara lantang melakukan tunjuk perasaan atau dakwah-dakwah. Doa yang keluar dari hati dan mulut setiap umat Islam juga merupakan pertolongan yang amat besar terhadap saudara-saudara Islam kita di Lebanon. Marilah kita sentiasa berdoa agar saudara kita walau dimana mereka berada akan sentiasa berada dalam keadaan aman dan sentosa... Amin..
Ikhlas dariku untuk semua saudara ku
 
doa juga merupakan senjata mustajap bagi orang islam......
selai tu sambil berdoa kiter mestilah berusaha gak..........
harap2 peminpim2 islam kat dunia ne pun bangik menentang
memberi bantuan yang termampu.......
 
kebanyakan daripada kita ni terlampau mewah dan sangat beruntung, penghayatan syukur kita tu terlalu rendah jika dibandingkan ngan saudara2 kita di iraq + afghan dan negara2 bergolak yg lain...so banyak2 la bersyukur...dan sedaq kediri... ;-)
 
bersyukur...
dengan bersyukur kita akan mendapat tambahan nikmat lagi...
rezeki pun berkat selamat...
:-D
 
semoga permintaan cik awise akan dimakbulkan tuhan... amin.. :D
 
insaf sungguh baca thread dan komen org lama Cg

di mana anda sekarang? :-?
 
thread tahun 2006 hanya 8 post jek ada.
bgs thread ni.
kasi up lg..
 
Back
Top
Log in Register