Kristian yang paling dekat dengan Islam ialah kristian orthodox atau diberi nama Gereja timur. Perlu diingat bahawa Warakah bin Naufal adalah seorang yg beragama kristian dan dia mengiktiraf kenabian Muhammad S.A.W dan keesaan Allah. Kita juga perlu ingat dengan Paderi besar Sham yang telah dibunuh kerana mengakui kebenaran Rasulullah. Begitu juga Maharaja Heraklius, pemerintah empayar Byzantine (Rom timur) yang mengakui kebenaran Islam, tapi kerana takut kehilangan kekuasaannya, enggan memeluk Islam. Mereka ini telah membaca kitab Injil yang meramalkan ketibaan nabi Muhammad.
Satu lagi Mazhab kristian ialah Kristian katolik atau gereja barat. Gereja ini telah jauh terpesong dari ajaran kristian yang sebenar. Walaupun secara asasnya mereka menganggap Allah sebagai tuhan, tetapi mereka menganggap Nabi isa sebagai anak tuhan dan ini bertentangan sama sekali dengan prinsip ketuhanan Islam yang mengaskan bahawa sifat Allah itu tidak melahirkan dan juga tidak dilahirkan. Malah kalau kita kaji, banyak daripada amalan dalam ajaran katolik diambil dari agama pagan puak-puak barbarian. Untuk pengatahuan sedara2 sekalian, Ajaran kristian yang diajar di Asia Tenggara adalah ajaran katolik. Tiada pendakwah2 ortodok yang pernah menjejakkan kaki ke Asia tenggara sebelum ketibaan portugis. Pendakwah2 Kristian datang bersama 2 dengan kuasa-kuasa eropah yang menjajah kerajaan2 di Asia tenggara.
Kerajaan rom barat (yang mengamalkan ajaran kristian ortodok) telah tewas dan ditakluk oleh puak-puak barbarian. Puak2 barbarian ini telah membawa masuk ajaran kristian yang telah dicampur aduk dengan kepercayaan paganisma mereka. Sebagai contoh, Hari krismas, yg dicanangkan oleh penganut katolik sebagai tarikh kelahiran nabi isa, sebenarnya adalah sambutan Yule atau pertengahan musim sejuk yang diwarisi dari penganut2 kepercayaan pagan di Eropah sebelum ketibaan agama kristian. Imej Santa Claus juga berasaskan dari Dewa Odin (sila baca
http://www.realmagick.com/7014/how-...ism-and-pagan-origins-of-a-gift-giving-saint/ ).
Dari sini kita lihat, walaupun ajaran kristian mengakui ketuhaan Allah, tapi inti ajaran mereka telah jauh terpesong dari ajaran Islam yang sebenar. Cuba anda fikir, adakah wajar digelar islam jika sesuatu agama itu mengesakan Allah dan megakui kerasulan Rasulullah, tetapi pada masa yang sama menghalalkan Arak, Zina dan memakan ****? Sudah tentu tidak. Mengesakan Allah dan mengakui kerasulan rasulullah adalah asas kepada Islam, tetapi bukan keseluruhan ajaran islam.