BTC USD 84,842.0 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam dan Kristian bertuhankan Allah ??

td tgk DR Zakir Naik kt alhijrah...

aku tertarik kenyataan die.." saya cabar kristian utk buktikan ada x dalam bible Nabi Isa AS mengaku diri die tuhan, dan suruh sembah dirinya ?"

sama la tadi pun den tengok Dr Zakir Naik kat tv al-Hijrah

kebetulan banyak pulak tadi beliau quote surah al-ankabut dan menjawab isu2 tauhidullah tadi :)
 
mungkin ada penjelasan yang lebih lanjut dari UAI...

Pada dasarnya agama yang di bawa oleh Nabi Isa adalah sama dengan agama Islam...dan mempercayai Nabi Isa adalah Nabi dan Rasul dalam Islam pun ada...Sesiapa yang masih berpegang kepada Kitab Asal Injil..dia sebenarnya adalah Islam...

cuma aku tak pasti tentang nama agama tu..adakah dahulu nya dikenali kristian gak...wallhuhalam..bg pakar yang menjawab

Betul tu bro,akunpernah dengar agama yg nabi dan rasul bawa sebelum nabi muhammad pun agama islam juga cuma x lengkap sbb ditentg oleh umat sendiri.
Mungkin ada yg lebih pakar leh jwb kalo aku tersalah.
 
dah betul laaa tu ... kristian pun bertuhankan Allah, ttp sesat. sbb menganggap Allah ada anak. sama jugak yahudi, pun bertuhankan Allah, ttp dimurkai.

betul la tu.. kita ada 4 kitab kan...

setiap kitab tu da kene modified.. kecuali al-quran yang masih terpelihara.. walaupun puak2 syiah ni try nak modified..
 
nasib baik UAI yang keluar statement tu.. kalau KLVIPER mesti dah lama kena hentam :p
 
tiada tuhan melainkan AllAH, dan nabi MUHAMMAD itu pesuruh ALLAH..
 
yang spin dan cuba men caca marba kan keadaan di sini bukan kami

tapi bro pubin sendiri

bro pubins endiri yang menjatuhkan hukuman bahawa saya memecahbelahkan umat menggunakan surah al-kafirun

sedangkan saya mengajak pembaca merujuk surah al-kafirun untuk menerangkan tentang topik yg diutarakan oleh tt

simple dan habis cerita


sehinggalah pubin datang dan quote surah al-ankabut

bila saya relatekan surah al-ankabut itu dengan kesinambungan penerangan dari al-kafirun dan al-ikhlas, bro pubin tetap berkeras nak ambil separuh2 dan sekerat2

bila saya ajak berjumpa yg faqih, kerana saya akui saya ini orang yang tidak reti,bro pubin menolak dan terus menekankan surah al-ankabut tu sedangkan saya sudah terang2 sebut JANGAN AMBIL AL-QURAN SEKERAT2 JALAN NANTI TERSESAT....

jadi jelas di sini saya tidak spin


saya menjawab setakat yg saya mampu

saya mengajak bro pubin berjumpa dengan ustaz yang faqih

namun ustaz berkenaan tak setanding dengan guru bro pubin dan pada pandangan bro pubin tak mampu menjawab persoalan bro....

ironinya guru bro pubin yang ultra hebat itu tak dapat nak mengajak anak muridnya mengambil dan memahami al-Quran secara keseluruhan dan bukan separuh2.....

keseluruhan pernyataan saya dalam bentuk pertanyaan...
boleh pula saudara faham sebagai satu kenyataan, spin..
soklan tetap tak jawab... #46 .. hehe :))

ok, ini saya masukkan berbentuk kenyataan... sikit saja :-?

pada saya, pemahaman saudara ini adalah dari tafsiran dan fahaman ahli kitab zaman moden.. hehe :D
golongan yang gemarkan tafsiran yang memecahbelahkan manusia dan umat.. (sepertimana zaman Rasulullah SAW)
adakah golongan "ahli kitab zaman moden" berakhir pada zaman Rasulullah SAW semata?
sudah semestinya tidak, dan malahan sifat mereka ini ada dalam setiap agama..
sifat yang suka menyelisih dan memecahkan manusia...
kalau kumpulkan 100 ahli kitab zaman moden utk bincangkan sesuatu isu
pasti ramai berbalah2 dan tetap tak bersependapat...
fatwa negeri2 pun tak boleh nak sama..
sentiasa sahaja akan wujudkan permusuhan
dan inilah bukti Allah dah masukkan permusuhan di dalam hati "ahli kitab zaman moden", jelas...

[...] apa yang telah diturunkan kepadamu dari tuhanmu itu
akan menjadikan kebanyakan dari mereka bertambah derhaka dan kufur
dan Kami tanamkan perasaan permusuhan dan kebencian di antara mereka hingga hari kiamat
Tiap-tiap kali mereka menyalakan api peperangan
Allah memadamkannya; dan mereka pula terus-menerus melakukan kerosakan di muka bumi
sedang Allah tidak suka kepada orang-orang yang melakukan kerosakan.

(al-Maidah:64)

pada mereka, tafsiran yang memecahkan manusia dan umat, pancung.. bunuh.. bunuh.. bunuh... Takbir!
itu semua ok, tak baca sekerat2..
kononnya inilah fahaman yang betul...
tetapi fahaman yang boleh menyatukan manusia dan umat
semuanya jahil, baca al-Quran secara sekerat2..
sebaliknya... Allah berfirman..

Mereka diliputi KEHINAAN di mana sahaja mereka berada
kecuali jika mereka berpegang kepada tali Allah
dan tali dengan MANUSIA

Ali Imran, 3:112

see? tali dengan "manusia" (bukan sekadar orang Islam)
kini bagaimana pula dengan bab di bawah ni?
adakah saya baca sekerat2 atau saudara sendiri?

Tidak ada paksaan dalam AGAMA
kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran dari kesesatan
Oleh itu, sesiapa yang tidak percayakan Taghut
dan ia pula beriman kepada Allah
maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada simpulan yang teguh yang tidak akan putus
Dan Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

(al-Baqarah.256)

saudara beriman dengan ayat di atas?
ayat itu cakap "agama", bukan Islam...
bukti Allah memberikan kebebasan tanpa syarat kepada semua agama..

Oleh itu berikanlah sahaja peringatan (wahai Muhammad)
kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorang Rasul pemberi ingatan
Bukanlah engkau seorang yang berkuasa memaksa mereka
Akan tetapi sesiapa yang berpaling serta ia kufur ingkar
Maka Allah akan menyeksanya dengan azab seksa yang sebesar-besarnya
Sesungguhnya kepada Kamilah kembalinya mereka
Selain dari itu, sesungguhnya tanggungan Kamilah soal menghitung amal mereka

(88.21-26)

see.. tiada sebarang kuasa memaksa.. dan "tanggungan" Allah soal menghitung amal mereka
kita sendiri tidak suka melihat orang kafir memaksa orang Islam, begitulah juga mereka
oleh itu bukankah satu paksaan utk menghalang mereka dalam urusan agama mereka?
bukankah kita memaksa mereka agar tidak memperbetulkan akidah mereka?
saudara beriman dengan ayat al-Quran di atas?
adakah saya baca sekerat2 atau saudara sendiri?

kini kenapa pula saudara perlu takut mereka gunakan nama Allah?
takut kita terpesong?
kita lihat pula ayat di bawah...

Dan jika Tuhanmu menghendaki
nescaya berimanlah sekalian manusia yang ada di bumi
Maka patutkah engkau pula hendak memaksa manusia supaya mereka menjadi orang-orang yang beriman?
Dan tiadalah sebarang kuasa bagi seseorang untuk beriman melainkan dengan izin Allah
dan Allah menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami

(10.99-100)

saudara beriman dengan ayat al-Quran di atas?
Allah akan "menimpakan azab atas orang-orang yang tidak mahu memahami" (suka memaksa dalam bab beragama)
adakah saya baca sekerat2 atau saudara sendiri?
kita lihat lagi... adakah perpecahan itu satu kesesatan...

Kemudian umat Rasul-rasul itu
berpecah-belah dalam urusan ugama mereka
kepada beberapa pecahan
tiap-tiap golongan bergembira dengan apa yang ada pada mereka
Maka biarkanlah mereka tenggelam dalam kesesatannya itu
hingga ke suatu masa

(Al-Mu’minun:53-54)

siapakah "umat Rasul-rasul itu"?
apakah "urusan agama" mereka?
adakah saya baca sekerat2 atau saudara sendiri?

kini... adakah saudara pasti surah al-Kafirun ditujukan kepada ahli Kitab?
golongan yang menyembah Allah bersama yang lainnya?
atau ianya ditujukan kepada golongan lain?
saudara pasti ianya "ayat berbentuk perintah Allah" untuk memaksa mereka dalam urusan agama mereka?
kita lihat surah al-kafirun...

Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah.
Dan kamu
tidak mahu menyembah yang aku sembah.
(Al-Kafirun:2-3)

ini ayat berbentuk perintah Allah untuk memaksa mereka?
surah al-Kafirun mengatakan "kamu tidak mahu menyembah yang aku sembah"
iaitu golongan yang tidak langsung menyembah Allah... samada secara sendiri atau bersama yang lain

sebaliknya ahli kitab ialah golongan kafir yang mahu menyembah Allah, tetapi bersama yang lain...
buktinya?

Demi sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata
“Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan”
Padahal tiada Tuhan melainkan Tuhan yang Maha Esa
Dan jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu
sudah tentu orang-orang yang kafir dari antara mereka akan dikenakan azab seksa yang tidak terperi sakitnya.

(al-Maidah:73)

see? "Bahawasanya Allah ialah salah satu dari tiga tuhan"
mereka golongan kafir yang menyembah Allah (bersama-sama yang lain)
bagaimana pula kandungan bible?

Remember the former things of old
that I am God, and there is none else
I am God, and there is none like Me

(Isaiah 46:9)

tidakkah ayat di atas berbunyi hampir sama seperti surah al-Ikhlas?
bagaimana ayat di bawah?

Thus saith the LORD, the King of Israel, and his Redeemer the LORD of hosts
I am the first
and I am the last
and beside me there is no God

(Isaiah 44:6)

Hear, O Israel
the LORD our God
the LORD is one

(Isaiah 45:4)

No one's eyes had ever
nor can anyone ever see Allah
No man hath seen God at any time
the only begotten son
which is in the bosom of the Father
he hath declared him

(John 1:18)

Nor can we imagine or conceptualize Allah
And call no man your father upon the earth
for one is your Father
which is in heaven

(Mathew 23:9)

oleh itu, persoalannya ialah adakah ianya turut terpakai kepada golongan yang menyembah Allah bersama yang lain?
atau sekadar terpakai kepada golongan yang sama sekali tidak menyembah Allah, secara sendiri mahupun bersama yang lain?
adakah kita perlu menolak semua ayat al-Quran di atas dan bergantung kepada surah al-kafirun semata-mata?
inikah tafsiran yang diajarkan oleh guru saudara? :D

Wahai orang-orang yang beriman
hendaklah kamu semua sentiasa menjadi orang-orang yang menegakkan keadilan kerana Allah
lagi menerangkan kebenaran
dan jangan sekali-kali kebencian kamu terhadap sesuatu kaum itu
mendorong kamu kepada tidak melakukan keadilan
Hendaklah kamu berlaku adil kerana sikap adil itu lebih hampir kepada taqwa
Dan bertaqwalah kepada Allah
sesungguhnya Allah Maha Mengetahui dengan mendalam akan apa yang kamu lakukan.

(al-Maidah:8)

adakah saya baca sekerat2...
atau saudara dan "ustaz saudara yang faqih" yang mengambil sekerat2 dari al-Quran? :D
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register