Kita ambil simple kes....Org Hindu sembah patung ada tangan 8 dan macam2 patung lagi..Bagi sedara itu adalah menyembah Allah jugak lah yea..cuma cara berbeza? Syabas sedara..syabasss. Hentikanlahh
Kenapa UAI suruh lelaki kristian yg bercinta dengan pompuan melayu tu masuk Islam? Sebab kristian skrg ini buka ajaran Kristian yg original. So UAI suruh mamat kristian tu masuk Islam....baru leh kahwin dengan pompuan tu..
kau nak bicara pasal agama, tolonglah kaji sket perbezaan antara agama.
jangan jadi banggang bhai tak tentu hala macam ni..
buat malu orang Islam je kau ni..
kalau kau nak pertahankan Islam, pertahankan agama dengan ilmu..
bukan pertahankan agama dengan ego dan nafsu..
macam aku cakap, asas semua agama ialah bertuhankan Allah. yang beza ialah cara menyembah Allah.
aku ambil contoh kafir Quraysh di zaman Nabi.
jika di tanya kepada mereka, apakah mereka mengakui Allah itu Tuhan?
mereka jawab, "YA, Allah itu memang Tuhan"
jadi, kenapa perlu ada berhala?
mereka jawab, "berhala itu ialah perantaraan kami dan Allah"
dalam Islam, "perantaraan" ini dipanggi TAWASSUL. dalam Islam, hukumnya ialah HARAM bertawassul dengan makhluk selain Allah.
bahkan bukan setakat itu sahaja.
asalnya mereka bertawassul, lama kelamaan mereka meletakkan berhala itu setaraf dengan Allah.
well, itu ialah aqidah mereka dan agama mereka.
aku ambil contoh Kristian.
asas Kristian juga bertuhankan Allah.
kau tanya mereka, mereka juga akan jawab mereka juga sembah Allah.
yang menjadi kesalahan ialah, orang Kristian menyembah Allah bersama Isa dan Maryam. Isa dianggap Anak Allah dan Maryam dianggap Isteri Allah.
Hindu ke, Buddha ke apa jua agama sekalipun..
apa jua mereka lakukan dalam upacara agama mereka..
camner mereka nak sembah Allah ikut cara depa..
seriously, kenapa kau nak ubah ajaran agama orang lain?
even Nabi sendiri tidak pernah cuba mengubah agama lain..
Nabi cuma ajak orang lain masuk Islam.
Nabi cuma ajak orang lain sembah Allah dengan cara yang betul, iaitu cara Islam.
tu je.
agama-agama lain nak sembah Allah tonggang tonggeng terbalik terlentang what the hell itu semua, lantak pi la depa.
kau susah hati kenapa?
Allah berfirman :
"Untukmu agamamu, Untukku agamaku"
even Allah sendiri tak suruh kau pergi kacau agama orang lain.
yang Allah suruh ialah ajak manusia masuk Islam je.
ni dok buat kerja yang Allah tak suruh, yang Nabi tak buat.
****
p/s : BERTAWASSUL ni bukan setakat orang kafir je, orang Islam pun banyak yang buat. contohnya, anak kita nak exam SPM, panggil Tok Imam buat solat hajat, panggil orang masjid sekali. pastu suruh Tok Imam doakan anak kita. ITUPUN ADALAH TAWASSUL dan hukumnya HARAM kerana sudah wujud kebergantungan terhadap makhluk. sedangkan yang lebih afdhal ialah berdoa terus kepada Allah, bukannya melalui mulut makhluk lain.
apa bezanya lagi orang Islam dengan penyembah berhala Hindu/Buddha tu semua kalau sama bertawassul macam tu.