BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam berpecah tiga puak

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
gem
Messages
12,991
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,852
Points
191
image.jpg



TASEK GELUGOR - Perbezaan fahaman politik menyebabkan perpecahan dalam kalangan umat Islam di negara ini dan bukan kerana agama, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.


Beliau berkata, muncul tiga puak yang ‘bersengketa’ termasuk tidak menggunakan masjid yang sama untuk solat jemaah, mengasingkan kubur antara satu sama lain dan menegah perkahwinan sesama orang Islam.

“Kita menggunakan al-Quran yang sama tetapi kenapa dalam beberapa hal tidak meletakkan perpaduan sebagai asas kehidupan dengan sanggup membelakangkan agama semata-mata bagi memenuhi tuntutan politik masing-masing.

“Agama meminta kita bersatu hati dan tidak mengamalkan permusuhan kerana berbeza pendapat sebaliknya mencari jalan untuk mengatasinya,” katanya ketika merasmikan Majlis Multaqa Wehdatul Ummah di Padang Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al Irshad di sini, semalam.

Dr mahathir yang juga Yang Dipertua Perkim Malaysia berkata, disebabkan ingin berkuasa dan mengamalkan fahaman politik berbeza golongan terbabit sanggup mengetepikan apa yang disuruh hingga menjadikan umat Islam berpecah.

“Jika berpecah kita akan menjadi lemah serta mundur dan tidak mampu menyaingi bangsa lain serta jauh sekali untuk dihormati mereka,” katanya.

Beliau turut meminta umat Islam di negara ini kembali bersatu sepertimana yang ditunjuk dan dibuktikan ketika negara berada di bawah pemerintahan British suatu ketika dahulu.

“Kita boleh menumbangkan gagasan Malayan Union kerana bersatu hati dan sanggup berkorban berbanding sekarang apabila masing-masing lebih cenderung memulakan permusuh*an hanya kerana perbezaan fahaman politik.

“Marilah kita kembali bersatu sepertimana yang pernah dilakukan dahulu dan tinggalkan fahaman politik sempit hingga menjejaskan keharmonian hidup sesama umat,” katanya.

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang, Elias Zakaria dan Yang Dipertua Persatuan Qaryah-qaryah Masjid Pulau Pinang, Datuk Seri Mohd Yusoff Latiff.

Sementara itu, pada sidang media, Dr Mahathir mencabar Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk tunjukkan surat yang kononnya ditulis beliau kepada Bank Dunia untuk bantuan dana semasa krisis kewangan 1999.

Dr Mahathir berkata, sebenarnya beliau adalah orang yang menolak pinjaman daripada Bank Dunia pada masa itu tetapi, sekiranya apa yang didakwa oleh Anwar itu benar, sila tunjukkan surat itu.

“Saya tahu kalau kita terima pinjaman daripada Bank Dunia, kita akan menjadi hamba kepada mereka yang tolong kita dan disebabkan itu kita tidak berbuat demikian.

“Kalau apa yang dikatakan oleh Anwar itu benar, saya cabar dia bersumpah laknat di masjid dengan al-Quran. Saya sanggup berbuat demikian sekiranya diperlukan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, Anwar terkenal sebagai orang yang memperkenalkan cara-cara Bank Dunia dan Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada masa itu.

“Saya biasa cakap kepada dia (Anwar), kalau kita buat pinjaman kepada Bank Dunia, kita tidak akan ada gaji yang cukup untuk bayar kepada pegawai-pegawai kita. Tetapi dia ikut cara-cara Bank Dunia sampai rosak fikirannya,” katanya.

Penafian itu turut disokong oleh Nor Mohamed Yakcop yang menjelaskan, beliau masih bekerja dengan Bank Negara, apabila dua kakitangan Bank Dunia datang bertemu de*ngan Dr Mahathir untuk menawarkan pinjaman bagi mengatasi kemelut kewangan tetapi telah dihalau keluar.

“Tun (Dr Mahathir) yang ketika itu lebih arif mengenai ekonomi Malaysia menghalau keluar dua kakitangan bank berkenaan sambil mengatakan negara ini akan bangun semula, selepas menggunakan pendekatan sendiri untuk menanganinya dan tidak perlu pinjaman atau bantuan luar,” katanya.

sumber
 
kahkahkah

sampai KIAMAT ISLAM x kan berpecah...yg berpecah hanya lah MELAYU...

ISLAM tetap 1...sebab tu la kene bersatu kerana ISLAM HUDUD bukan kerana MELAYU MAMAK sam dol....kahkahkah
 
kahkahkah

sampai KIAMAT ISLAM x kan berpecah...yg berpecah hanya lah MELAYU...

ISLAM tetap 1...sebab tu la kene bersatu kerana ISLAM HUDUD bukan kerana MELAYU MAMAK sam dol....kahkahkah
Ssbda Nabi SAW "...umatku akan berpecah kpd 73 golongan..."

macam mana tu???
 
Asalkan sokong UMNO maka tak berpecah.

Kalau tak sokong UMNO, dia kira berpecah.
 
dulu, kini dan forever.... bleh blah.. :))
 
Back
Top
Log in Register