BTC USD 64,283.2 Gold USD 4,481.21
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Islam Agamaku

rumah2u

Fun Poster
Messages
189
Joined
May 15, 2010
Messages
189
Reaction score
7
Points
15
Salam saudara2ku sekalian,

Saya ingin berkongsi satu rancangan yang amat menarik di radio IKIM.fm, Islam Agamaku. Banyak faedah dan manfaat yang boleh didapati.
Dakwah tu merupakan tanggungjawab kepada semua orang Islam. Kita akan ditanya diakhirat kelak apa yang telah kita lakukan sekiranya melihat maksiat dan sebagainya.
Dakwah bukan sahaja kepada orang bukan Islam, dakwah juga perlu dilakukan kepada orang Islam.
Hendaklah kita sentiasa mengajak umat Islam ke arah kebaikan. Sekiranya ada yang lalai dan terbabas dari landasan, maka menjadi tanggungjawab kita untuk menasihati mereka.

Saya telah lama meninggalkan radio2 yang lain yang hanya mementingkan hiburan semata-mata tanpa mengira apakah tujuan kita dihidupkan didunia ini. Syukurlah ada IKIM.fm yang sentiasa mengingatkan kita tujuan hidup kita, apa matlamat kita & apa yang harus dilakukan.

Penerbit: Fairuz Hj. Noordin
Format: Bual bicara
Durasi: 45 minit
Siaran: Khamis @ 5.15petang / Jumaat @ 3.00 pagi (Ulangan)
Sinopsis:
Rancangan yang menemubual saudara-saudara Muslim dari pelbagai latarbelakang untuk berkongsi pandangan mereka memeluk Islam. Selain untuk menonjolkan keindahan Islam sehingga mereka tertarik untuk mencari hidayah Allah, ianya juga diharapkan akan cuba membetulkan persepsi salah masyarakat bukan Islam terhadap agama Islam. Hubungan dengan keluarga yang belum Islam juga dibincangkan agar masyarakat diberi faham bahawa apabila seseorang memeluk Islam, hubungannya dengan keluarga asalnya hendaklah diteruskan, dalam masa yang sama menjaga batas Syariat yang ditetapkan.

http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.p...islam-agamaku&option=com_content&view=article

IKIMfm boleh didengari di seluruh negara dengan pemancar-pemancar di 12 lokasi strategik.

NEGERI & FREKUENSI

LEMBAH KELANG 91.5 FM
PERLIS 89.0 FM
KEDAH 89.0 FM
LANGKAWI 89.0 FM
PULAU PINANG 89.0 FM
IPOH 102.7 FM
NEGERI SEMBILAN 102.7 FM
MELAKA 89.5 FM
JOHOR BHARU 106.2 FM
KUANTAN 89.6 FM
KUALA TERENGGANU 100.2 FM
KOTA BHARU 89.8 FM
KUCHING 93.6 FM
KOTA KINABALU 93.9 FM

http://www.ikimfm.my/ikimfm/index.php?option=com_content&view=article&id=61
 
Back
Top
Log in Register