BTC USD 62,374.1 Gold USD 4,473.68
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isi kelapa bertaburan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
07hm08abd.transformed.jpg

ISI kelapa bertaburan di atas jalan raya dalam nahas petang kelmarin.​


Alor Gajah: Seorang pemandu lori cedera selepas kenderaannya terbabas dan dilanggar sebuah lagi lori di Kilometer 198.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara, di sini, petang kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 4 petang itu dipercayai berlaku apabila lori dipandu B Sagasvanamam, 57, dari arah Batu Pahat, Johor ke Seremban, Negeri Sembilan cuba mengelak serpihan tayar sebelum kenderaan itu gagal dikawal.

Akibat kejadian, mangsa cedera di kepala, tangan kanan, badan serta kedua-dua kaki selepas kenderaan dipandunya terbabas sebelum dirempuh sebuah lagi lori.

Menurut sumber, bagi mengelak serpihan tayar itu, Sagasvanamam menukar haluan ke lorong kiri, namun kenderaannya tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke lorong kecemasan.

"Ketika itu sebuah lagi lori dari arah belakang melanggar kenderaan mangsa menyebabkan ia terbalik manakala muatan isi kelapa dibawa bertaburan di atas jalan raya.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.



Source: http://www.hmetro.com.my/node/75822
 
Back
Top
Log in Register