BTC USD 63,968.8 Gold USD 4,495.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Isa Bakar meninggal

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
GEORGETOWN: “Saya bercadang menghantar buah-buahan untuk suami tetapi tidak kesampaian. Dia (suami) menghembuskan nafas terakhir tanpa isteri dan anak di sisi,” kata isteri bekas pemain bola sepak negara, Mazlina Md Ismail, 49.

Mazlina dimaklumkan mengenai kematian suaminya oleh tiga anggota polis yang datang ke rumahnya di Sungai Ara.


Menurutnya, arwah mengalami batuk teruk Khamis lalu selepas berbuka puasa bersama keluarga di rumah dengan menikmati pelbagai juadah berbuka seperti lauk ayam dan angsa.


Katanya, pada hari sebelumnya arwah tidak menunjukkan perubahan, malah sempat bergurau dengan isteri dan anak lelakinya, Muhd Firdaus, 16, walaupun sakit.


“Arwah dihantar ke Hospital Pantai Mutiara, Bayan Baru pada malam berkenaan (Khamis) sebelum dipindahkan ke HPP dan keadaannya beransur pulih, namun mengadu panas badan serta meminta buah untuk dimakan.

“Arwah juga sempat membeli kotak ais batu bagi tujuan menyimpan air minuman untuk dijamu kepada rakan yang mengunjungi pada Aidilfitri,” katanya ketika ditemui di rumahnya, di sini, semalam.


Antara bekas pemain kebangsaan yang menziarahi keluarga arwah ialah Shukor Salleh dan N Baskaran.
 
Al-Fatihah...semoga arwah ditempatkan bersama2 org yg beriman
 
Salam Takziah untuk keluarga mereka....moga roh nya dicucuri rahmat ketika datanganya bulan ramadhan yg mulia nie....
 
takziah buat keluarga beliau..

sama2 la sedekahkan Al-Fatihah..
 
al-fatihah...moga rohnya dicucuri rahmat
 
semoga rohnya di kalangan org2 yg beriman hendaknya..amin..
 
alfatihah meninggal dalam bulan ramadhan............
 
Back
Top
Log in Register