BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IS: Dua lagi ditahan

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg


Khalid Abu Bakar​

KUALA LUMPUR 23 Mac - Polis Diraja Malaysia (PDRM) membongkar modus operandi baharu rakyat negara ini yang ingin menyertai militan Negara Islam (IS) di Syria iaitu dengan berlatih bersama anggota militan negara jiran sebelum berlepas ke negara bergolak tersebut.

Kegiatan tersebut terdedah selepas Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang lelaki berusia 29 tahun yang merupakan kakitangan kerajaan di Pelabuhan Klang dekat sini, 19 Mac lalu.

Sebelum itu, polis turut menahan seorang suri rumah berusia 28 tahun di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 7 Mac lalu kerana dipercayai terlibat dengan kegiatan militan IS di Syria.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek lelaki berasal dari Sabah itu telah meninggalkan tugas sejak Disember 2012 dan menyusup masuk ke negara jiran pada Februari lalu bagi menyertai kumpulan militan di negara tersebut.

“Suspek ditangkap pada 19 Mac lalu ketika cuba menyusup semula ke Malaysia menggunakan pasport tulen sebuah negara jiran yang diperoleh secara tidak sah.

“Tujuan suspek kembali semula ke Malaysia dipercayai untuk merekrut beberapa rakyat tempatan bagi menyertai IS di Syria,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Khalid, suspek berkenaan turut dikesan mempunyai hubungan dengan seorang rakyat Malaysia yang menyertai kumpulan IS di Syria.

Sementara itu, Khalid memberitahu, suri rumah yang berasal dari Kedah itu ditahan di KLIA ketika cuba berlepas ke negara jiran bagi tujuan menyelusup ke Syria.

Difahamkan, wanita yang mempunyai suami dan anak tersebut sanggup meninggalkan keluarganya semata-mata untuk ‘berjihad’ di Syria.

Jelas Khalid, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki melakukan kesalahan di bawah Bab VIA Kanun Keseksaan iaitu kesalahan berkaitan keganasan dan disiasat mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574) dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah khas) 2012 (Akta 747) kerana melakukan kesalahan berkaitan keganasan.
 
Si lembu yang di lantik jadi Ketua Polis Negara.... Hapuskan jenayah dalam negara dulu baru cerita pasal negara luar... lembuuuuuu......
 
Back
Top
Log in Register