BTC USD 84,278.0 Gold USD 4,290.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Irfan: 'Saya amat kecewa'

irsaffy

CG Top Poster Club
gem
Messages
42,961
Joined
May 13, 2007
Messages
42,961
Reaction score
268
Points
131
Irfan: 'Saya amat kecewa'

NOOR HAFIZA CHE ABDULLAH DAN SITI FATIMAH MUHAMMAD ALI
13 Oktober 2012


image.jpg


“KEKALAHAN ini amat mengecewakan. Itu keluhan jurulatih Selangor, Irfan Bakti selepas menyaksikan pasukan bimbingannya menamatkan kempen Piala Malaysia musim ini dengan tewas kepada Kelantan semalam.

Kelantan mengatasi Selangor dengan agregat 3-0.

Jelasnya, kekecewaan itu bertambah perit apabila kegagalan tersebut berlaku di Stadium Shah Alam, di hadapan ribuan penyokong skuad The Red Giants.

"Saya amat kecewa. Kita melepaskan banyak peluang untuk mencipta kemenangan.

"Kita banyak kehilangan bola di bahagian tengah, malah apabila jaringan Ghaddar dihasilkan, ia terus memusnahkan segala-galanya. Ia sama berlaku ketika beraksi di Kota Bharu," kata Irfan ketika ditemui selepas berakhirnya perlawanan antara Selangor dan Kelantan.

Tambah Irfan: "Meskipun kita menguasi separuh masa pertama, tetapi momentum separuh akhir kedua menurun, pemain bahagian tengah kurang membantu pemain lain." "Disebabkan itu kita banyak melepaskan peluang," katanya.

Katanya, beliau juga sedih sebab apabila dilihat pada kehadiran penonton malam tadi, hampir 30,000 penonton memberikan sokongan.


"Mereka nyata bersemangat, saya betul-betul minta maaf sebab mengecewakan mereka, tapi nak buat macam mana, setakat ini sahaja kami mampu," jelas beliau lagi.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai masa depannya di Selangor, Irfan bagaimanapun menyerahkan semuanya kepada pengurusan.

"Terpulang kepada pihak pengurusan, saya terima apa sahaja keputusan daripada mereka. Keputusan mungkin akan diketahui dalam masa terdekat," kata Irfan yang turut menyifatkan pasukan Selangor harus mencari pemain-pemain yang berkualiti untuk dibawa masuk bagi memantapkan lagi skuad itu musim depan.

"Untuk musim depan, kita kena cari beberapa pemain yang berkualiti dalam pasukan Selangor.

"Dan setahu saya pihak pengurusan telah mengenal pasti beberapa pemain untuk bermain dengan Selangor dan semuanya tengah diuruskan.

"Selain itu, kita juga harus memberi tumpuan di bahagian tengah yang dilihat longgar bagi memperbaiki menjadi lebih kemas," katanya yang mengucapkan tahniah kepada Kelantan setelah berjaya mara ke final.

SOURCE
 
Aku tak suka dgn ko satu jer...
SUKA CAKAP BESAR!!!!
Harap Selangor belasah teams LIONS lepas nie...
jgn malukan maruah negara...
:)cgrock
 
lagu untuk irfan bakti

Terjagaku dari tidur yang lena
Melangkah malas menuju jendela
Kabus menyelubungi subuh
Mengimbas segala kenangan yang lalu :D
 
adat bola .. bergolek kesana kesini... pemenang tak kenal siapa
 
lepas ni bole bermimpi dimalam hari...
 
Bola itu bulat..kecuali bola ragbi
 
standard la..ada menang ada kalah..kalau semua nk menang, sape yg kalah..?
 
Back
Top
Log in Register