Xploit Machine
CG Hardcore Club


- Messages
- 73,585
- Joined
- Nov 23, 2012
- Messages
- 73,585
- Reaction score
- 7,740
- Points
- 916
Gelaran profesional ini kebiasaannya diberi kepada mereka yang mempunyai kelayakan tinggi dalam sesuatu bidang kerjaya. Anda perasan tak? Segelintir nama seseorang mempunyai singkatan seperti Ir, Ar, Ts dan sebagainya. Kalau singkatan Dr, mesti ramai yang sudah tahu ia menunjukkan seseorang itu bergelar seorang doktor. Jangan terkejut ya kerana ada juga yang keliru dengan singkatan gelaran profesional dengan perkara lain. Tak pasal-pasal pula digelar sebagai Inspektor apabila melihat gelaran Ir wujud pada nama seseorang.
Maksud Di Sebalik Singkatan Gelaran Profesional Pada Nama Seseorang
Mesti ramai yang keliru dengan setiap singkatan untuk jawatan profesional kan? Disebabkan itu, seorang pengguna Twitter berkongsi maksud yang berbeza menerusi ciapan yang dimuat naik olehnya.
1. Ir : Jurutera Profesional
- Sudah mendaftar sebagai Graduate Engineer di bawah Lembaga Jurutera Malaysia (BEM).
- Mempunyai pengalaman bekerja sekurang-kurangnya untuk tempoh tiga tahun.
- Melepasi ujian Professional Assessment Examination (PAE).
- Terpilih sebagai ahli korporat di Institusi Jurutera Malaysia (IEM).
2. Ar: Arkitek Profesional
- Sudah berdaftar dengan Lembaga Arkitek Malaysia (BAM).
- Berdaftar sebagai Graduate Architect.
- Mempunyai pengalaman praktikal yang dinyatakan oleh BAM.
3. LAr: Arkitek Landskap Profesional
- Sudah berdaftar di bawah Institut Arkitek Landskap Malaysia (ILAM).
- Lulus pengajian di ILAM.
4. Sr: Juruukur Profesional
- Perlu sekurang-kurangnya mempunyai ijazah dalam surveying (tinjauan) atau Civil Engineering.
- Mempunyai lesen Professional Land Surveying.
- Mempunyai pengetahuan yang luas dalam bidang Matematik.
- Mahir dalam menggunakan beberapa alatan kursus untuk mengendalikan projek.
5. PGeol: Ahli Geologi Profesional
- Ahli Geologi siswazah yang berdaftar mengikut Seksyen 20 dan 22 Akta Ahli Geologi 2008.
- Memasuki pengajian di Institute of Geology Malaysia (IGM) dan lulus ujian profesional.
6. Ts: Ahli Teknologi Profesional
- Diiktiraf oleh Lembaga Teknologi Malaysia (MBOT).
- Sekurang-kurangnya mempunyai ijazah dalam bidang yang diiktiraf oleh Lembaga Arketik Malaysia (LAM).
- Berdaftar sebagai Teknologis Berijazah.
7. TPr: Perancang Bandar Profesional
- Gelaran yang diberikan oleh Malaysian Institute of Planners.
8. IDr: Pereka Dalaman Profesional
- Gelaran yang diberikan oleh Lembaga Arkitek Malaysia selepas individu berkelayakan lulus ujian dan menepati syarat-syarat tertentu.
9. Gs: Ahli Geospatialis Profesional
- Mempunyai kelayakan minimum ijazah dalam Geospatial atau bidang berkaitan.
- Mempunyai pengalaman profesional sekurang-kurangnya tiga tahun atau setara dalam bidang Geospatial.