ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Pemandangan di sekitar kawasan Indera Mahkota dari atas Bukit Bay Route, petang semalam.
KUANTAN - Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Jerantut serta Indera Mahkota dan Balok Baru, Kuantan semakin meningkat berdasarkan bacaan pada jam 7 pagi hingga 5 petang semalam.
Bagaimanapun, angka itu masih berada pada tahap sederhana berdasarkan laporan laman sesawang Jabatan Alam Sekitar yang dikemas kini sehingga jam 5 petang semalam.
Bacaan IPU di Indera Mahkota pada jam 5 petang meningkat kepada 90 berbanding 85 sekitar jam 7 pagi.
Sementara itu, Balok mencatat bacaan 89 berbanding hanya 82 pada jam 11 pagi, manakala Jerantut pula meningkat daripada 58 pada 7 pagi dan 59 pada jam 11 pagi, seterusnya 63 pada jam 5 petang.
Buat masa ini, sebarang aktiviti pembakaran terbuka dilarang sama sekali.