BTC USD 63,787.9 Gold USD 4,466.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

IPP, TNB tiada subsidi

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
PUTRAJAYA: Kerajaan tidak pernah memberikan sebarang subsidi kepada syarikat penjanaan elektrik, sama ada penjana bebas (IPP) mahupun Tenaga Nasional Berhad (TNB), kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Peter Chin Fah Kui.

Menurutnya, sebahagian hasil yang terpaksa dilepaskan Petronas berikutan penetapan harga gas oleh kerajaan sebelum ini juga tidak membabitkan sebarang penyaluran wang dan subsidi kepada kedua-dua pihak berkenaan.

“Sejak kita menaikkan tarif elektrik 1 Jun lalu sampai sekarang isu bagi subsidi gas kepada industri penjanaan elektrik hangat dibincangkan, sama ada di dalam mahupun luar Dewan Rakyat, Internet, blog dan media massa.

“Nampaknya ada kekeliruan mengenai yang disebutkan sebagai subsidi bagi sektor ini, malah ada juga dalam perbincangan ini keuntungan daripada pihak IPP terhadap kenaikan tarif dan apabila saya perhatikan, apa disebutkan banyak perbezaan,” katanya, pada sidang media, di sini, semalam.

Ketika ini sebanyak 14 IPP di Semenanjung diberikan lesen untuk memajukan dan menjual tenaga elektrik kepada TNB melalui Perjanjian Pembelian Tenaga (PPA) yang membabitkan 14,871 megawatt (MW) sehingga 2033. Chin berkata, kos bahan api adalah satu daripada komponen utama dalam penetapan tarif elektrik dengan sebarang kenaikan harga bahan api yang digunakan untuk penjanaan oleh TNB dan IPP akan memberikan kesan kenaikan tarif kepada pengguna.

“Sekiranya kos bahan api gas ini ditetapkan berdasarkan harga gas di pasaran antarabangsa, kadar tarif semasa akan menjadi lebih tinggi,” katanya.

Menurutnya, kenaikan harga gas sebanyak RM3/mmBtu (million metric British thermal unit) seperti diumumkan baru-baru ini menyebabkan tarif elektrik meningkat 1.6 sen/kWj (kilowatt sejam).

Katanya, jika harga gas di pasaran diguna pakai dalam penetapan tarif, kadar tarif semasa akan menjadi 47.31 sen/kWj bersamaan dengan peningkatan 16 sen/kWj.

Justeru, katanya, langkah kerajaan menetapkan harga gas untuk sektor penjanaan elektrik pada kadar RM6.40/mmBtU selama ini sejak 1997 sebagai langkah bagi memastikan rakyat dilindungi daripada kesan kenaikan gas di pasaran antarabangsa.

Namun, katanya, itu tidak bermakna kerajaan boleh menetapkan harga gas pada paras terlalu murah untuk selama-lamanya, kerana boleh menyebabkan pembaziran sumber tenaga dan kehilangan sumber pendapatan kepada kerajaan seterusnya memberi implikasi kepada generasi akan datang.

“Sehubungan itu, kerajaan memutuskan untuk menaikkan harga bahan api gas secara berperingkat tanpa membebankan rakyat bagi mencerminkan kos sebenar penjanaan bekalan elektrik. “Keputusan ini juga membolehkan Petronas menguruskan hasil pendapatannya dengan lebih efektif termasuk aktiviti cari gali bagi memastikan bekalan bahan api untuk keperluan negara lebih terjamin dan mapan,” katanya.

Menurutnya, bagi tempoh 1997 hingga Mac lalu, syarikat petroleum itu terpaksa melepaskan hasil sebanyak RM133 bilion, dalam jualan gas kepada IPP untuk membolehkan TNB mengekalkan kadar tarif rendah bekalan elektrik.

sumber: http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/IPP_TNBtiadasubsidi/Article/index_html
 
buduh..bukan masalah subsidi..masalahnye apasal ko beli tenaga dari IPP tidak direct ..kenapa perlu orang ke 3...tuh pun tak bleh jawab...:))
 
pulak dahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh..cer citer cer citer
 
pusing cerita aje diorang ni sekarang...
 
ker jana letrik nih pakai air...tu hidro Bakun tu..ker kerajaan nih nak kelentong rakyat..
 
selagi boleh spin selagi tu akan spin..
 
rakyat didahulukan pencapaian diutamakan......................
 
putar belit, putar alam.. menteri bongokk.. otak kat bontot..
 
Back
Top
Log in Register