BTC USD 60,958.7 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

iPhone paling laris di dunia

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
MASSACHUSETTS 8 Ogos - iPhone keluaran Apple muncul sebagai telefon pintar paling laris di dunia pada suku kedua tahun ini selepas ia menguasai bilangan keluaran telefon pintar berbanding jenama lain.

Firma penyelidikan pasaran dan analisis teknologi maklumat, International Data Corporation (IDC) berkata, Apple mengedarkan kira-kira 20.3 juta iPhone ke seluruh dunia pada suku kedua tahun ini berbanding telefon pintar jenama Samsung, Nokia, RIM, HTC dan lain-lain.

Pada suku pertama tahun ini, Apple hanya mengagihkan sebanyak 18.7 juta iPhone meletakkannya di tempat kedua di belakang Nokia yang mengeluarkan 24.2 juta telefon pintar.

Nokia kini sedang dalam proses berubah kepada sistem operasi Windows Phone daripada Symbian sebelum ini, tetapi model baru menggunakan sistem operasi baru itu tidak akan dikeluarkan tahun ini.

"Pasaran telefon pintar buat suku kedua tahun ini dikuasai Apple. Permintaan terhadap iPhone terus meningkat kerana pengguna masih terus mendapatkan generasi pertama dan kedua telefon pintar itu yang dikeluarkan beberapa tahun lalu," kata penganalisis IDC, Ramon Llamas.

Katanya, Apple mampu mengukuhkan kedudukan sebagai pendahulu pasaran telefon pintar sehingga hujung tahun ini melalui penambahbaikan yang dilakukan ke atas gajet-gajetnya.

Menurut IDC, kejayaan Apple itu disumbangkan melalui penjualan iPhone oleh lebih 200 ejen di 200 negara.

Bagaimanapun, jumlah pengeluaran Apple itu masih rendah berbanding yang pernah dicatat pengeluaran telefon pintar Nokia sebanyak 28 juta dalam tempoh sama.

Samsung berada di tempat kedua pasaran telefon pintar iaitu sebanyak 17.3 juta unit gajetnya itu diedarkan ke seluruh dunia.

Antara yang paling mendapat sambutan ialah Galaxy S smartphones yang dilengkapi perisian Android. - Agensi
 
ramai yg dah lupa jenama NOKIA nih. :D:D sebab iPhone dan Samsung tengah UP.
 
Nokia lambat develop teknologi touch ni..
 
Kasihan Nokia,
tp aku pakai nokia lg,
mudah nak mesej,hehe,
1110,:D
 
Nokia lambat develop teknologi touch ni..

last skali terus orang lupa. kekeke.. hp paling murah pun tgk student byk pakai samsung. time wat spotcheck asrama jumpa dekat 90 biji model yg sama. Pehh.. Gilos..
 
Apple iPhone vs Samsung Galaxy S / S II
iOS vs Android..
 
aku pon pakai nokia je, rm 50, jadi ler bleh msg ngan kol
 
Back
Top
Log in Register