Viere
CG Top Poster Club

- Messages
- 26,579
- Joined
- Aug 8, 2008
- Messages
- 26,579
- Reaction score
- 179
- Points
- 123
HONG KONG 11 Nov. - Kemunculan telefon pintar terbaru keluaran Apple Inc., iPhone 4S yang mula menembusi pasaran tiga negara Asia Pasifik mencetuskan fenomena apabila orang ramai sanggup beratur panjang bagi mendapatkan gajet tersebut hari ini.
Di Hong Kong, beribu-ribu penduduk membanjiri kedai baru Apple di selatan bandar raya itu ketika gajet tersebut mula dijual pada pukul 7 pagi waktu tempatan.
Sementara itu, pelancaran 'kemasukan' iPhone 4S ke Korea Selatan dan New Zealand tengah malam tadi dimeriahkan dengan kehadiran selebriti serta bintang-bintang sukan.
Syarikat telekomunikasi Korea Selatan, SK Telecom memasarkan 100 unit iPhone 4S kepada pelanggan yang telah membuat tempahan awal.
Pelakon terkenal Korea, Wonbin dan Shin Min-A turut tidak ketinggalan untuk mendapatkan gajet popular tersebut.
''Saya sudah menunggu lama untuk mendapatkan iPhone 4S dan tidak teragak-agak untuk membelinya apabila ia memasuki pasaran Korea," kata Lee Jae-Kwang yang berada di barisan depan ketika beratur untuk mendapatkan iPhone 4S.
Dalam pada itu, iPhone 4S dijangka memasuki pasaran di 12 buah negara Eropah dan Amerika Latin, esok selain bakal memenuhi pasaran 70 negara lain menjelang hujung tahun ini. - AFP