BTC USD 63,672.2 Gold USD 4,504.16
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Internet Percuma.. serius x tipoo

Takdok modal doh pak jib....kalo nk bg tu bg la lama cket....tak masuk dek akal la setengah jam jer.....
 
Nanti guna lebih 30 minit kena cas lain pulak.
 
baik takyah bagi..30 minit jew..mana cukup!!
 
mau gelabah nk bukak page ape dlm 30 menit nih. kena buat list dl sblm connect ~X(
 
Bila BN cakap nak buat kebajikan untuk rakyat.... maka ketahuilah rakyat jelata semua bahawa mereka sedang buat kebajikan untuk KRONI. dalam kes cam ni KRONI bertambah untung dengan penambahan bilangan langganan baru..... tapi sayang..... yang sedihnya mangsa mereka adalah "ORANG YANG KURANG BERKEMAMPUAN"

:(:(:(
 
Kalau balance tak guna boleh kumpul bwk hari lain best jgk
 
kenapa xleh bg wifi percuma seluruh negara?..kan ke rakyat didahulukan...
 
Internet setengah jam percuma dijangka bermula bulan depan: Rais

KUALA LUMPUR: Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata inisiatif internet percuma bagi setengah jam pertama yang diumumkan kerajaan dijadual bermula bulan depan membabitkan semua syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet.

Beliau berkata, ia disediakan kepada mereka yang layak berdasarkan kriteria kelayakan penerima program Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).
“Ini bermakna mereka yang layak mendapatnya ialah mereka yang mempunyai pendapatan isi rumah kurang daripada RM3,000 sebulan.


“Namun, kami masih mengkaji mekanisma terbabit, malah juga akan cuba untuk memperluaskannya kepada golongan yang tidak memenuhi kriteria itu,” katanya selepas selepas majlis ramah mesra warga Telekom Malaysia (TM) bersama Perdana Menteri di sini, tengah hari tadi.

Rais berkata, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) akan bertanggungjawab melaksanakan inisiatif berkenaan.

Katanya, perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama itu akan ditawarkan berasaskan harian dan membabitkan semua syarikat telekomunikasi dan penyedia perkhidmatan internet.

"Baru-baru ini kami membuat kajian bahawa kebanyakan orang hanya menggunakan internet antara 15 hingga 30 minit setiap hari,” katanya.
Najib sebelum itu mengumumkan bahawa warga miskin di bandar dan luar bandar bakal mendapat perkhidmatan internet percuma bagi setengah jam pertama.

:D :D

kajian haram.jadah lu :))
 
Back
Top
Log in Register