BTC USD 83,196.4 Gold USD 4,163.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

INT Inter sedia pecat Benitez

rasyid9449

Active+ Member
Messages
3,500
Joined
Jul 10, 2009
Messages
3,500
Reaction score
80
Points
30
ROME: Inter Milan sedia untuk memecat jurulatih Rafael Benitez, tapi mahu memotong bayaran sagu hati terlebih dulu.

Menurut media Itali, pengurus berbangsa Sepanyol itu yang berhempas pulas sejak mengendalikan kelab jagoan Itali itu enam bulan lalu, menempah ‘ajal’ apabila lancang bersuara mengecam pihak pengurusan kelab itu selepas memenangi takhta Piala Dunia Kelab di Abu Dhabi, minggu lalu.


Presiden Inter, Massimo Moratti dilaporkan berang dengan kelantangan itu mahu memecat Benitez walaupun pemecatan bekas pengurus Liverpool itu yang mengambil alih dari jurulatih berbangsa Portugal, Jose Mourinho, boleh menyebabkan kelab itu kerugian di antara empat hingga lapan juta euro.

Akhbar Gazzetta dello Sport berkata itu kelab itu sudah menulis kepada Benitez, memarahinya kerana kelancangannya itu dan menuduh kegagalan pengurus itu melaksanakan tugas sebagai jurulatih mungkin membawa kepada kemungkinan pemotongan jumlah pampasan.


Sebelum ini, wujud spekulasi Benitez akan kekal mengalas tugas sebagai jurulatih kelab itu meskipun Moratti dilaporkan sudah memecatnya.


Selepas menyertai mesyuarat di pejabat kelab Milan, Moratti menjawab persoalan berhubung kedudukan Benitez yang masih lagi menjadi jurulatih Inter dengan mengesakan: “Ya. Dia masih memegang jawatan itu dan tiada yang lain.

“Saya ada mendengar dan membaca mengenai hasrat untuk mengambil jurulatih baru tapi kelab ini tidak berhubung dengan sebarang jurulatih lain dan tidak akan berbuat demikian sehingga situasi ini dijelaskan.” Terdahulu ejen Benitez turut menafikan dakwaan berhubung khidmat jurulatih yang bakal ditamatkan itu.


“Tiada siapa yang menelefon saya dan tiada dalam jadual saya untuk bertemu dengan Massimo Moratti,” kata Manuel Garcia Quilon.

“Benitez masih mahu meneruskan tugasnya itu dan akan terus memperbaiki pencapaian kelab berkenaan.” Selepas melihat pemain skuad itu menewaskan pasukan Tout Puissant Mazembe 3-0 untuk merangkul trofi kelima tahun ini, Benitez melancarkan serangan membidas mereka yang mengecam kedudukannya di Inter.


Dia mendakwa bosnya itu langsung tidak memberikan sokongan ketika musim perpindahan dan menuduh pemain membuat keputusan sendiri.


Moratti dilaporkan berang dan berhasrat untuk memecat Benitez biarpun pemecatan jurulatih kelahiran Sepanyol itu yang mengambil alih tugas Jose Mourinho akan menyebabkan kelab itu perlu membayar empat ke lapan juta euro (RM33 juta). - AFP
 
dh kene pecat dh pon..tak guna mamamt buncit nie..kat inter tu dh ramai pon player star...pon tk boleh nak handle..
 
kalau hati player semuanya masih lagi dengan maorinho, susah jurulatih baru nak kawal.. lepas ni melingkop balik rasanya inter ni
 
ksian benitez...nk p mana plak lepas nie...???
huhu...
 
untung benitez kalo kena pecat... 30 juta boleh masuk AC konsortium... kayoooo wooo
 
tgk ape leonardo bole biken inter tu nanti..haha..
 
Back
Top
Log in Register