BTC USD 76,522.5 Gold USD 4,366.80
Time now: Jun 1, 12:00 AM

MYS Tunisia pecat Lamouchi selepas dibelasah Sweden

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,716
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,716
Reaction score
97
Points
80

Tunisia pecat Lamouchi selepas dibelasah Sweden​

3552681.webp

Sabri Lamouchi

TUNISIA menjadi pasukan pertama yang menukar jurulatih pada saingan Piala Dunia 2026 apabila memecat Sabri Lamouchi susulan kekalahan memalukan 1-5 kepada Sweden dalam aksi pembukaan Kumpulan F.

Keputusan drastik itu dibuat kurang 48 jam selepas skuad Carthage Eagles dibelasah Sweden dalam perlawanan yang menyaksikan kelemahan taktikal dan pertahanan pasukan itu menjadi sasaran kritikan pelbagai pihak.

Menurut laporan media tempatan, Persekutuan Bolasepak Tunisia (FTF) hilang keyakinan terhadap Lamouchi selepas beberapa percaturan yang dilakukan gagal memberikan impak positif, malah menyaksikan pasukan bergelut mengekang asakan lawan.

Pendekatan berhati-hati yang diterapkan bekas pemain kebangsaan Perancis itu turut mengundang persoalan apabila Tunisia gagal memberikan saingan sebenar sebelum tewas dengan jurang besar.

FTF dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar sejurus tamat perlawanan sebelum mencapai kata sepakat untuk menamatkan khidmat pengendali berusia 54 tahun itu.

Pemecatan tersebut menjadikan Lamouchi jurulatih pertama kehilangan jawatan pada Piala Dunia 2026 yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat, Kanada dan Mexico.

Tunisia kini berdepan tugas sukar untuk menghidupkan peluang mara ke pusingan kalah mati apabila bakal menentang Jepun dan Belanda dalam baki aksi Kumpulan F.
 
Back
Top
Log in Register