BTC USD 75,755.5 Gold USD 4,322.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Intel Mahu Semua Komputer Riba Masa Depan Menggunakan Komponen Modular

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,554
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,554
Reaction score
7,740
Points
916
Adakah komputer riba masa hadapan akan menjadi modular sepenuhnya? Hujung minggu lalu, Intel berkongsi cadangan menjadikan rekaan modular sebagai piawaian yang digunakan oleh kesemua pengeluar komputer riba. Intel berkata perubahan ke rekaan ini akan memudahkan proses naik taraf komponen dan lebih penting sekali menggantikan bahagian yang mengalami kerosakan di masa hadapan.

Intel-Modular-950x534.jpg.webp


Ini akan sekaligus mengurangkan pencemaran yang disebabkan oleh longgokan sampah elektronik atau esampah yang sudah menjadi masalah industri sejak sekian lama. Semua komponen komputer riba yang dicadangkan oleh Intel ini boleh diubah termasuk papan induk, memori, sistem penyejukan, kad WiFi dan juga pelbagai I/O.

Intel-Modular-B-LPCAMM-950x535.jpg.webp


Turut dicadangkan ialah papan induk kini dipecahkan kepada tiga komponen berbeza serta perubahan ke memori dari jenis LPCAMM yang dilancarkan oleh Micron tahun lalu. RAM ini dipasang menggunakan skru ke papan induk dan bukannya dipaterikan seperti dilakukan sesetengah pengeluar. Sekilas pandang rekaan yang dicadangkan oleh Intel ini amat mirip yang telah ditawarkan oleh Framework sejak 2021.​
 
Back
Top
Log in Register