BTC USD 84,849.6 Gold USD 4,285.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Intel Hentikan Pembangunan Kamera RealSense

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,632
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,632
Reaction score
7,745
Points
916
Intel akan menghentikan pembangunan sistem kamera Realsense mereka dengan menutup terus perniagaan ini menurut laporan laman CRN. Penutup bahagian visi komputer dilakukan oleh Intel bagi menumpukan kepada perniagaan teras mereka.Walaupun perniagaan dan pembangunan RealSense telah dihentikan, Intel akan terus memberikan bantuan teknikal kepada pelanggan sedia ada.

Hanya minggu lalu Xiaomi CyberDog diumumkan dengan kamera RealSense. Seawal Januari lalu RealSense ID mengumumkan produk baru imbasan wajah untuk mesin ATM dan pembayaran di kedai. Kamera RealSense juga digunakan pada sistem Windows Hello pada komputer Windows dan juga telefon pintar Lumia serta oleh Google dalam sistem Project Tango di zaman awal pembangunan peranti realiti maya mereka.​

1629254390604.png
 
Intel Akan Menamatkan Pembangunan Teknologi Kamera RealSense

Selain daripada membangunkan teknologi cip pemprosesan untuk kegunaan komputer dan mesin pelayan, Intel juga sebelum ini dilihat membangunkan pelbagai jenis teknologi berasaskan cip lain seperti storan, modem, kamera dan sebagainya. Diantaranya ialah kamera 3D RealSense yang membantu pembuat peranti untuk hadir dengan sebuah sistem kamera yang dilengkapi kecerdasan buatan dan mempunyai pelbagai jenis ciri-ciri tambahan yang tidak dilihat pada modul-modul kamera yang lain.

Akan tetapi, seperti kebanyakan bisnes Intel lain yang dihentikan pembangunannya, atau dijual, Intel nampaknya akan menghentikan pembangunan dan pembuatan kamera Realsense untuk mengalihkan tenaga kerja kembali ke membangunkan teknologi cip pemprosesan. Sebahagian besar daripada keputusan ini dibuat kerana walaupun Intel memperlihatkan ada syarikat yang membeli kamera-kamera Realsense ini, jumlahnya tidak menguntungkan Intel, disamping mengambil tenaga kerja yang terlalu ramai yang boleh digunakan untuk mempercepatkan penyelidikan dan pembangunan projek-projek Intel yang lebih penting.

Ini bukanlah untuk mengatakan teknologi kamera RealSense ialah satu kegagalan. Teknologi tersebut adalah diantara yang pertama untuk hadir di pasaran yang hadir dengan kemampuan seperti pengecaman wajah, persepsi kedalaman, dan sedang aktif digunakan dalam industri seperti pembangunan peranti dan juga robotik. Intel mengatakan bahawa mereka masih akan memenuhi permintaan sedia ada, tetapi akan menutup sebarang permintaan untuk kamera Realsense ini dalam jangka-masa terdekat ini.

Sumber asal https://www.engadget.com/intel-realsense-shutdown-211525552.html​
 
Back
Top
Log in Register