BTC USD 98,150.4 Gold USD 2,691.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Qualcomm Di Laporkan Akan Membeli Intel Awal Tahun Depan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
63,439
Top Poster #2
Joined
Nov 23, 2012
Messages
63,439
Reaction score
7,018
Points
916
Awards
1
Sebelum ini telah dilaporkan Qualcomm berminat membeli bukan sahaja faundri tetapi juga bahagian rekaan yang dimiliki oleh Intel. Ia dilihat sebagai percubaan agresif Qualcomm untuk menguasai pasaran cip untuk komputer peribadi selepas sekian lama mendominasi pasaran cip untuk peranti pintar mudah alih. Menurut laporan Bloomberg, Qualcomm kini berminat untuk mengambil alih Intel sepenuhnya tetapi hanya akan dilakukan Januari tahun 2025 selepas pilihanraya presiden Amerika Syarikat. Pengambilalihan syarikat cip besar seperti Intel oleh Qualcomm akan menyebabkan siasatan oleh badan anti monopoli Amerika Syarikat.

Qualcomm-Snapdragon-X-Elite-Actual-950x535.jpg.webp


Jika ia berlaku Qualcomm akan menguasai pasaran cip peranti mudah alih dan komputer peribadi serentak. Intel ialah penerima terbesar dana Akta CHIPS oleh pentadbiran Biden bagi menjadikan Amerika Syarikat hab pengeluaran cip global bagi mengurangkan pergantungan kepada Taiwan. Melihat pucuk pimpinan Amerika Syarikat yang seterusnya adalah penting bagi Intel kerana jika dimenangi Trump, beliau ingin meningkatkan tarif produk import sehingga 2000% peratus yang akan mendatangkan impak besar ke atas sektor teknologi. Penangguhan pembelian juga memberikan ruang kepada Qualcomm untuk melihat situasi Intel selepas laporan kewangan Q3 diumumkan. Intel diramalkan akan mencatatkan kerugian dan ini bakal mengurangkan lagi nilai saham seterusnya membolehkan ia dibeli pada harga yang lebih rendah.

Tahun 2024 bukanlah tahun yang baik buat Intel dengan lebih 15,000 pekerja dibuang dan pembinaan dua kilang di Eropah dimansuhkan. Kesan turut dilihat di Malaysia tetapi berita baik ialah pembinaan kilang di Pulau Pinang akan diteruskan dengan skala sahaja diubah mengikut keperluan pasaran.​
 

CG Sponsors




Back
Top
Log in Register