Mengapa insurans perubatan perlu?
Selama 11 tahun berkhidmat sebagai pegawai perubatan dan kini menjadi Doktor Kesihatan Pekerjaan, pelbagai permasalahan berkaitan pembiayaan kos rawatan perubatan telah saya lihat.
Kos perubatan boleh menyebabkan mereka yang di kelas atasan (high socioeconomic status) menjadi miskin - medical catastrophe, dan mereka yang berada di kelas pertengahan dan kelas bawahan menjadi lebih menderita - medical impoverishment
Dengan sejumlah nilai premium bulanan yang dikeluarkan, situasi medical catastrophe dan medical impoverisment dapat dielakkan.
Golongan pekerja majoriti memperuntukkan sebahagian daripada gaji ke bank/asb/institusi kewangan sedia ada. Sekiranya seseorang menyimpan RM100 sebulan, setelah 20 tahun nilai simpanannya akan berjumlah RM24,000 (tidak termasuk dividen tahunan).
Sekiranya pada tahun ke 21, beliau mendapat kemalangan atau menghidap penyakit yang memerlukan rawatan perubatan yang berpanjangan, tanpa insurans perubatan, kos perubatan akan ditanggung sendiri dan dari mana sumber kewangan untuk menjelaskan kos perubatan tersebut? SIMPANAN selama 20 tahun tadi. Apabila anda menghidap penyakit kronik atau mengalami lumpuh kekal, majikan akan menganggap anda sebagai liabiliti dan sudah semestinya anda akan diberhentikan setelah satu tempoh tertentu. Anda kini tiada sumber pendapatan bulanan dan simpanan makin berkurang.
Ini adalah satu dari mekanisme bagaimana seseorang yang mampu pada awalnya menjadi tidak mampu akibat daripada kos perubatan yang semakin meningkat.
Bagaimana insurans perubatan membantu?
Insurans perubatan membantu menguruskan risiko dengan meminimakan kos perubatan anda. Anda hanya perlu membayar premium bulanan mengikut plan dan kemampuan anda. Kos perubatan akan ditanggung oleh pihak insurans melalui kad perubatan dan manfaat perlindungan yang terkandung dalam plan yang diambil. Oleh itu, simpanan anda tidak akan terjejas dan dengan plan insurans perubatan berkait pelaburan, anda ditawarkan nilai simpanan dari akaun plan insurans yang diambil. Nilai simpanan ini tidak mempunyai tempoh matang, oleh itu anda boleh mengeluarkan nilai yang ada pada bila-bila masa dengan syarat-syarat minima tertentu iaitu:
1. nilai simpanan dalam akaun melebihi RM2000
2. nilai simpanan boleh dikeluarkan dalam gandaan RM1000
3. nilai baki simpanan perlu dikekalkan RM1000 dalam akaun
Untuk pencerahan lanjut, boleh hubungi saya melalui telefon/whatsapp: 0174210279 Dr Mohd Farid Alias